Friday, September 30, 2011

Projek Nak Abess...Hip Hip Hop..:)

30 September 2011

Assalamualaikum wbt..

Dah penghujung bulan September rupanya..esok dah masuk Oktober..Ya Allah, cepatnya masa berlalu..tahun depan aku dah nak masuk angka tettt...

Pagi tadi ada meeting..Biasalah weekly meeting untuk progress project setiap unit.. Minggu ni ganti bos aku lah..dia ada kursus.. Yelah, siapa lagi yang boleh ganti..dalam unit aku..aku ngan dia jer..huhu.. Anyway, aku gembira jugak lah sebab project banyak yang dah selesai..dari 7 tinggal 2 sahaja.. itu pun masing2 dah 92% dan 98% siapnya.. Bos aku mesti tersenyum lebarrr sangat ni.. hehehe.. Insyaallah try lah sebaik mungkin untuk siapkan sebelum 20 Oktober.. Cuma bila dah siap projek, aku terpikir pulak..kerja apa aku nak buat..huhu..

Apapun, kalau projek aku dah setel semua..aku mmg nak mintak bos aku agar aku dpt turun site lah kalau ada apa2 POC (proof of concept) atau ikut SE (Service Engineer) turun padang setelkan masalah.. Bukan ler aku sesaja nak kuar...tapi aku nak tgk orang setel depan mata... ada jugak ilmu baru yng aku belajar dan praktikkan.. kkdg aku ni sedap2 jer suruh org expedite tugas yang diberikan..tapi yang azabnya orang aku paksa tu ler untuk expedite bagi siap on time..kesian kan mereka.. hehe..

Apapun, aku memang banyak benda nak belajar...nak kena belajar dan tahu apa yang unit2 lain buat untuk projek dorg..mana tahu, aku boleh tolong ker kann..Yelah, produk2 yang ada kat TM ni pun aku masih fail lagik...hik hik... Apa taknya, masuk2 terus kena buat kerja.. Skrg ni lah baru rasa lapang nak gi training bagai..

Anyway, tanpa sokongan team2 dan rakan sekerja yang sangat dedikasi dan banyak membantu.. takdelah dapat projek disiapkan on time walaupun naik tercungap2 dorg kena dera..isk isk..sorilah ya... aku pun kena jugak ok..Sabtu dan Ahad aku waktu tu sama jer...apapun, itulah pengalaman paling best lah sbb dari situ aku kenal semua orang walaupun orang selalu ingat nama bapak aku "Hamdan", lebih dari nama aku... rasa nak cekik jer..ahahaha..

Oklah..sampai sini sahaja coretan..wassalam..


Wednesday, September 28, 2011

Tahniah Pidot..

27/09/2011

Assalamualaikum wbt,

Nak tido..tapi tak boleh nak tido sebab running nose..nak melecet hidung.

Alhamdulillah, hari ni aku berjaya habiskan puasa enam pada 27/09/2011. Betul2 2 hari sebelum Syawal melabuhkan tirai. Esok dah tak perlu risau2 lagik..hehe. Boleh makan tengah hari pasni..

Tadi kat opis masa rehat aku layan citer Aku Tak Bodoh, adaptasi dari filem Singapura yang berjudul I Not Stupid. Sejam aku layan waktu rehat..then sambung time2 nak balik..ehehe.. tapi kerja aku kasik setel dulu ok... Quite nice lah citernya..tergelak2 aku sorang diri.. Part sedih tu, sedihlah..yang kelakar tu, memang agak kelakar.. tapi sarat mesej tuh.. Memang recommended untuk anda menontonnya..

