Saturday, September 25, 2010

Don't Give Up Abg Akim

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Pagi tadi aku terima 2 sms daripada Abg Akim..

"Rasa mcm nak mati laa..da tak larat rasanya nak tanggung lagi...Penat...Pedih...Sakit"

"Org cakap minum klorox leh cepat mati kan..nanti try..penat la..Da la menyusahkan orang.. xlarat lg da..Pastu kena tebuk sana sini..Mcm dah give up je.."

Sebak rasanya dalam hati. Sebaknya hanya Allah sahaja tahu. Sampai tak terzahir di luaran. Apa yang abg akim lalui kalau diikutkan hati, aku sendiri tak kan dapat bertahan. Selama 3 tahun dia bertarung dengan penyakit kanser otak. Satu jangka masa yang lama walaupun doktor pada awalnya menjangkakan hayatnya cuma 6 bulan sahaja ketika itu. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan walaupun kadangkalanya memang mengambil risiko maut. Namun alhamdulillahAku dan mak ayah cuma mampu bagi dia semangat dan berdoa agar dia boleh terus berjuang dan berjuang selagi ada ikhtiar. Dan aku percaya, selagi dia yakin dia boleh sihat..insyaallah, Allah akan membantu..tiada apa yang mustahil. Aku harap sangat Abg Akim tidak berputus asa sekarang sebab aku masih yakin, penyakitnya masih boleh disembuhkan..Memanglah cakap senang, sebab empunya badan sahaja yang rasa kesakitannya..tapi, apa lagi yang aku boleh buat...Kalau itu ketentuan-Nya, aku redha dan pasrah...emak dan abah pun sama juga..

Apapun, lagu di bawah ni adalah lagu yang amat berkaitan dengan Abg Akim.. sebab dia pernah pos kat laman web sosialnya. Memula aku main dengar jer..bila aku hayati liriknya, aduhai..Ayah aku pula bila dengar lagu ni, dia bergenang air mata.. Bukan hanya kerana fikir Abg Akim sakit sahaja, tapi mengenangkan perjalanan yang dia lalui ketika hayatnya yang sebatang kara itu..Banyak yang aku nak cerita, tapi cukuplah sampai sini sahaja. Tak ramai yang akan faham. Apapun, aku berdoa Abg Akim akan terus kuat dan kuat.. Don't give up..please..!

Muhasabah Cinta
EdCoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Ku pasrahkan semua pada Mu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Friday, September 24, 2010

Alhamdulillah..akhirnya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Lama sudah tak tulis blog. Nampak gaya aku dah mula 'berbual-bual' lah. Tak lama lagi, bersawang labah-labah nampaknya. Apapun, aku dapat berita yang menggembirakan 2 hari lepas apabila mak dan abah sudahpun dapat tarikh untuk berangkat ke tanah suci Mekah pada 11/10/2010. ALHAMDULILLAH..Suka dengar suara mak.. sampai demam2..ehehe. Tapi mak kata dia demam sebab kepenatan sangat sebab tak rehat dari awal raya. ..akhirnya hajat mak abah dimakbulkan Allah SWT. Aku tumpang gembira sebab lepas ni aku nak bagi list doa untuk mak dan abah bacakan di sana nanti.

Minggu depan 3/10 akan diadakan sedikit kenduri di Skudai, Johor. Merangkap 'open house' deengan tidak sengajanya ala2 sambil menyelam minum air.. Aku memang kena turunlah. Then pada minggu berikutnya pun nak kena turun lagi sebab nak bawa beg mereka. Nak naik bas memanglah tak boleh sebab beg besar. Abg aku yang sulung pun akan mengiringi juga untuk hantar ke KL. Akak aku insyaallah sama2 mengirngi juga. Mak kata jemaah semua berkumpul di Kelana Jaya sebelum berangkat bersama2 ke KLIA. Duduk lah bertandang dulu kat rumah sewa aku ni..harap2 selesa. Apapun, memang sewajibnya lah aku pasni akan apply cuti sbb memang dalam cuti tahun ni mmg dah diperuntukkan untuk tujuan itu.

