Friday, September 2, 2011

Salam Lebaran 1432 Hijrah.

Assalamualaikum wbt,

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dan Salam Kemerdekaan yang ke 54 (kepada yang tak sokong komunis..opps).

Hari ni dah masuk raya yang keempat..raya pertama memang sah sah lah tak menyempat nak berblog.. Ni pun kira menyempat kejap alang2 dah terbuka notebook..kalau tak, tak rajin juga..

Sebenarnya, aku sampai skrg rasa mcm kejap jer..feeling2 raya tahun lepas tak habis lagi..tiba2 dah bertemu raya baru..baju ala2 ketupat tahun lepas punya pun aku tak puas pakai lagi..ni dah ada baju raya baru...sekejapnya masa berlalu..kan.. cuma raya tahun ni agak berbeza sikit lah..terasa sedikit puas (puas banyak kot) sebab dapat adakan apa2 yang tak dapat diadakan pada tahun2 yang lepas.. Tapi kan, ada juga perkara yang aku nak buat tahun ni.. aku tak dapat nak buat jugak.. semuanya disebabkan oleh kekangan masa...

Anyway, nak dijadikan cerita..aku baru jer baik dari 'cherry berry' atau bahasa senang faham, cirit birit.. Actually, aku pernah kena sebelum ni..tapi kali ni agak teruk lah.. nak cerita lebih tu boleh menjatuhkan air muka sendiri pula.. cuma kali ni, maybe kena lebih berhati-hati untuk next raya.. nak makan banyak boleh...tapi kena tgk keupayaan perut tu juga..yelah, baru lepas puasa..perut terkejut orang kata.. aku betul2 tak larat..sampai kat umah orang pun keluar masuk toilet..then, sejam purata dalam 2-3 kali..belum lagi campur waktu tidor...sampai tak leh nak tidor nyenyak..arghhh..suffer...dari aku nak naik 4kg, rasa2 nya susut lagi 4kg..longlainya Allah sajer yang tahu.. hilang segala air dalam badan. takper, ubat sempena raya.

Tadi nak gi klinik amik injection..beberapa klinik pergi penuh pulak dah..klinik panel pulak tak buka2 lagik...last2 pekena pil chik kit teck aun..TERUS SEMBUHH serta merta!!! perghhhhh...terbaik! selamat duit aku..huhu..pasni mmg spare ubat tu je lahhh...

Memandangkan perut dan kepala pun dah berhenti pusing..insyaallah esok nak beraya kat rumah kawan-kawan di JB. Tapi aku terfikir2 juga, rumah siapa yang aku nak pergi esok..ada pun satu dua ..kawan2 aku dah ramai yang berhijrah...dan lagi sedih, aku takde geng beraya..perghhh.. terasa..

Oklah, rasanya sampai sini sahaja.. banyak lagi nak taip..tapi aku pemalas orangnya..cuma untuk tahun depan, kalau aku tak kawen lagi..aku akan prepare jawapan yang standard sebagai perisai soalan2 klise yang berulang2 seperti "Bila nak kawen..?". Tengoklah, kalau aku nak kawen..aku tuntut list hadiah yang aku nak sendiri.. Insyaallah, jodoh kalau dah sampai.. anytime sahaja..

p/s : thanks to Nazry jadi tetamu pertama datang umah aku beraya...


1 Syawal 1432H. Di rumah Taman U, Skudai bersama anak buah, Humairah

1 Syawal 1432H. Di rumah Taman U, Skudai bersama model tak terkenal, Nazry Jaffar...ahaha

2 Syawal 1432H. Di rumah En Johani & Cik Is kat Yong Peng..

2 Syawal 1432H. Di rumah Pak Andak di Rengit, Batu Pahat.

3 comments:

  1. lawa baju raya ko.. kelas ko awang! hikhikhik.. selamat hari raya.. nnt kita plan open house pulak.. tp jgn mkn byk2 dah ye..


    p/s: aku juga menikmati kepuasa raya pada syawal kali ini.. Alhamdulilah...

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya md nor...hehe..mintak duit raya!!!

    ReplyDelete
  3. Iyra : aku baru jer belajar satu resipi..rendang daging manis ni hahh. Esok belajar masak 'sup sedap mak saya' pulak..

    Wawa : hang dah tua lah wawa...hahaha...tapi kalau nak jugak, naik belon dtg umah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails