Wednesday, June 22, 2011

Dah nak 25+4-6+3+2+1 sudah..


22 Jun 2011

Lama dah tak memblog..banyak benda nak cerita, tapi itulah tak menyempat .. Takpelah, at least kuar juga lah post setelah 2 bulan tak tulis apa2. Aku tgk aku punya hit counter pun dah mcm giler jer..ratus2 ribu yang bukak tu..padahal??

Lagi 7 hari usia aku dah meningkat jadi 29. Tak perlulah sorok2 umur kan..tua jugak nanti.. Actually dalam usia 29 ni, banyak benda yang aku belum capai lagi.. Bukan tiada yang tercapai, tapi tak semualah.. Tinggal lagi 6 bulan sahaja untuk aku capaikan azam aku bagi tahun 2011 ni. Kadang-kadang kita terasa down sangat bila apa yang kita harapkan tak dapat kan.. Cuma itu semua dugaan dari Allah yang mungkin nak bagi aku agar lebih pandai bersyukur bila sesuatu nikmat itu didatangkan kepada aku.. Aku sedar, aku ni bukannya orang yang baik.. Btw, aku rasakan bahawa aku kena cari dan belajar untuk memahami erti keikhlasan sebenar..aku sendiri rasa aku tak cukup ikhlas melakukan sesuatu walaupun dalam mulut kata ikhlas.. Tak kiralah ikhlas dalam kerja, perhubungan, kasih sayang dan melibatkan perkara disekeliling aku.. Insyaallah, satu hari aku pasti akan merasai erti keikhlasan tersebut. Insyaallah..

Oklah, tetiba mode nak menyedih..tak cool pulak rasanya.. apapun weekend ni ada 2 planning.. satu nak gi Sg Congkak anjuran ex-sciencejohorian 99..ahad pula nak pergi Sunway Lagoon..Semoga planning kali ni menjadi..selalunya aku plan kebanyakannya tak jadi memanjang.. Nasib dah gaji time tu..dapatlah release kan apa2 jua perkara yang tak memberatkan kepala dan hati...:)

Oklah, mata pun dah mengantuk...apapun, sebelum tidor..sajer nak buat promosi GLAM perfume pada sesiapa yang membaca.. pati berkualiti tinggi dari jenama antarabangsa yang terpilih...:). Kalau berminat, sms 0177731827 -matt. Huhu, sempat buat iklan..

GLAM Perfumes for HER - 1 Set (3 btl x 5ML)

GLAM Perfumes for HIM - 1 Set (3 btl x 5ML)
Related Posts with Thumbnails