Aku berdoa kepada Allah SWT agar perjalanan mak dan abah berjalan lancar, semasa pergi dan juga pulang..dan juga dikurniakan kesihatan yang cukup/baik untuk beribadat.. Insyaallah..

p/s : doakan sekali ya untuk jemaah2 yang lain semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang baik juga...amin

Wednesday, September 15, 2010

Salam Aidilfitri Buat Semua..


Assalamualaikum..

Rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada sahabat2 dan pengunjung. Mana2 yang tersilap tutur kata dan
perbuatan secara tidak disedari, mohon maaf banyak-banyak dan harap tidak disimpan di dalam hati.

Kalau nak diceritakan perjalanan sebelum nak raya memang lah banyak. Apapun, alhamdulillah tahun ni aku masih lagi dapat beraya dengan sempurna. Dapat berhimpun bersama-sama dengan ahli keluarga. Complete siap dapat ambil gambar semua ahli keluarga. Syukur alhamdulillah.

Dalam sibuk2 kita beraya.. jangan sesekali lupa dengan mereka di luar sana yang serba kekurangan. Kalau ada rezeki lebih, tolonglah dengan seikhlas yan
g mampu, dari kita duduk mengata tentang kekurangan dan kemiskinan orang lain. Bila kita tidak pernah merasa keadaan tersebut, maka mulut kita senang2 berkata. Allah Maha Berkuasa..Dia boleh beri rezeki dengan cepat, dan Dia juga boleh tarik rezeki sepantas mungkin. Bersedialah dengan apa jua kemungkinan. Oleh itu, sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakan (untuk diri sendiri juga)..

"Bergambar bersama keluarga pada 2 Syawal 1431 Hijrah..semua ada..sukanya saya"

Apapun, adalah sedikit sebanyak gambar keluarga yang sempat diambil pada 2 Syawal 1431 Hijrah. Masa 1 Syawal tu ke rumah nenek. Abang yang kedua giliran beraya ke rumah mertua tahun ni. Masa raya kedua tu, sempat lah juga culik sekejap untuk bergambar bersama..:D.


"Slideshow gambar family pada hari raya aidilfitri 1431 Hijrah"

Tuesday, September 7, 2010

Kisah Duit Raya

Assalamulaikum wbt,

Mata masih berkelip2. Nak tidor bimbang terlajak sahur. Ni pun baru bangun tido pukul 12 am tadi. Tak perasan peluk2 bantal lepas maghrib boleh terus berlayar baik punya. Bangun tidur terfikir pulak manalah nak dapatkan duit tukar buat bagi duit raya kat anak2 buah dan anak2 kecil yang rasa dirinya belum dewasa lagi...Takpelah, balik nanti kecek mak je lah.. Apapun, kalau nak cerita pasal duit raya ni...beruntung kan budak2 skrg..collection duit raya siap boleh dapat hanset idaman lagi.. aku dulu, nak dptkan mainan sepuluh hengget pun belum tentu..itu pun collection dah masuk 15 hari...isk isk isk..Apa taknya, setiap umah dapat 20 sen..kira jelah baper umah nak cukupkan 10 hengget tu..tapi itu bila aku pergi umah org lah...kalau dengan sedara mara, memang besar sikit lah jumlah nya..seringgit wooo...mana nak carik! Pakcik kayo sangat masa tu..

