Friday, July 30, 2010

Sahabat : Part 1

Hmmm..tergerak hati pulak aku nak menulis serba sedikit tentang sahabat dan betapa pentingnya nilai persahabatan pada diri aku..yelah, selain keluarga kita..sahabat juga memainkan peranan yang sangat penting dlm mencorakkan keperibadian kita terutamanya ketika kita di alam dewasa..berbanding dengan kawan, kawan boleh kita jumpa di mana2 sahaja berbanding bertemu sahabat..memang definisi secara klise nyer kelihatan sama..tp, secara tersiratnya..ia ada sedikit perbezaan..sahabat ini boleh ditakrifkan sebagai rakan yang rapat dengan kita..tahu serba sedikit latar belakang kita dan boleh diberi kepercayaan untuk mendengar segala permasalahan yang kita hadapi..

Teringat aku satu peristiwa yang mana aku hampir menitiskan air mata tanpa aku sedari..Masa tu aku form 4..entah macam mana aku terlalu pasif saat tuh..hidup aku ketika itu penuh dengan kepura-puraan (cewah..menyampah)..sedangkan pada lumrahnya, aku jenis yang sangat ringan mulut untuk bertegur..Memula tuh, aku pikir oklah bertindak pasif mcm tu sbb baru jer pindah sekolah..pulak tu kalau lebih2, aku bimbang senior hentam..so, aku lebih banyak berdiam diri drpd bercakap..org tanya 20 patah..aku jawab sepatah..biler aku senyum dan ketawa jer, orang dah bangga dan kecoh ngan rakan yg lain sebab dpt buatkan aku tersenyum..dlm hati aku cakap, "ntah apa2 lah bebudak nih..aku senyum pun hairan" ..last2 perangai pasif aku ni memakan diri sendiri apabila aku semakin pasif dan pasif..SEBAB APA..SEBAB TAKDER SORANG PUN NAK BERBUAL DENGAN AKU ESPECIALLY MASA KAT DALAM KELAS..SEMUA RASA SEGAN KECUALI RAKAN SE DORM AKU..itu pun tiga empat org jer..AKU TERASA JUGAK AH..TAPI SAAT YANG PALING AKU TERASA DAN MEMILUKAN adalah masa Sambutan Jubli Perak di sekolah aku..ketika tu, aku keliling sekolah tengok pameran dan jualan seorang diri mcm org putus chenta dari awal hingga tamatnya sambutan tersebut..bayangkan dr pukul 7.30 pagi sampai kul 12 tgh hari..dah ler tak leh naik dorm..bila aku jumpa kawan2 sekelas dan setat tanya banyak patah..orang jawab sepatah jer..masa tu lah aku mmg betul2 nak mengalir air mata dan dah mula tersedu..dahler time tu org ramai..semua ader geng…aku sorang jer jln takder geng…sedih giler aku jalan seorangan sambil tersedu2..aku tak pernah rasa dipilukan seperti itu..selalunya org yang selalu merapati aku..kini..takder sorang pun yang berani dekat dengan aku..

So..bertitik tolak drpd peristiwa aku..i’d tried to change my attitude..aku setat dari ZERO..memang rasa janggal ler masa mula2 tuh…tp, aku mesti kena ubah..setiap hari jugak ler aku pikir cara2 nak merapati insan yang dah set dlm kepala dier.."aku ni jenis yang pendiam dan pasif"..tp, dlm aku susah2 tu..ada jugak yang membantu..tak lain tak bukan adalah IWAR, merangkap teman sebilik aku..kalau takder dier time mula2 masuk..mmg lagi sedih lah..banyak giler jasa Iwar at that time..tak dapat aku nak balas..sudahler sering jadik pendengar setia yg terpaksa..masalah aku pun sometimes dia tolong solve kan..mamat ni juga lah yg bawak aku OUTING utk kali pertama nya setelah hampir setahun aku tak outing…org berebut2 nak fly outing..aku pulak tak nak outing..)..Pastu datang pulak Nazry..aku pun lupa, canner dier leh rapat ngan aku time tuh..tp dier pun banyak bantu aku untuk membuatkan aku LEBIH rapat dgn rakan2 lain..tp banyak proses KENDIRI yang aku lalui lah..Then bila nak akhir tahun jer..everything was clear..dr muka serius, skrg dah boleh gelak besar..org pun tak ‘takut’ nak cakap ngan aku lepas tu..dulu aku berbual guna ‘kita-saya-awak’ ..terus bertukar menjadi ‘kau-aku’…

Sehinggalah naik form 5..alhamdulillah..aku kembali normal seperti sebelumnya..drpd seorang yang membosankan..aku dpt sorang lg sahabat yang suka gelak dan buat lawak spastik bersama aku..siapa lagi kalau bukan RASH dan AYOY..aku pegi mana2 mesti ader dier..dier gi memaner, mesti ader aku..selalunya dgn Rash ler sbb Rash sekelas ngan aku..Ayoy kelas ‘pandainyieerrr’..masa prep je lah kalau aku rajin..aku dtg kelas Ayoy..Aku teringat lagi masa NAK naik form 5, ada senarai pelajar utk agihan kelas..masa tu Rash cek nama dier dan juga rakan2 lain yang menghuni kelas 5 M 4..pastu dier terjumpa nama aku..boleh dier kata "Alah..Mdnoor..siapa ni!!" , dengan tangan menepuk dahi dan suara terkejut sambil gelak dgn member sebelah, JABANG..dah ler aku kat belakang dier..berbulu jer telinga aku time tuh..maybe Rash tak ingat ler..yelah, org yang buat selalu tak ingat..tp, org yang kena ni..smpai skrg ingat..tp, tak sangka pulak kamceng dan menjadi sahabat yang baik sampai skrg..

Hmm..oklah, ni adalah citer2 zaman aku sekolah dulu..canner aku melalui proses mengenali diri sendiri semula setelah dikejutkan oleh satu situasi negatif yang aku sendiri cipta..lepas ni kalau ader maser, aku akan taip lagi mengenai cara aku mencuba terap nilai persahabatan ini sebagai agenda terpenting dlm kamus hidup serta sahabat yang aku perolehi selepas alam persekolahan ..ok..wassalam..