Anyway, pada 25/09/2011 adalah majlis perkahwinan sahabat baik aku, Siti Rafidah Arifin bersama dengan suaminya, Syed Yusuf.. Alhamdulillah, dapat jugak aku sampai ke majlis dia ni.. aku memang akan cuba datanglah sebab dialah besfren perempuan yang aku ada sejak dari zaman sekolah rendah, sekolah agama, menengah, universiti dan lepas belajar.. Actually, agak terasa kehilangan dan sedihlah juga sebab lepas ni memang takdelah aktiviti menghantar juadah sempena puasa dan raya setiap tahun..huhu..lama beb kenal. Alhamdulillah, Rafidah diketemukan jodoh dengan pasangan yang sangat baik dan aku percaya dapat membimbing dirinya ke jalan yang diredhai oleh-Nya. Peguam lagik okehhh...:D

Oklah..nak kena masuk bilik jugak walaupun air kat hidung masih tak berhenti... apa kenalah tiba2 jadi mcm ni.. mungkin aku pekena sambal belacan banyak sangat tadi kot Waroeng Penyet, The Curve tadi..

P/S : Syukur alhamdulillah..Allah menduga kita dengan sedikit kesusahan..tetapi didatangkan pula kepada kita berganda2 nikmatnya..Amin. Harap tabah menghadapi setiap yang terjadi ya...

Bersama pengantin Siti Rafidah & Syed Yusuf

Bersama Zanariah & Rozaini

bersama June

with Khiswar..best buddy

with Nazry..


Wassalam..


Friday, September 23, 2011

Gym & Airasia Free Seats!


22 September 2011

Assalamualaikum wbt,

Syukur alhamdulillah..hari ni dah hari kelima aku puasa enam..tinggal sehari jer lagik.. Maybe Selasa depan sambung untuk yang terakhir..Insyaallah..

By the way, sempena Ramadhan dan Syawal ni.. aktiviti menge'gym' dan menghapuskan kalori agak jarang2 sangat aku buat..rasanya mcm hampir tertinggal terus.. ada lah buat sikit2..tapi cuma angkat dumbbell jer.. Lepas jer naik cuti raya, terus berkobar2 nak pergi gym.. fokus aku bukan untuk angkat2 besi tu sgt skrg ni..tapi nak buat cardio..berlari di atas treadmill selama 15 minit aku rasakan mcm 15 jam..huhu... itulah padahnya bila dah lama tinggal kan..stamina jatuh merudum.. nak kembalikan balik, mcm nak kena start dari awal..then berterusan.. kalau tak, memang sia-sia lah..sempot sepanjang masa..

Esok sebelum balik JB, aku akan pastikan sekurang2nya aku akan berada di gym jugak selama 1 jam..tak 1 jam, setengah jam pun jadilah buat aktiviti cardio.. Kalau tak, badan berat semacam jer.. mcm banyak toksin dalam badan ni hahh..

" lenguh tol kaki den buat mende ni..."

Anyway, skrg ni sibuk pasal booking free seats untuk Airasia kan..aku tak pernah lah book online ni..almaklumlah..credit card takde.. Skrg ni tgh nak mencari lokasi2 menarik..mmg murah lah... ada beberapa tempat yang aku nak pergi..Contohnya seperti Krabi, Phuket, Bali..walaupon passport antarabangsa tak buat lagi, tapi aku nak pergi jugakkk.. sebab tiket murahhhh.. aku yang tertekan tngok tiket2 murah!! Takpun aku ingat nak pergi Sabah lah semula..sebab misi nak gi pulau hari tu tak sempat...masa terbatas pulak..cuma dapat gi Kundasang jer..tapi best lahhh.. Sempat lah gi Desa Cattle, Mesilau Nature Park, Tagal Sg Moroli, Sabah Tea, Pasar Filipin...

"cik puan bubu sedang khusyuk makan rumput segar terbaik dari ladang"

"di batu utama menyambut kedatangan di Desa Cattle, Kundasang"

" Lawa kan view kat belakang tuh.."

"merasa jugak posing atas batu ni.."

Oklah, dah pukul 3.00am dah pun.. mabuk laut aku bangun pagi esok nanti..mesti muka sembap jer.. Actually aku nak letak banyak lagi gambar nak2 gambar mutiara yang aku beli kat Pasar Filipin dan kawasan2 sekitarnya..tapi dek kerana broadband ni slow mcm siput..terpaksa lah tunda hari lain je lah..sakit kepala..

