Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
Pagi tadi aku terima 2 sms daripada Abg Akim..
"Rasa mcm nak mati laa..da tak larat rasanya nak tanggung lagi...Penat...Pedih...Sakit"
"Org cakap minum klorox leh cepat mati kan..nanti try..penat la..Da la menyusahkan orang.. xlarat lg da..Pastu kena tebuk sana sini..Mcm dah give up je.."
Sebak rasanya dalam hati. Sebaknya hanya Allah sahaja tahu. Sampai tak terzahir di luaran. Apa yang abg akim lalui kalau diikutkan hati, aku sendiri tak kan dapat bertahan. Selama 3 tahun dia bertarung dengan penyakit kanser otak. Satu jangka masa yang lama walaupun doktor pada awalnya menjangkakan hayatnya cuma 6 bulan sahaja ketika itu. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan walaupun kadangkalanya memang mengambil risiko maut. Namun alhamdulillahAku dan mak ayah cuma mampu bagi dia semangat dan berdoa agar dia boleh terus berjuang dan berjuang selagi ada ikhtiar. Dan aku percaya, selagi dia yakin dia boleh sihat..insyaallah, Allah akan membantu..tiada apa yang mustahil. Aku harap sangat Abg Akim tidak berputus asa sekarang sebab aku masih yakin, penyakitnya masih boleh disembuhkan..Memanglah cakap senang, sebab empunya badan sahaja yang rasa kesakitannya..tapi, apa lagi yang aku boleh buat...Kalau itu ketentuan-Nya, aku redha dan pasrah...emak dan abah pun sama juga..
Apapun, lagu di bawah ni adalah lagu yang amat berkaitan dengan Abg Akim.. sebab dia pernah pos kat laman web sosialnya. Memula aku main dengar jer..bila aku hayati liriknya, aduhai..Ayah aku pula bila dengar lagu ni, dia bergenang air mata.. Bukan hanya kerana fikir Abg Akim sakit sahaja, tapi mengenangkan perjalanan yang dia lalui ketika hayatnya yang sebatang kara itu..Banyak yang aku nak cerita, tapi cukuplah sampai sini sahaja. Tak ramai yang akan faham. Apapun, aku berdoa Abg Akim akan terus kuat dan kuat.. Don't give up..please..!
Muhasabah Cinta
EdCoustic
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Ku pasrahkan semua pada Mu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
aku doakn smga abg ko boleh smbuh.. aminnn
ReplyDeletethanks a lot aniq...:). aku berharap mcm tu..dia akan buat operation kali kelima pada 28 Oktober ni kalau kesihatan tubuh badannya mengizinkan.. aku amat berharap dia dapat sembuh dan diberi peluang untuk memiliki keluarga..walaupun sekadar keluarga angkat..
ReplyDelete