Salam Sejahtera..
Lately, aku asik teringat zaman-zaman kanak-kanak dan belajar jer..sampai terbawa-bawa kat mimpi..mungkin sebab terbelek-belek album gambar zaman muda mudi dulu..
Zaman-zaman kecil aku memang dikelilingi oleh kawan-kawan perempuan..Nak tak nak..aku terpaksa ikut rentak mereka..kalau main masak2..aku pun kena ikut gak...kalau main getah..aku pun kena terkinja2 main getah gak...kalau ada 'pertandingan' nyanyian, aku pun join sekaki untuk mempertahankan gelaran..
Actually, bukan aku tak campur kawan lelaki..masalahnya tempat aku kekurangan kawan2 lelaki yang sebaya..nak main ngan abang2 aku, awal2 dah kena reject..kalau ada pun, memang umur bawah aku.. mereka pun kena ikut aku jugak untuk ikut main dengan geng2 perempuan... sebab ketua segala aktiviti riadah adalah kakak aku sendiri..Tapi kalau time aku diberi kuasa untuk jadi planner, aku akan main galah panjang, ting ting, baling selipar, cakar ayam, bola tampar dan 'polis sentri' ..tapi permainan default selalunya main getah lah..:P..terer jugak lah aku main berkat latihan berpanjangan..jangan main-main ok..
Bila time2 ni, teringat pulak kat Hazura, Dilah, Uji, Akak, Adik, Din, Iwan, Hidayah, Ani dll.. Tapi dalam banyak2 kawan..aku paling rapat dengan Hazura..memang kamceng lah.. so, mana aku pergi sampailah skrg ni, orang yang hampir2 lupa aku walau berbelas tahun tak jumpa akan kata..."ooh..Mdnoor kawan Hazura tu kan"..sebenarnya Hazura ni, dalam apa jua bidang..bagi aku, dia adalah pesaing terdekat aku.. walaupun dia rapat dengan aku.. tapi dia sering nak overlap aku..geram jer..ada jer dia nak dengki dan iri hati dengan aku..senang cerita..dia tak boleh tgk aku terer dr dia sikit..serius beb..tapi aku salute dia satu..dia adalah satu2 budak perempuan yang boleh panjat pokok ceri sampai hampir ke puncak..tinggi woo..aku cuba atasi dia..tapi gagal pulak..hehehe
anyway, banyak benda sebenarnya yang kitaorang buat sama-sama...entah ek, ke mana aku pergi..dia akan ada..dan ke mana dia pergi..aku sibuk nak ada.. Teringat aku masa kena tangkap dengan cikgu sebab keluar dr sekolah time rehat HANYA SEMATA2 UNTUK BELI JAJAN berharga SEPULUH SEN...masa darjah 1 pulak tuh..habis tercalar imej baik yang aku pegang selama ini..aku still ingat lagi jajan yang kitaorang nak beli...alah yang satay ikan lidi tuh... ish..bengang tak bengang... tapi kesian jugak tgk dier kena tegur ngan ustazah Zainab time kat kelas Agama..aku pun tak tahu apa yang dia kene leteq, coz aku cabut luar kelas berlakon konon2nya tgh mengorek pensil..(pensil dikorek dalam masa 5 minit..ehehe..memang kes nak lepas lah ni)..alah time kelas Agama je lah aku lepas..waktu subjek lain, kitaorang pun kena leteq jugak..redha jelah..
And then, aku pun still ingat yang mana aku telah 'melarikan' diri daripada membuat persembahan sempena Hari Guru..ketika itu masa darjah 3..aku kena buat persembahan nyanyi lagi 'Antara Gadis' dari Dinamik..dulu lagu tu popular..suara aku pulak tu very da powerful dan mendayu2...:P... actually, aku 'melarikan' diri bukan kerana rela..tetapi KERNA TERPAKSA..time tu takde orang tahu kenapa aku tiba-tiba 'hilang'..kecuali emak aku ler..itupun setelah kena dengar ceramah yang agak panjang dr ibu kandungku...tapi nasib baik Hazura jd penyelamat... dia dengan tak rehearse apa2 terus ganti aku naik pentas nyanyi lagu 'Perwira'..abes aku dah cabut balik umah..tapi aku tahu, dia memang kepingin nak naik pentas sebenarnya..:P(jangan marah Ura yer..)..akhirnya, aku telah memakbulkan impiannya..Bila balik jer, Hazura dengan bangganya (aku rasa lah) mengatakan dia naik ke pentas nyanyi lagu 'Perwira' tuh..tapi aku lagi lah bangga kerana mereka semua tak tahu yang aku rahsia aku menghilangkan diri adalah kerana aku terkencing dalam seluar..muahaha..takkan lah aku nak nyanyi dengan seluar basah makcik..LEGA aku tau..kalaulah Hazura tahu..abis dia jaja satu sekolah..YIHAA!
Hmm...bila aku teringat2 balik..aku fikir..banyak kenangan dengan Hazura@ Ura ni..sekarang ni, aku dah dapat kesan dia balik dalam facebook...alhamdulillah...huhu..tup tup dah dua anak..amek ko..produktif..!!bukan setakat dia jer, dengan akak dia Ani, sepupu dia..Dila , Yan ..ahaha..tak sangka kan..korang semua dah kawen..tinggalkan aku keseorangan..:P. Harap2 korang ingatlah yer kenangan kita sama-sama dulu...Walaupun kita dok setinggan, tapi hati kita tetap kaya dengan adap sopan (poyo jer..)
Ok..till then..akan disambung part seterusnyaaaa....nanti2lah yer.
No comments:
Post a Comment