A4a5a 5959rumahcjeff A5

Monday, July 26, 2010

Kencing Malam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu kembali ya adik adik..akak akak..abang abang..huhu..

Actually, aku baru edit deraf kontrak entah yang kali ke berapa lah aku betulkan..asik betulkan jer...bintang2 sudah kat mata ni..almaklumlah banyak sangat org semakkk..huhu..so kali terakhir ni sebelum dijilidkan, kena betulkan lagi sebab numbering format tak berapa nak betul.. Ditambah lagi margin yang tak berapa nak sama (siap ukur dengan pembaris lagi ok!)..ahaha..detail sungguh ler Kak Nik ni tauu...naik juling mata aku nak kena semak balik satu2..huhu. Takpelah, ini semua ilmu... harap2 esok aku dah boleh get ready untuk print dan jilidkan!

Oklah..lupakan pasal deraf kontrak tu...kita beralih kepada cerita best zaman aku kecik2 dulu..ehehe..tak lah kecik sangat...dalam lingkungan sekolah rendah lah juga..sebenarnya, aku malu dan segan nak cerita...tapi disebabkan ia adalah pengalaman yang tak dapek aku nak lupakan waktu kecil..so, aku pun teruja nak share ..hik hik..

Sebenarnya, waktu zaman kanak-kanak dulu, aku ada satu penyakit yang aku pun tak tahu apa puncanya tau.. (yelah, sebab benda ni agak memalukan, penyakit lah yer..kalau benda2 best terus jadi hobi lah kan...ahaha..tak gitu). Aku peliklah, asal sepanjang aku sekolah rendah, aku selalu kencing malam...bukan sekali sekala..tapi hampir setiap hari..hik hik...hebat tak aku! ahaha...Dan insan yang paling aku kesian sekali adalah mak aku ler sebab hampir setiap pagi dia terpaksa basuh tilam hasil 'tumpahan teh' di tilam.. aku serba salah beb (sambil menekup kedua-dua belah tangan di muka)..setiap kali 'teh tertumpah', maka setiap kali tu lah aku mendapat 'hadiah injit-injit semut' dari mak aku. Bagi aku, itu adalah rutin yang perlu aku lalui setiap kali berlakunya peristiwa 'tumpahan teh' tersebut..Aku reda dan pasrah..of course ler..dah menyusahkan mak sendiri, lagi nak melawan kan..mahu kena hayun...:P

Actually, pasal cubitan injit-injit semut mak aku tak, aku tak lah rasa heran sangat. Tapi yang aku kena heran dan ambil peduli apabila orang yang sama-sama naik van sekolah tu dia tgk tilam yang tersidai kat luar rumahhh!! Uwaaaaaaaa...mestilah menimbulkan tanda tanya..!!!! Kalau aku tak lupalah, aku pernah request (boleh tak request..ahaha) ngan mak aku supaya jemurlah waktu aku dah naik van sekolah, tapi mak aku terus fire aku guna mulut..hamik ko sebijik..ahaha..apa lagi..aku senyap je lah..cuma kat dalam van tu memang tak keruan lah bebbbb...takut ditanya..yelah, tebiat apa kan nak jemur tilam kul 6.30 pagi kannn... tak pernah dibuat orang ok! Ntah mana lah datang cahaya mata hari tuuu...Bukan setakat pagi jer, waktu aku balik sekolah dalam kul 1.30 ptg pun aku harap2 sangat mak aku dah turunkan tilam supaya aku boleh keluar van sekolah dan masuk rumah dengan hati yang tidak gundah gulana...Tapi selalunya mcm tu lah, mak aku tak angkat lagi tilam tu..terpaksa lah aku kuar van dengan perasaan menyanyi2 seolah2 menuduh budak yang mak aku jaga tu punya angkara..ahhaa..buruk perangai kann..tapi fahami lah keadaan aku time tu..Malu tauu.. :P. Apatah lagi ada sorang budak dalam van tu dia tanya aku.."siapa tu kencing dalam suar kat rumah awak"... Dalam hati aku mcm nak serkup dengan guni jer muka budak tu lalu kutampar2 mukanya.......eeeeee.. nasib lah aku cepat jawab "adik..". Adiklah sangat padahal aku lah anak paling bongsu sekali..hua hua hua...tapi mak aku jaga anak org..sesekali dorg keluar di verandah, so nampak ler macam "adik" aku..well, selamat aku..Alhamdulillah..Sometimes, kalau dalam beberapa hari aku tak "ken ken", aku rasa bangga gilerrrrrrrrrrrrrr....ahaha..

Ntahlah...kadang-kadang aku mati akal untuk nak hilangkan penyakit ni..malu lah beb..aku balik kampung nenek belah emak jer, masa nak tidor dorg suruh alas plastik kalau nak atas tilam..nasib lah dorg tak suruh aku pakai pampers...ermmm...kejam tak kejam..pastu sebelum tidur, abah aku siap boleh tonggeng-tonggeng kan aku dengan harapan air teh tu tak sempat tertumpah dari bawah..huhu...Sian abah...Thanks abah ngan mak sebab bersabar jer dengan anak yang banyak susahkan kalian masa kecik2 dulu. Bukan disengajakan tapi mmg tak tahulah camner nak ubat...Dah akil baligh barulah sembuh terus dari penyakit kencing malam ni..aduiii..Alhamdulillah sekali lagi...

Oklah, sampai sini sahaja dulu..aku sambil2 tgk video klip Susan Boyle dari Britain's Got Talent.. tgk masa dia mula2 audition. Mahu menitis air mata ni. Superb lah suara dia..Orait, ada kelapangan akan aku sambung semula ..till then..wsalam..