Aduhai...teringat masa kecik2 kan...raya pertama jer bermula operasi mengumpul duit raya. Siap ada kumpulan lagi ok! Selalunya aku akan pergi beraya ngan akak aku.. Kalau dengan abg aku, dorg hampeh...katanya tak nak bawak budak2 kecik mcm aku sbb nanti dapat duit sikit jer. whatever!.. Hmm, tapi ada betulnya... aku pernah dapat 10 sen setelah hampir setengah jam beraya dan dok makan kuih. Nasib lah tak 5 sen..kalau tak, berbakul jugaklah sumpahan yang kami bagi.. Tapi serius, kawan aku pernah dapat...sian dia..huhu.Time lingkungan umur aku 7 tahun, paling tinggi yang aku pernah dapat beraya umah org dalam 50 sen lah.. tapi dalam 20 rumah, maybe 3-4 umah jer yang dpt nilai mcm tu.. tu pun dah kira banyak..sometimes siap tunjuk member2 lain lubuk rumah yang bagi 50 sen tu. Last2 takdenya lubuk, dapat 10 sen gakkkk...Well, salah strategi.. patutnya aku kena pergi sorang2 time tu.. hurmmmm...hampanya.. Begitulah aktiviti konvoi beraya bersama kawan2 aku sehingga aku berusia 1o tahun. Then, meningkat umur 11 tahun..dah takde geng sebab aku dah pindah rumah ke Skudai. Buat collection pun time ikut mak aku beraya..tapi masyuk gak lah..merasa aku dapat duit RM 1. Jalan lagi pantas dan mudah...tak perlulah nak pergi banyak2 rumah..so adek, jangan lah buang masa ya..ikut mak ayah beraya lagi senang..eheh..

Skrg ni kan... dapat angpow seringgit pun budak2 cebik muka...dapat dua hengget pun korang masih cebik lagi.. at least nak duit hijau atau merah.. korang skrg ni mmg demand.. ellooo, at least korang kan budak2 kecik ..beli coki2 dapat 5 batang tau..kitaorg nak beli coki2 masa tu pun belum tentu dapat..cuma dapat gula2 2 biji jer... ahaha.. Susah tau dik nak carik duit skrg ni tau.. Korang dah kerja nanti, korang tahu lah.. nak nak hidup di KL yang penuh dengan pancaroba ni...jangan buat main2.. Apapun, tak kisahlah sbb raya pun setahun sekali... Cuma ingatlah, tak semua orang senang dan berkemampuan untuk mengadakan apa yang kita inginkan..Syukurlah dengan apa yang kita dapat... kalau nak dibandingkan dengan orang-orang yang sangat susah hidupnya...kita ni dah cukup beruntung masih cukup makan minum sampai gemuk, sihat dan ada ibu bapa yang menyara.. Apatah lagi bila membayangkan orang-orang di Palestin..cukuplah untuk kita berfikir betapa bertuahnya kita...


Sekian, selamat bersahur dan akhir kata, wassalam..


Saturday, September 4, 2010

Disebalik Lirik Lagu Asereje (2003) - Lagu Kebangkitan Iblis?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Sekadar ingin berkongsi info. Ingat tak lagi dengan lagu Asereje dr Les Ketchup sekitar 2003. Rasanya semua org tahu kan.. Nak2 tariannya tu..sampai satu masa aku pun dok terikut2. Siap hafal lagik.Hik hik. Kalau ikutkan masa lagu tu tengah top, almost every day aku dengar tak kurang 5 kali.. Tapi bila tahu kisah disebalik lagu Asereje ni, barulah aku stop...adoii..nyesal nyesal..! Info di bawah ini akan menjelaskan serba sedikit di sebalik lagu Asereje ni. Lepas ni, jangan lah dok melagukan lagu ni ya. Bahaya liriknya ni..boleh memesongkan akidah...Aku tahu dah lama pun isu lagu ni dan aku pun dah lama lama tahu, tapi ada juga org yang tak tahu...eloklah diambil tahu.. Thanks kepada si penulis artikel.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Les Ketchup - Asereje

ADAKAH lagu The Ketchup Song yang turut popular di Malaysia lagu memuja syaitan? Dari liriknya yang bercampur Inggeris dan Sepanyol, terselit kata-kata pemujaan syaitan. Kita di Malaysia mungkin tidak mengambil tahu tentang perkara ini. Tapi ada satu fakta yang mengejutkan bahawa orang Sepanyol sendiri tidak mengerti lagu ini, kerana ada banyak bahagian yang bukan dalam bahasa Sepanyol. Bagaimanapun, lagu yang mereka tidak mengerti ini segera menjadi pilihan di Sepanyol. Bahkan pasukan bola keranjang negara itu menggunakan lagu ini sebagai lagu maskot.

Berlangsung perdebatan di Sepanyol kerana lagu ini disebutkan sebagai lagu yang meramalkan kedatangan iblis. Cuba perhatikan lirik lagu The Ketchup Song dalam versi bahasa Inggeris seperti berikut:

[Friday night it's party time... feeling ready looking fine ... viene diego
rumbeando... with the magic in his eyes... checking every girl in sight...
grooving like he does the mambo... he's the man alli en la disco... playing
sexy felling hotter... he's the king bailando et ritmo ragatanga... and the
dj that he knows well... on the spot always around twelve... plays the mix
that diego mezcla con la salsa... y la baila and he dances y la canta.

(Korus)

Asereje... ja de j de jebe tu de jebere seibiunouva... majavi an de bugui
an de buididipi... aserej ja de j de jebe tu de jebere seibiunouva... majavi
an de bugui an de buididipi.

Many think its brujeria ... how he comes and disappears... every move will
hypnotize you... some will call it chuleria ... others say that its the
real... rastafari afrogitano... he's the man alli en la disco... playing
sexy felling hotter... he's the king bailando et ritmo ragatanga... and the
dj that he knows well... on the spot always around twelve... plays the mix
that diego mezcla con la salsa ... y la baila and he dances y la canta. ]

Lagu ini menceritakan seseorang bernama Diego yang tampan, mempesona dan memukau siapa saja. Menurut penganut Gereja Syaitan (Devil's Church), Diego adalah nama kod bagi Devil khususnya untuk di Amerika Selatan dan Sepanyol.

Perhatikan lirik awalnya tentang satu pesta pada Jumaat malam (bukan malam Jumaat). Ini merupakan hari keramat bagi pemuja syaitan di Barat. Ingat filem Friday the 13th? Untuk penganut ajaran syaitan, malam Jumaat adalah malam pemujaan dan pesta. Perhatikan lirik pada bait keduanya, menceritakan bagaimana Diego dapat
datang dan menghilang sesuka hati. Kemudian Diego disebut brujeria. Penulis cuba mencari erti kata brujeria di Internet, dan terkejut apabila menjumpai brujeria.com . Anda akan melihat gambar kambing, yang merupakan lambang anti-Christ, dan saat anda masuk dalam laman webnya anda mungkin mual melihat kesadisan dalam web itu.

Saya rasa tidak perlu lagi dijelaskan apa itu brujeria. Nah sekarang kita sampai pada aserej ja de j de jebe tu de jebere seibiunouva, majavi an de bugui an de buididipi, aserej ja de j de jebe tu de jebere seibiunouva, majavi an de bugui an de buididipi. Dalam bahasa Sepanyol tidak ada maknanya, tapi apabila dilagukan dengan rentak seperti itu, bagi orang Sepanyol akan terdengar seperti: ``Jadilah sesat, Jehovah itu tidak ada... tinggalkan agama/imanmu saat ini... mereka akan datang ke bawah, dan mereka akan memandu kita.''

Katherine Marshal, iaitu pengurus dari Institut Paranormal South Hampton mengatakan bahawa dalam bahasa suku Assab yang tinggal di bahagian barat laut Afrika, bait itu mirip dialek mereka dalam upacara pemanggilan arwah orang yang mati kerana kecelakaan. Asereje memang membius dunia. Lagu ini bahkan lebih hebat daripada lagu Macarena. Sebuah radio di Amerika Syarikat (WAMR FM107.5) mengaku pernah memutar lagu ini hampir 100 kali dalam sehari.

Lagu ini memang lekas disukai oleh pendengar, dan mereka tanpa sedar akan menyanyikannya berulang-ulang. Orang yang mendengarnya akan seperti dipukau. - oleh AZAH NAEZ, Kajang.

