Friday, November 26, 2010

Kepulangan Yang Dinantikan..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

26/11/2010

Hari ini adalah hari kepulangan kedua ibu bapa aku dari Tanah Suci Mekah...Syukur alhamdulillah. Mak abah baru call tadi, keadaan mereka baik-baik sahaja. Cuma abah sedikit batuk2 sebab perubahan cuaca. Tapi yang paling penting adalah, mereka berdua sihat sepanjang mengerjakan ibadah haji.. Syukur alhamdulillah.

Masa call tadi, mak kata penerbangan delayed..sampai sekarang ni lah masih tak terbang-terbang lagi. Sepatutnya aku memang dah bersiap2 nak ke KLIA..tapi tak apa, yang penting perjalanan mereka ke sini semuanya baik-baik sahaja..Insyaallah.. Nanti yang akan ambil mak dan abah ialah aku ngan akak aku..kedua abang aku standby kat rumah tiup2 belon..huhu..takdelah..dorang buat preparation untuk masak kalau ada tetamu yang hadir nanti..

Oklah, nak tulis banyak..tapi next time jer kot..ehehe. Baru lepas makan tengah hari ni..uwaaa, ruginya tak abes..dah cuba makan/ telan tapi tak boleh nak masuk..mcm nak kuar balik...takpe lerr..apapun, nak gi workout sat sementara orang tak ramai lagi..asik terlopong jer perginya.. rugi x pergi sebab dah bayar...kkdg semata2 masuk gym sebab nak minum2 air percuma kast situ dan isi dalam botol air buat stok kat rumah..huhu..buruk perangai..tapi nak buat mcm mana..niat cuma nak memaksimakan apa yang dah dibayar kan, kenalah buat mcm tu...:D

orait...gtg, wassalam..

Monday, November 15, 2010

Doa paling bermakna dari Mak dan Abah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya aku tak berniat nak menulis pada hari ni..tapi tadi ada perkara yang aku rasa patut aku catatkan dalam blog supaya aku ingat sampai bila-bila. Alhamdulillah, tadi mak ngan abah call aku (15/11/2010 9:21 PM) dari tanah suci Mekah.. sekarang mereka di Arafah. Mak abah telefon sebab minta aku aminkan doa-doa yang aku kirimkan pada mereka untuk dibacakan di sana. Sepanjang doa dibacakan, Ya Allah hai..hanya diri sendiri jer yang tahu keterharuannya.. aku yang tulis doa tu, aku yang sebak2 sendiri bila doa dibacakan...dengan suara ayah aku lagi yang syahdu2 tu..bertambahlah sayunya..Mak abah call kesemua anak-anaknya dan membacakan doa2 yang kami telah kirimkan.

Tadi akak aku ada sms kat aku berkenaan dengan WAKTU MUSTAJAB DOA

"Ketika khutbah arafah bermula waktu Mekah 12.05 (kira-kira jam 5.05 petang waktu Malaysia), waktu matahari hampir terbenam di bumi arafah daripada selepas asar hingga waktu maghrib kira-kira jam 8.18 malam sehingga 10.41 mlm (waktu Malaysia) HARI ini. Sesungguhnya doa hamba yang berdoa ketika waktu-waktu ini WALAU DI MANAPUN berada, Insyaallah doanya dimakbulkan Allah SWT"

Mak ngan abah memohon aku mendoakan mereka agar dikurniakan kesihatan dan haji yang mabrur. Insyaallah.. Tahun ni maybe aku tak balik beraya kot. Aku pun berbelah bahagi.. kalau aku rasa macam nak balik sangat, baru aku akan balik..Apapun, aku menanti kepulangan mak abah pada 26 hb November ni. Semoga semuanya berjalan lancar..Insyaallah...

Wallahua'lam..

Tuesday, November 2, 2010

Cuti!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia (skema),

Separa bersawang blog ni..kira oklah, 11 hari tak tulis..bukan sebulan kan..hari ni aku cuti. Cuti ganti kerja Sabtu ngan Ahad hari tu. Kira berbaloi jugak lah aku cuti kali ni. Cuma awal2 pagi jer ada call2 tanya pasal kerja..but nevermind..huhu..Selalunya kalau cuti aku membuta jer, kali ni...aku telah jalan2 KL dengan sewenang2nya tanpa berbelanja apa2 (gilo ko..aku takde duit ok!), gi gym dan juga dok umah kemas2 rumah..Puas hati aku dapat mop lantai satu umah, lap kipas yang penuh habuk dan juga bersihkan sawang2.. Almaklumlah, osmet2 aku skrg ni 'bz' jer memanjang...Kerja sampai 1-2 pagi kan...ahaha (staement penyedap hati jer ni..).

So, aku yang sempat ni buatlah apa yang sepatutnya..paling aku puas hati dapat mop lantai..selalunya aku sapu jer..tapi cik puan/tuan semut ni setakat kentut kan aku jer lah tgk aku menyapu.. dia tak heran pun.. siap meludah sakan lagi kat aku....ptuihhh....Sebab tu masih bergembira lalu lalang kat lantai dgn rasa senang hati...(ahaha, merapu sungguh imaginasi aku kan) Tadi aku mop dengan DETTOL..amik ko..so far setelah sejam berlalu...makcik & pakcek semut tak dapat nak catwalk kat lantai lagi...maybe bau dettol tu tak hilang lagi kan..aku dpt bayang, mesti mereka ni sumpah seranah aku sebab terpaksa ikut laluan jauh..ehehe..

oklah..merapu sudah..ni lah akbibat kalau sorang2 kann... nak taip lain..tapi taip lain..sudah maghrib ni..semoga bertemu lagi.. malam nanti taip yang betul2 nak taip..wassalam..
Related Posts with Thumbnails