Saturday, July 24, 2010

Gym & Squash

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bersua kembali..Aku baru jer balik dari The Curve, Mutiara Damansara dengan 2 tujuan. Pertama untuk gi gym..kedua, nak tgk final squash yang membabitkan 2 pemain negara, Dato' Nicol David dan Mohd Azlan Iskandar. Untuk tujuan yang pertama tu, memang tak kesampaian apabila aku lupa nak bawa seluar sukan.... arghhhhhhhhhhhh...geram geram...sungguh2 aku jalan penuh dengan hati yang membara2 menuju ke sana selepas 2 hari tak ke gym...bila sampai, boleh pulak seluar tak bawak..pressure! Tak apalah, padan lah dengan muka aku tak check dulu. Tapi kira oklah, dapat sauna kan badan ni..terkejut gak ah untuk kali pertama mata aku tak merah menyala macam naga bila kuar dr steam room dan sauna tu..huhu... Kalau tak, lepas kuar dr dua bilik tu, mahu aku tersipu2 tunduk bawah sebab segan nak tunjuk mata naga tu..ahaha..

Dato' Nicol David & Azlan Iskandar bersama trofi kemenangan

Btw, aku gembira jugak lah hari ni sebab for the first time, aku dapat menyaksikan aksi Dato' Nicol David dan pemain2 wanita kelas dunia beraksi secara LIVE di Terbuka Malaysia anjuran CIMB!! free pulak tuuu..huhu.Apa taknya, dia buat kat shopping complex...Untuk pengetahuan, kejohanan ini adalah bertaraf 5 bintang berdasarkan jumlah penyertaan dan hadiah tunai yang ditawarkan. No wonder lah 9 daripada 10 pemain terbaik dunia menyertai kejohanan ini. Yang tak compete pun cuma Natalie Grinham, pemain no 4 dunia disebabkan oleh kecederaan (baru lepas pembedahan x silap aku).


Pada perlawanan akhir bahagian lelaki menemukan pemain no 1 Malaysia, Mohd Azlan Iskandar (pilihan ke 4, ranking 18 dunia (July 2010)) dan pemain Mesir, Tarek Momen (pilihan ke 7, ranking 22 dunia (July 2010)). Azlan menguasai hampir keseluruhan permainan apabila memenangi perlawanan dengan straight set 11-5, 11-6, 11-8. Tahniah Azlan!! cuma yang sadisnya tadi bila ketua sorak Malaysia lahh..boleh pulak dia laungkan nama "Iskandar!! Iskandarr!!!"...uwaaaaaaaaaaaaaa..Iskandar tu nama BAPAK dia lerrrr...nasib lah lepas beberapa ketika dia betulkan semula..."Azlan!! Azlann!!!"...aduii...sodehhhh..

Dalam saingan bahagian wanita pula menemukan pemain no 1 dan 2 dunia iaitu Dato' Nicol David dan Jenny Duncalf..mungkin ramai yang tak tahu (rasanya mmg tak tahu punnn), Jenny Duncalf adalah satu2nya pemain yang berjaya memecahkan penguasaan Dato' Nicol dengan menewaskan beliau dalam dua kejohanan berturut-turut pada tahun lepas. Tapi selepas tu dalam 2 kejohanan terakhir, Dato' Nicol menang 2 perlawanan dalam straight sets. So, dalam kejohanan ini memang dijangkakan sengit sebab Jenny Duncalf in top form. Dan seperti yang telah kuduga..memang sengit pun sebab perlawanan berlangsung dalam 5 set beb..nak terkencing aku...ahahaha.. Akhirnya di set kelima tu, memang nampak Jenny agak keletihan dan Dato' Nicol untuk kali keberapa entah (kelima rasanya) berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan mata 11-6, 6-11, 11-7, 10-12 dan 11-5. Lega rasanya..ehehe. Tahniah Dato' Nicol..Malaysia Bolehhh!!

Apapun..aku rasa happy ler sebab dapat tgk dengan mata sendiri pemain2 nya..cun ler si Jenny Duncalf & Alison Waters.. ehehe..i like..si Azlan pulak, memang betul2 muka mat salleh ler mamat tu..ahaha..

Oklah, sampai sini sahaja...nanti sambung semula...perut lapar sebenarnya..otak ni tak leh nak fikir sangat..huhu..


Wednesday, July 21, 2010

Jika Diberikan Peluang..

Assalamualaikum..

Kita bertemu lagi dalam coretan seterusnya..

Actually.. tujuan aku tulis blog kali ini sebab nak share something dgn korang.. kali ni agak sirius blacklah... cerita ni aku dpt dari seorang akak setelah dia dapat tahu aku nak berpindah kerja ke tempat lain (sekitar Oktober 2006) sebagai IT Trainer di Prestariang Technology Sdn Bhd ..aku ditempatkan di SK Panglima Adnan, Port Dickson ketika tu..anyway, at that time, akak tu baru seminggu dua aku kenal kat ofis ni, tapi dia kira baiklah..tak menyombong...dia kata dia akan sedih aku dah tak ada lagi..tapi, kalau ada peluang yang baik datang..jangan sesekali kita sia-siakannya..and then, dia pun bercerita kat aku satu kisah yang aku kira sangat berguna untuk dikongsi bersama..tak tahulah ia kisah benar atau tidak (aku tak tanya), tapi baca je lah ok sebagai iktibar bersama..

Kisahnya begini....

" Satu hari di sebuah kampung...terjadinya hujan lebat yang tiada hentinya selama beberapa hari. Disebabkan itu, maka berlakulah banjir di kawasan kampung tersebut. Maka, setiap penduduk di kampung tersebut pun berkemas-kemas dan menunggu bot penyelamat untuk membawa mereka di kawasan yang lebih selamat.

Di kampung itu juga..terdapat seorang orang tua yang sangat alim .Sembahyang tak pernah tinggal. Kiranya warak habislah. Maka datanglah pasukan penyelamat bersama bot untuk membawa orang alim tersebut pergi dari rumahnya yang semakin dinaiki air. Tetapi orang tua alim itu menolak kerana katanya..

" Kamu pergilah.. aku sudah berdoa dan aku yakin, Allah datang untuk menyelamatkanku..."

Maka, berlalulah bot tersebut apabila orang tua alim tersebut berdegil dengan pendiriannya. Hujan semakin lebat. Selepas beberapa jam kemudian, paras air semakin naik dan memasuki kawasan rumah dan ini memaksa orangbtua alim tersebut naik ke atap rumah untuk menyelamatkan diri. Beberapa ketika kemudian, datanglah helikopter yang ditugaskan untuk menyelamat saki baki penduduk yang masih ada di situ. Maka datanglah helikopter tersebut menjemput orang alim tersebut, tetapi orang alim tersebut memperkatakan perkara yang sama kepada penyelamat tersebut..