Wassalam..





Friday, September 2, 2011

Salam Lebaran 1432 Hijrah.

Assalamualaikum wbt,

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dan Salam Kemerdekaan yang ke 54 (kepada yang tak sokong komunis..opps).

Hari ni dah masuk raya yang keempat..raya pertama memang sah sah lah tak menyempat nak berblog.. Ni pun kira menyempat kejap alang2 dah terbuka notebook..kalau tak, tak rajin juga..

Sebenarnya, aku sampai skrg rasa mcm kejap jer..feeling2 raya tahun lepas tak habis lagi..tiba2 dah bertemu raya baru..baju ala2 ketupat tahun lepas punya pun aku tak puas pakai lagi..ni dah ada baju raya baru...sekejapnya masa berlalu..kan.. cuma raya tahun ni agak berbeza sikit lah..terasa sedikit puas (puas banyak kot) sebab dapat adakan apa2 yang tak dapat diadakan pada tahun2 yang lepas.. Tapi kan, ada juga perkara yang aku nak buat tahun ni.. aku tak dapat nak buat jugak.. semuanya disebabkan oleh kekangan masa...

Anyway, nak dijadikan cerita..aku baru jer baik dari 'cherry berry' atau bahasa senang faham, cirit birit.. Actually, aku pernah kena sebelum ni..tapi kali ni agak teruk lah.. nak cerita lebih tu boleh menjatuhkan air muka sendiri pula.. cuma kali ni, maybe kena lebih berhati-hati untuk next raya.. nak makan banyak boleh...tapi kena tgk keupayaan perut tu juga..yelah, baru lepas puasa..perut terkejut orang kata.. aku betul2 tak larat..sampai kat umah orang pun keluar masuk toilet..then, sejam purata dalam 2-3 kali..belum lagi campur waktu tidor...sampai tak leh nak tidor nyenyak..arghhh..suffer...dari aku nak naik 4kg, rasa2 nya susut lagi 4kg..longlainya Allah sajer yang tahu.. hilang segala air dalam badan. takper, ubat sempena raya.

Tadi nak gi klinik amik injection..beberapa klinik pergi penuh pulak dah..klinik panel pulak tak buka2 lagik...last2 pekena pil chik kit teck aun..TERUS SEMBUHH serta merta!!! perghhhhh...terbaik! selamat duit aku..huhu..pasni mmg spare ubat tu je lahhh...

Memandangkan perut dan kepala pun dah berhenti pusing..insyaallah esok nak beraya kat rumah kawan-kawan di JB. Tapi aku terfikir2 juga, rumah siapa yang aku nak pergi esok..ada pun satu dua ..kawan2 aku dah ramai yang berhijrah...dan lagi sedih, aku takde geng beraya..perghhh.. terasa..

Oklah, rasanya sampai sini sahaja.. banyak lagi nak taip..tapi aku pemalas orangnya..cuma untuk tahun depan, kalau aku tak kawen lagi..aku akan prepare jawapan yang standard sebagai perisai soalan2 klise yang berulang2 seperti "Bila nak kawen..?". Tengoklah, kalau aku nak kawen..aku tuntut list hadiah yang aku nak sendiri.. Insyaallah, jodoh kalau dah sampai.. anytime sahaja..

p/s : thanks to Nazry jadi tetamu pertama datang umah aku beraya...


1 Syawal 1432H. Di rumah Taman U, Skudai bersama anak buah, Humairah

1 Syawal 1432H. Di rumah Taman U, Skudai bersama model tak terkenal, Nazry Jaffar...ahaha

2 Syawal 1432H. Di rumah En Johani & Cik Is kat Yong Peng..

2 Syawal 1432H. Di rumah Pak Andak di Rengit, Batu Pahat.

Related Posts with Thumbnails