(Petikan dari akhbar Berita Harian 27/1/03)

Thursday, September 2, 2010

Coretan 2/9/2010 - Menjelang Syawal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Dah berhari2 tak tulis kat dalam blog ni. Sedikit bz lah dengan kerja. Skrg ni tengah rehat satu jam. Boleh lah aku tulis jap.. First time setelah 22 hari berpuasa aku baru dengar lagu raya. Skrg ni tgh dengar lagu Airmata Syawal dari Siti Nurhaliza.. melelehhh.. uwaaaaaaaaaaaaa....!! baju raya tak siap lagi ni.. baru teringat..pasni harus aku call Kak Lina tanya baju raya... kalau tak, tak dapat ler nak berbaju baru...huhu. Guna baju 2 tahun lepas lah nampaknya.. Orang tak perasan sgt..:P. Satu lagi pasal kuih raya...huhu, aku pun sudah lupa lah yang aku ada order kuih raya...yang aku ingat semprit jer sebab memang feveret...tiba2 ada pulak 3 lagi kuih yang aku order sebenarnya...aduhai..aku betul2 alpa dan terlupa..3 kuih tu adalah blueberry tart, suji salju didanau rindu ngan batang buruk..nampaknya makan sendiri lah..

"Dato' Siti Nurhaliza - Airmata Syawal"

Skrg ni aku terbayang2 berada di kampung je lah... tapi bukan di Skudai ler, tapi di Batu Pahat.. almaklumlah, setelah 28 tahun di muka bumi ini..inilah kali pertama aku beraya di rumah nenek aku (belah mak) sebelum menjelang hari raya..selalunya petang raya pertama selepas singgah rumah nenek belah abah, baruler balik ke Batu Pahat... Mak abah aku nak ubah angin sebelum mereka pergi haji tahun ni. Lagipun, abang ngan kakak aku pun memang tinggal di Batu Pahat.. kalau tak muat rumah kampung, mmg menumpang di rumah mereka sahaja...Maybe sehingga raya ke-3 aku di Batu Pahat. Then raya keempat balik semula ke Skudai, Johor Bahru. Tapi sedih jugaklah aku...aku nak beraya umah siapa..;(. Geng-geng aku yang boleh diajak berkonvoi ramai dah kawen dan berhijrah.. Tinggallah aku sorang2 jer beraya...adoiii..

Ntah ler, aku rasa tahun ni lah aku rasa mcm tak perasan dah nak raya..tiba2 tinggal lagi 8 hari. Ello..wake up wake up bebeh..Shopping raya pun tak lagi tau..Tgk org shopping jer skrg ni..Sudahlah claim tak dapat2 lagik...arghhh!!.. Duit gaji baru dapat, dah bayar itu ini...dah kontot maa..uwaaaaaa...berjimat cermat giler tahun ni aku beraya..ahaha..bagus sangat.. Skrg ni pun dah tanamkan lepas raya nak masak jer kat rumah...apapun yang dimasak, telan je lah... yang penting leh berjimat cermat..aminnnn..semoga aku tak 'berbual2'..

Apapun, dikesempatan pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini..saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya saya ada melakukan kesilapan secara sedar sedar ataupun tanpa saya sedari yang telah membuatkan hati kalian tersinggung bak dihiris sembilu...Seboleh-bolehnya, aku berharap sangat tak ada orang yang tak puas hati dengan aku...tapi kalau ada yang tak puas hati gak... nak buat camna kan. Sabar je lah. Nak benci2 pun tak elok. Lama-lama hati jadi hitam dan muka pun tak comel dan kiut. Saper yang rugi, anda juga yang rugi.. Hmmm...

Oklah, rasanya sampai sini sahaja kali ini.. Kalau kalian nak buat open house ker...kabar2kanlah yer...teringin nak buat open house, tapi.... ada ker org nak dtg umah bujang kan...ahaha..orait, sampai bertemu...wassalam..

p/s : jangan lupa bayar zakat...ingat ya.. ingatlah orang yang tak bernasib baik diluar sana. Yang tak beribu dan berbapa.




Related Posts with Thumbnails