" Kamu pergilah.. aku sudah berdoa dan aku yakin, Allah datang untuk menyelamatkanku..."

Maka berlalulah helikopter tersebut meninggalkan orang alim tersebut yang tetap berdegil dengan pendiriannya.

Hujan masih belum berhenti dan air pula semakin naik mencecah ke bumbung rumah orang alim tersebut. Ketika itu hanya tinggal orang alim seorang sahaja yang berada di situ. Tidak ada sesiapa lagi di situ. Tidak ada lagi pasukan penyelamat dan penduduk yang boleh membantu. Ketika itu, orang alim tersebut semakin cemas dan ini mendatangkan kemarahan kepadanya kerana setelah dia menghambakan diri kepada Allah dan setelah puas dia berdoa, tetapi baginya Allah masih tidak datangkan malaikat yang boleh menerbangkannya jauh dari situ. Maka, orang alim tersebut berhenti berdoa dan mula menyalahkan Tuhan.

Air bah masih tidak berhenti surut. Hujan pula masih belum berhenti. Orang alim tersebut tidak tahu ke mana arah tujuan untuk menyelamatkan diri selain duduk di atas bumbung rumahnya itu. Akhirnya, kerana terlalu kesejukan, orang alim tersebut meninggal dunia di situ. Dan yang paling mendukacitakan, beliau telah mati dalam keadaan kekufuran. "

Moral of the story :

Dalam kisah di atas, sebenarnya Allah telah menciptakan 2 peluang untuk orang alim tersebut iaitu kehadiran bot dan helikopter penyelamat tersebut. Malangnya, tidak terlintas di fikiran orang alim tersebut bahawa itulah bentuk pertolongan dari Allah SWT kepadanya. Beliau menganggap Allah akan menyediakan satu bentuk pertolongan yang lebih istimewa untuk dirinya berdasarkan amal ibadahnya sepanjang hidupnya.

So di sini, aku berpesan pada rakan-rakan mahupun diri aku juga.. Sekiranya kita memperolehi sesuatu peluang yang baik, rebutlah peluang tersebut sebaik yang mungkin. Jangan kita persia-siakan kerana kemungkinan peluang yang kita perolehi ketika itu takkan datang lagi pada masa akan datang. Tolong lah rebut OK!.

Buat masa ini, kita mungkin tak dapat lihat untuk jangka masa yang pendek, tapi untuk jangka masa yang panjang... mungkin dalam peluang tersebut terkandung beberapa hikmah yang kita tidak dapat jangkakan. Pasti akan ada! Dugaan di atas segala kesusahan yang kita lalui sebenarnya adalah ujian agar kita dapat merasai apa yang dilalui oleh jutaan insan yang kita tidak pernah terlintas untuk berfikir ketika kita sedang bersenang lenang..Apapun, Allah Maha Mengetahui segala yang telah direncanakan untuk kita..

wassalam.. semoga kita bertemu lagi. Insyaallah..

Culik?

Salamukhwah buat kalian semua.....actually, tetiba aku terkenangkan satu peristiwa yang mana aku masih pikir samada ia realiti atau mimpi..entahlah..rasa terkejut pun ader jugak..coz maser tu aku baru jer 5 tahun..aku lalui peristiwa ni bersama akak aku yg baru berusia 7 tahun ketika itu..yelah, aku dgn kakak aku mmg rapat dr dulu sampai lah skrg..

Memula citer tu..mak aku suruh pegi kedai beli kelapa parut kat kedai runcit..selalunya kalau gi kedai nih, memang akak aku lah yang kena suruh..aku hanya jadik bodyguard jer..sepanjang perjalanan nak pergi tu, mmg takder masalah ler..tp, biler pulang jer..tetiba ada dua 'lembaga' @ penculik dgn muka muka berserkup tangkap aku dgn dgn kakak aku..time tu, mmg terkejut jugak ah..lama jugak ah aku ngan akak aku meronta2..tp, aku berjaya melepaskan diri dahulu..aku tak berapa ingat apa yg aku buat for the first time..maybe aku cekau muka penculik tu kena kat muka area mata ler..sebab penculik tu tekup muka dier..apa lagi, sedang dia buat aksi tekup muka..aku pun buat aksi tendangan tonjol TEMPAT YANG SENSITIF bagi penculik tersebut se das dua..maka, tertunduk lah penculik tersebut di atas tanah menahan sakit..

Then, aku lihat kat sebelah..akak aku masih lagi meronta..so, aku pun dgn segera membuat aksi tendangan tonjol pada tempat yang sama yang aku buat kat penculik pertama td..bila dia dah tertunduk, akak aku pun cekau dan gigit tangan penculik tuh..aku tak sure if akak aku guna objek lain seperti batu..sbb aku ader nampak dia seperti ambil sesuatu objek kat bawah..tp, kalau akak aku hempuk dgn batu lagi bagus rasanya..yelah, kalau setakat nak pukul2 dengan tangan..mmg kami takder kudrat ler..apa sangat lah kudrat budak2 berusia 5 dan 7 tahun nih..

So, pastu kami mencicit lari menuju ke rumah..sampai umah, semua pintu tingakap aku kunci..menggigil2 jugak lah maser tuh..pastu mak aku tanya kenapa..so, aku ngan akak aku pun citerlah apa yang terjadi..tapi aku tak sure samada mak aku percaya atau pun tidak sebab emak aku hanya beri respon yang biaser jer ala2 berkata "whateverr..."..ahahah....aku tak salahkan mak aku ler, sbb maybe emak aku ingat kami buat citer..tp, peristiwa tersebut masih segar dlm ingatan..kalau aku citer dengan akak aku pun..akak aku still ingat..maknanya, ia bukan mimpi lah..ia realiti..

Aku terpikir jugak lah..asal dua 'lembaga' tu nak tangkap kami..masa kecik2 tu, aku and akak aku ingat..mereka tangkap sebab nak rompak duit kami..lawak betul..duit setakat 20 sen (itu pun lebih buat beli kelapa parut), nak rompak ke benda..pastu lama kelamaan, kami membuat kesimpulan bahawa mmg kami hendak diculik..dan yg nak menculik kami bukanlah org yg expert dlm dlm bidang ni..tapi PENAGIH DADAH!!..maybe dah lepas culik, konon nak mintak wang tebusan lah..boleh belah lah..lembik semacam..ader hati nak wat keje camni..kenapa aku kata PENAGIH DADAH??, ehehe..bayangkan ler..dengan cekauan budak kecik pun boleh kalah..pastu, 'grip' aku pun mcm lembik semacam jer..then, baru pukul sikit, sakitnya semacam..mmg soheh ler tuh..lg satu, dulu aku dok kawasan setinggan..MAT PEN berlambak kat sini..so, mmg kebarangkalian yang melalukan benda2 canni adalah dr kalangan mereka..hmm..itu kisah dulu ler, tapi skrg ni aku harap agar semua MAT PEN ni dah insoff dan dpt kerja yang halal..

Syukurlah aku masih lagi di sini..sihat walafiat..kalaulah yang nak culik kami tu bukan mat pen..entah ke mana lah aku skrg ni..alhamdulillah Allah beri kekuatan pd aku ketika itu...sekian...

Kaknorasolo

p/s : akak aku merupakan 'rakan kamceng' yg banyak lalui peristiwa hitam dan manis bersama aku terutamanya pd zaman kanak2....sekarang ni dah ada anak dua..badan pun boleh tahan berkembang..ehehe

Tuesday, July 20, 2010

Kenangan Terindah - My Childhood (Part 2)

Bertemu lagi...ehehe..

Sebenarnya, aku masih belum puas lagi bercerita tentang masa kecilku..sebab bagi aku..zaman kanak-kanak aku lah yang paling terindah sekali dan aku boleh ingat sampai saat ini..sebabnya, apa yang aku lakukan memang dari kemahuan hati..bukan dipaksa2..Oklah..sekarang ni pun aku dengan lagu Kenangan Terindah..memang baguslah tuh..datang pulak mood nak menaip..

Actually, zaman aku kecik2 dulu..aku boleh cakaplah..semua cikgu tgk aku sebagai pelajar paling innocent sekali..aku perasan ramai cikgu sayang aku ler... walau aku buat salah..aku tak kena marah pun...kalau pelajar lain..mahu kena tangan dan diri atas kerusi..dari sekolah tadika sampai ke sekolah rendah..semua cikgu predict aku macam tu..ehehe..satu penghargaan paling tinggi bagi aku walaupun pada hakikatnya, aku takdelah seperti itu di luar sekolah...muahaha...

Ingat lagi, asa sekolah tadika..aku jadi ketua darjah..hari-hari kena pergi depan baca ikrar rukun negara..yang tak tahan tu, aku main taram jer ikrar..ialah..dah nama pun hafal..bukan aku faham pun apa yang aku ikrar tuh..tak silap aku, everyday aku lafazkan "KEDAULATAN KUMBANG-KUMBANG"...ahahahaha..macam bebal sangat bila aku ingat balik..eee mdnoor..bayangkan lah aku lafaz benda tu selama setahun..hahaha..tak ker naya namanya..tak pasal-pasal kumbang yang dapat nama dalam rukun negara tuh..

Itu satu..satu lagi, aku rasa masa tadika..aku lah manusia paling pemalu sekali kat kelas..macam pompuan..tak kuasa..hahah..hari pertama jer aku dah buat hal..aku sorok bawah meja menangis teresak-esak..penat woo menangis 2 jama tanpa henti..sampai nak kuar dari bawah meja pun malu beb..hik hik..alah bukan salah aku pun... aku terpengaruh dengan keadaan sekeliling..bila aku nampak ada budak nangis..aku pon join venture sekalilah..tak salah kan..? Aku still ingat lagi nama cikgu sekolah tadika aku..CIK SAADIAH dan CIKGU FARIDAH..Cikgu Saadiah lembut jer orangnya...cikgu Faridah a bit garang lah..:P ..tapi yang aku touching sekali bila Cikgu Saadiah still ingat aku lagi walaupun dah berbelas tahun dia ajar aku dan sudah beribu2 budak dia ajar..cikgu Saadiah masih kenal aku..

Masuk sekolah rendah..kawan-kawan aku semakin berkembang..tapi macam biasa, aku dikekelilingi geng2 perempuan.. ntah ek, aku join jugak geng2 aku yang lelaki... tapi aura aku lebih disenangi oleh kawan2 aku yang perempuan..so, aku anggap je lah ia satu anugerah..satu lagi, masa primary school..aku rasa macam popular pulak..atau aku sorang jer perasan yang aku popular..whatever lah..yang penting, ramai cikgu kenal aku...pastu suka menunjuk-nunjuk esp. bakat nyanyian aku..Aku ingat lagi.. ada kawan aku mengata-ngata aku pasal nyanyian aku..apa lagi aku pun pasang strategi untuk mengenakan dia..Disebabkan cikgu perchaya ngan muka baik aku ni, so tak salah aku amik kesempatan..:P..aku asik mengadu jer kat diaorang pasal perilaku kawan aku ni...Seperti biasa, geng sepengadu aku adalah Hazura..kami sama-sama melaporkan aduan tersebut ..antara contoh aduan tersebut adalah seperti berikut..

" Cikgu...Ali kan dia panggil cikgu Dora, Tora!"

" Cikgu..Semalam kan saya nampak Ali cari lokan kat kawasan rumah saya"

dan lain-lain..

Eeee... kalau aku pikir balik...jahatnya aku..perkara tak masuk akal pun aku nak bagi tahu..Tak pasal2 Ali kena marah ..Cikgu Dora siap panggil guru kelas kitaorang lagi..dan Ali kena mintak maaf..tapi aku ngan Hazura macam biasa buat muka bodoh macam takde apa2 berlaku...memang kepala kitaorang shot betullah time tuh..ehehe..tertekan aku tgk Ali..sampai bila dia jumpa kitaorang..dia kata "Asik-asik nak ngadu"..isk isk..Oklah Ali..aku mintak maaf banyak kat kau.. biasalah..budak2.. "Buat dulu, otak proses kemudian" ..

Hahah..macam-macam..pernah sekali tu time darjah 3..aku nyaris2 gaduh..depan cikgu pulak tuh..terkejut ustazah aku tgk aku macam tu..dah tolak2 meja dan mulut aku dah pun bising2..(nasib baik aku kecik lagi time tu...kalau besar sikit..dah lama aku angkat meja..:P) ..aku tak pasti aku cakap apa..tapi yang paling aku pasti...aku berselisih faham dengan member aku hanya kerana lirik lagu 'Antara Gadis'... ntah apa2..tp, memang lirik lagulah punca hakikinya.. Aku pun tak faham kenapa dengan lirik lagu aku boleh gaduh..tapi yang pasti, memang puncanya BUKAN dari aku..walau apapun alasan member yang pasal ngan aku tuh.. aku tetap terbela...hahah..cikgu tetap backing aku..suka aku..sukanya.. itulah kali pertama dan kali terakhir aku berperlakuan sedemikian..

Oklah...kalau nak cerita zaman kanak2 aku memang tak akan habis...tapi yang aku boleh rumuskan..zaman kanak2 aku adalah zaman yang paling sukar aku lupakan berbanding ketika aku sudah melangkah ke alam remaja (sekolah menengah)..tak banyak yang aku boleh ingat..susah nak cari kenangan yang betul2 bermakna dan boleh diingat sampai bila2..ada pun kenangan terpahit memanjang..takkan aku nak ingat kan..nanti aku sendiri yang merana...tak bagus untuk kehidupan masa akan datang..dan aku harap, aku boleh pegang pengalaman ini selagi hayat dikandung badan..Bagi aku, kenangan seperti ini susah dikutip di mana2 dan aku berbangga kerana sepanjang aku hidup di dunia ini..aku ada kenangan yang boleh aku ingat ...dan kenangan itu still abadi dalam kotak fikiran aku sehingga kini..

Lastly.. aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan aku.. yang pernah mengenali aku, yang rapat dengan aku dan juga yang mempercayai..dengan tulus ikhlas, ingin aku katakan..aku tersangat dan amat menghargainya..thanks for everything..:)

Kenangan Terindah - My Childhood (1)

Salam Sejahtera..

Lately, aku asik teringat zaman-zaman kanak-kanak dan belajar jer..sampai terbawa-bawa kat mimpi..mungkin sebab terbelek-belek album gambar zaman muda mudi dulu..

Zaman-zaman kecil aku memang dikelilingi oleh kawan-kawan perempuan..Nak tak nak..aku terpaksa ikut rentak mereka..kalau main masak2..aku pun kena ikut gak...kalau main getah..aku pun kena terkinja2 main getah gak...kalau ada 'pertandingan' nyanyian, aku pun join sekaki untuk mempertahankan gelaran..

Actually, bukan aku tak campur kawan lelaki..masalahnya tempat aku kekurangan kawan2 lelaki yang sebaya..nak main ngan abang2 aku, awal2 dah kena reject..kalau ada pun, memang umur bawah aku.. mereka pun kena ikut aku jugak untuk ikut main dengan geng2 perempuan... sebab ketua segala aktiviti riadah adalah kakak aku sendiri..Tapi kalau time aku diberi kuasa untuk jadi planner, aku akan main galah panjang, ting ting, baling selipar, cakar ayam, bola tampar dan 'polis sentri' ..tapi permainan default selalunya main getah lah..:P..terer jugak lah aku main berkat latihan berpanjangan..jangan main-main ok..

Bila time2 ni, teringat pulak kat Hazura, Dilah, Uji, Akak, Adik, Din, Iwan, Hidayah, Ani dll.. Tapi dalam banyak2 kawan..aku paling rapat dengan Hazura..memang kamceng lah.. so, mana aku pergi sampailah skrg ni, orang yang hampir2 lupa aku walau berbelas tahun tak jumpa akan kata..."ooh..Mdnoor kawan Hazura tu kan"..sebenarnya Hazura ni, dalam apa jua bidang..bagi aku, dia adalah pesaing terdekat aku.. walaupun dia rapat dengan aku.. tapi dia sering nak overlap aku..geram jer..ada jer dia nak dengki dan iri hati dengan aku..senang cerita..dia tak boleh tgk aku terer dr dia sikit..serius beb..tapi aku salute dia satu..dia adalah satu2 budak perempuan yang boleh panjat pokok ceri sampai hampir ke puncak..tinggi woo..aku cuba atasi dia..tapi gagal pulak..hehehe

anyway, banyak benda sebenarnya yang kitaorang buat sama-sama...entah ek, ke mana aku pergi..dia akan ada..dan ke mana dia pergi..aku sibuk nak ada.. Teringat aku masa kena tangkap dengan cikgu sebab keluar dr sekolah time rehat HANYA SEMATA2 UNTUK BELI JAJAN berharga SEPULUH SEN...masa darjah 1 pulak tuh..habis tercalar imej baik yang aku pegang selama ini..aku still ingat lagi jajan yang kitaorang nak beli...alah yang satay ikan lidi tuh... ish..bengang tak bengang... tapi kesian jugak tgk dier kena tegur ngan ustazah Zainab time kat kelas Agama..aku pun tak tahu apa yang dia kene leteq, coz aku cabut luar kelas berlakon konon2nya tgh mengorek pensil..(pensil dikorek dalam masa 5 minit..ehehe..memang kes nak lepas lah ni)..alah time kelas Agama je lah aku lepas..waktu subjek lain, kitaorang pun kena leteq jugak..redha jelah..

And then, aku pun still ingat yang mana aku telah 'melarikan' diri daripada membuat persembahan sempena Hari Guru..ketika itu masa darjah 3..aku kena buat persembahan nyanyi lagi 'Antara Gadis' dari Dinamik..dulu lagu tu popular..suara aku pulak tu very da powerful dan mendayu2...:P... actually, aku 'melarikan' diri bukan kerana rela..tetapi KERNA TERPAKSA..time tu takde orang tahu kenapa aku tiba-tiba 'hilang'..kecuali emak aku ler..itupun setelah kena dengar ceramah yang agak panjang dr ibu kandungku...tapi nasib baik Hazura jd penyelamat... dia dengan tak rehearse apa2 terus ganti aku naik pentas nyanyi lagu 'Perwira'..abes aku dah cabut balik umah..tapi aku tahu, dia memang kepingin nak naik pentas sebenarnya..:P(jangan marah Ura yer..)..akhirnya, aku telah memakbulkan impiannya..Bila balik jer, Hazura dengan bangganya (aku rasa lah) mengatakan dia naik ke pentas nyanyi lagu 'Perwira' tuh..tapi aku lagi lah bangga kerana mereka semua tak tahu yang aku rahsia aku menghilangkan diri adalah kerana aku terkencing dalam seluar..muahaha..takkan lah aku nak nyanyi dengan seluar basah makcik..LEGA aku tau..kalaulah Hazura tahu..abis dia jaja satu sekolah..YIHAA!

Hmm...bila aku teringat2 balik..aku fikir..banyak kenangan dengan Hazura@ Ura ni..sekarang ni, aku dah dapat kesan dia balik dalam facebook...alhamdulillah...huhu..tup tup dah dua anak..amek ko..produktif..!!bukan setakat dia jer, dengan akak dia Ani, sepupu dia..Dila , Yan ..ahaha..tak sangka kan..korang semua dah kawen..tinggalkan aku keseorangan..:P. Harap2 korang ingatlah yer kenangan kita sama-sama dulu...Walaupun kita dok setinggan, tapi hati kita tetap kaya dengan adap sopan (poyo jer..)

Ok..till then..akan disambung part seterusnyaaaa....nanti2lah yer.

Kelabu - Emoque

Selamat bertemu kembali...(apa kau ingat ni rancangan TV..ahaha). Sekarang ni, teringin pulak nak share berkenaan dengan sejarah kuceng2 yang pernah aku bela..

Berikut adalah senarai penama kuceng ku yang sentiasa tersemat di dalam hati..;

1) Kelabu - first sekali kucing yang aku bela..dari tahun 1990-1994 ..kucing ni penuh misteri..sekjap ada..sekejap tak ada..suka bertapa atas loteng..tapi Kelabu adalahkucing yang paling penyayang sekali..

2) Kuning - anak kepada Kelabu..bulu kucing ni oren sebenarnya..apapun, walaupun bulunya gebu dan cantek menawan..tapi Kuning telah diiktiraf oleh keluarga aku sebagai kucheng paling bodoh sekali antara kucing2 lain..Antara tindakan bodoh yang tak boleh diterima ialah di mana Kuning sanggup membiarkan anak-anak2nya yang masih kecil di dalam kotak kebasahan ketika hujan sedangkan dia boleh selamatkan diri sambil menjilat2 bulunya agar kelihatan cantek dan menawan setiap masa..(1990-1994 - kena buang)

3) Comot - aku pernah nangis sehari dgn sia-sia disebabkan oleh kuceng ni.. Satu keluarga aku berpakat kenakan aku rupanya.. Mereka kata kuceng ni mati lemas.. Aku dari pagi sampailah nak malam asik menangis jer..serius mmg bengkak mata..makan tak nak..semua tak nak..Pastu abang aku suruh bukak pintu dapur..tetiba ternampak Comot mengiau depan aku..sabau je lah..actually kuceng tu memang lemas..tp, sempat diselamatkan..Kalau aku tak mogok tak nak makan..mahu diaorang nak buat camtu..:P (1991-1995)

4) Ibu - aku panggil camni kerana sifat keibuan kuceng ini terhadap anak2 nya.. Jumpa kucing ni pun masa aku berpindah kat Taman U..first time, garang giler woo kucing ni..asik nak mencekau jer kerjanya..tapi bila dah jinak..alhamdulillah, kucing ni jadi TAIKO kat kawasan umah aku…kuceng jantan ke betina..semua dia bedal kasik KO..memang garang..tak padan badan kecik.. lagilah kalau aa kucing lain sentuh anak dia..memang dia kejar..(1995- 1997 - mati tanpa di kesan..)

5) Brad@Epit - Kucing kesayangan mak aku..mak aku sayang sangat kucing ni..anak kepada kucing Ibu . Lahir pada 1996..Satu keluarga sayang kucing ni..manja, penyayang dan faham bahasa… Paling aku rasa terharu sangat apabila Brad ni jaga 2 adik dia..gurau2 senda..adik2 dia semua kalau nak tidur berkepit dengan Brad..pastu Brad akan jilat-jilat bersihkan badan adik dia tak kira jantan atau betina..Kalau itu kucing betina aku tak heran..tapi ini kucing jantan..jarang kucing jantan begitu..boleh take over pulak tugas ibu nya..Brad mati pada 2002..tapi dia tak mati depan kami..dia bawak diri..time tuh, Brad dah teruk…dia sempat tunjuk muka kat emak aku..pastu hilang camtu jer.. Memang terasa betul kehilangan kuceng ni..

6) Mimi Sakuraga - Kuceng paling lawa dan paling penakut antara banyak2 kuceng aku..Dengar suara kucing lain, dia akan naik atas almari..tak pun sembunyi kat bawah longkang…Kerjanya hari-hari adalah menjilat bulu supaya kelihatan cantek jelita berseri sepanjang hari. Aset utama adalah ekornya yang unik..memang sebijik macam bunga Ros..lawa..sebab tu lah bila aku sentuh ekor dia, dia akan cekau..sebab bahagian tu lah dia jilat paling kerap..

7) Emoque Santiago - Apa yang ada pada Brad..itulah yang ada pada Emoque..kiranya adalah yang mewarisi Brad ni..Aku paling suka part dia berlakon bergaduh dengan kuceng lain depan aku..Walaupun aku tak suka dia kalah, tapi sikap buat-buat berani Emoque sangat aku kagumi..Dulu Emoque seekor kuceng yang sangat innocent..semua tak tahu..(2004- now)

Actually..ada lagi kucing-kucing yang aku tak senaraikan kat sini..bagi aku..yang betul2 aku jaga adalah 7 di atas..yang lain tu, semua tak lama kat umah..ehehe..

Oklah..sampai sini sahaja..ada masa dan ketika,kita bertemu semula...insyaallah..

Emoque Santiago Sanchez Lorenzo

Siapa tu!!! Tgk sebelah korang dah tahu kan..:D. Apa dah aku ni..awal2 blog dah tulis pasal kucing pulakkk..Oklah, today aku nak story pasal kucheng aku yang terkini dan telah berusia 6 tahun, Emoque Santiago Sanchez Lorenzo.. itu nama panjang..nama pendek, panggil jer Emoque.

Emoque ni boleh lah aku katakan mewarisi kemachoan kuceng aku yang terdahulu esp. Epit@Brad (Brad Pitt)..dah lah macho..comel pula..Dari segi saiz badan, kemajaan, cara dia panggil aku (ngiau …), faham arahan orang dan yang paling penting sekali, dua-dua suka tunjuk berani..tapi part2 Emoque tunjuk berani ni aku suka tgk..cuma kalau dia gaduh..mesti kalah punya..kuceng lain tak carik gaduh..tapi Emoque yang lebih2 dan carik pasal… sampai senget2 badan kau..aku sekeluarga pun dah naik malas nak tgk kalau dia gaduh…makin kita tengok, makin kuat dia bunyi..yang tak tahan, kucing lain tak sentuh dia langsung..tapi tak semena2 Emoque boleh terpelanting..memang tak logik..over lah ni moque..

Emoque ni..boleh aku kategorikan sebagai kuceng dengar kata ler..mak aku yang yang cakap..emak aku cakap camtu after dia tgk tapak kaki Emoque..Isk..aku sayang dengan Emoque aku ni..kalau dia nak mati ker..biarlah dia tak mati depan mata aku atau kena langgar lari..kalau tak, mesti aku sedih giler.. dah ler kuceng aku yang terdahulu si Mimi Sakuraga (jantan..tapi pondan..penakut sangat!!!) mati sia-sia dek kena langgar kereta..Time tu aku praktikal kat KL..Emak aku cakap, si Mimi tu mati sebab kena kejar kuceng lain..sebab terlalu takut dan tak pernah diajar ilmu toleh kiri kanan, maka dia pun dengan sewenang2nya telah dilanggar…tak pasal2 Mimi ‘mendiang’ pada usia muda…kesian aku tgk..walaupun tak cukup kejantanannya, tapi si Mimi tu antara kucheng yang paling cantik pernah aku bela..cuma hayatnya sahaja tak panjang..

Actually, dalam rumah aku ni kalau tak ada aku..maka tak adalah kuceng..Emak aku tak kasik manjakan kucing sebab bimbang masuk dalam rumah..Yelah, emak jaga anak orang..ramai pulak tuh..kang ada yang kena asma.. penat pulak nak jaga..so, untuk memastikan aku dapat membela kuceng (selalunya kuceng datang).. aku kena train lah..rasanya sebulan dua jer dah boleh faham..pastu bila kuceng itu sudah terlatih..maka, emak aku pun akan menilai OK ke tak..selalunya OK lah..kadang2..emak aku pulak yang lebih2 risau if kucing aku tak balik…Cuma ada satu jer kuceng yang tak menepati piawaian…kucing tu bijak..tapi TERLALU MELEBIH-LEBIH pulak manjanya.. aku pun naik bengang jugak..baru jer datang, tapi lebih sudu dari kuah pulak daripada Emoque..so, tak der pilihan lain..ke pasar lah jawabnyer..part ni lah mak aku paling suker sekali..:P

Hmm..so, rasanya setakat ini je lah citer aku pasal kuceng aku..aku pun dah lapar dan nak makan ni... salam ukhwah buat semua (mesranya aku...)

Kali Pertama

Pertama kali, aku ingin mengucapkan tahniah kepada diri aku sendiri kerana berjaya mewujudkan blog sendiri dengan rasa bangganya..(hooray..jeritan yang penuh sopan). huhu. Sebelum ni sibuk mengajar orang buat blog, tapi sendiri punya blog tadak.. bukan apa, masalahnya dah makin tua, makin rasa penat nak menaip..(oops, kantoi pulak mengaku tua). Namun begitu (ayat surat), aku rasa blog ni ada kepentingannya juga bagi aku memandangkan aku ni semakin cepat lupa mengingat peristiwa-peristiwa yang penting yang perlu aku ingat dan abadikan sebagai kenangan terindah atau sebaliknya sepanjang nafasku masih ada (boleh ayat ala2 mat jiwang hilang kasih sayang...ahaha).

Alkisahnya, aku ni rajin menulis diari...tapi dulu lah..waktu zaman2 lepas SPM..tulis tangan lagi OK!..takdelah main2 menaip mcm ni. Yelah, lepas SPM kan mmg takder kerja nak buat..Cuma yang tak bestnya, aku rasa abang aku baca diari aku tau..geram tul aku..dia selalu mcm tu..surat2 yang org kasik aku pun dia boleh detect kat mana....nasib lah takder benda2 sulit sangat...adoiii..

Apapun, tujuan blog ni adalah nak share sesuatu berhubung dengan kenangan hidup aku dari dulu sampailah skrg ni...Adakalanya dalam blog ni, ada yang pernah aku taipkan untuk diari aku sendiri..so, kalau ada ayat2 yang korang rasa pelik tu...faham2 lah yer...hanya untuk hiburan hati yang menaip mengikut naluri tanpa disedari..:D.actually untuk diri aku gak agar kenangan2 yang aku rasakan sangat bermakna dalam hidup, aku takkan lupa sampai bila-bila. Kalau korang rasa bosan ker apa ker..it's ok sebab blog ni akan banyak menceritakan tentang, kenangan aku serta untuk diri aku ...bukan pasal kenangan orang lain..takkan lah nak busy body pulakkk...huhuhu. Melainkan individu tersebut sangat perlu aku ceritakan sebagai contoh bagi kehidupan yang lebih bermakna di masa akan datang.

Akhir kata..selamat datang dan selamat membaca kalau teringin nak baca...:D. Wassalam.

~Officially created on 20th July 2010~
Related Posts with Thumbnails