Tuesday, March 20, 2012

Zaman Hindustan

20 Mar 2012..

Masa training pagi tadi..ketika rehat, urusetian pasang lah lagu buat selingan buat halwa telinga.. Mentang2lah trainer sebelum ni India...then sepanjang2 waktu rehat tulah dia talanya lagu hindustan sampai abes rehat..huhu..

Lagu pertama yang dibuka adalah lagu Aa Ab Laut Chalen.. Wah!! Nostalgianya..Citer tu pada tahun 1999.. Waktu aku lepas SPM.. Yelah, zaman tu filem hisdustan sangat lah hangatnya selepas Kuch Kuch Hota Hai..after tgk jer KKHH yang aku rasa tgk berpuluh2 kali tu, teruslah aku boleh melekat dengan citer2 Hisdustan ni.. Walaupun takde duit, tapi aku tak segan silu mintak duit dgn mak aku untuk beli cd hisdustan.. Banyak kot citer yang aku beli CD nya.. Setiap minggu, ada duit lebih beli majalah hindustan..Perghhh!! Giler ahhh.. Biler kenang balik..ahaha, tak sangka kot aku antara fanatik Hindustan..:P...

Senarai di bawah ni antara yang aku ingat, aku ada beli dan memiliki CD Hisdustan

1) Kuch Kuch Hota Hai
2) Dilwale Dulhania Le Jayenge
3) Hum Dil De Chuke Sanam - My Fav
4) Dil Chahta Hai - My Fav
5) Mela
6) Maan - My Fav
7) Taal - My Fav
8) Josh
9) Baadshah
10) Ishq
11) Hamara Dil Aapke Pas Hai
12) Mohabbatein
13) Dhahdkan
14) Hum Appke Dil Mein Rehte Hain
15) Pardes
16) Har Dil Jo Pyaar Karega
17) Lagaan
18) Lajja
19) Thakshak
20) Nayak- best best
21) Pukar
22) Dil To Pagal Hai
23) 3 Idiots - My Fav of all time
24) My Name Is Khan
25) Devdas - My Fav
26) Tarkieb
27) Astitva
28) Chal Mere Bhai
29) Aa Ab Laut Chalen
30) Hum Saath Saath Hain
31) Kya Kehna
32) Raaz
33) Slumdog Millionaires (termasuk kerr??)
34) Kaho Naa Pyar Hai
35) Asoka
36) Dil Hi Dil Mein


Huh! Cukuplah..penat dah nak ingat.. Banyak lagi..cuma penat nak ingat tajuk..:P. Tapi mana2 yang ada Aishwarya Rai & Aamir Khan..semuanya aku minat nak tgk.. Kalau nak tahu lagu hindustan mana yang best, boleh lah tanya aku...mesti korang suker..:D

Itu kebanyakan citer2 hindustan seawal 1999-2002.. yang terbaru pun tak banyak..yang terpilih jer.. Yelah selepas jer masuk pelakon baru..banyak pulak adegan2 seksi nak2 time menari..Baju semua mcm pakai bikini..berlakon entah apa2..aku nak feeling dan nangis2 pun tak boleh (kantoi!!)...ahaha.. KKdg nak tgk ngan famili mcm tak berapa nak sesuai..since then, jarang sangat dah aku tgk hindustan..aku lebih suka tgk citer tamil pastu...penuh jiwa..pukul sikit, terbangnya sebatu..kau mampu?? ahaha..


Oklah..gtg..wssalam...:)



Friday, March 9, 2012

Kisah Perli Memerli Berburuk Sangka Yang Memakan Diri

Assalamulaikum wbt & Salam Sejahtera;

9 Mar 2012

Hari ni aku cuti, Alhamdulilah... approve gak. Tapi masak lah gak.. sesampai jer aku kat umah abang aku di Batu Pahat kol 1.00 am, terus aku ngadap siapkan report sampai kol 4.00 am.. Yelah, bos nak meeting kol 9.00 am esok nyer..start aku nak bertolak dari KL dah start Whatsapp aku report dah hantar ke belum.. huhu.. last2 aku minta bos aku cek email kol 6.00 am jer terus walaupun kol 1.00 am masih sms tanya report lagi dan lagi..sian plak aku tgk.. nasib lah sempat siap..tapi naik rabak lah mata ni.. dah siap report bos, nak buat report lain pulak..tapi aku dah terlelap rupanya..

By the way, blog aku kali ni memang agak laser..sorilah ya.. sbb aku dah lama simpan setelah sekian lama berdiam diri dek malas nak layan andaian bodoh sesetengah org ini.. Dah aman, sikit..skrg time aku nak bagi balik supaya mereka fikir semula sbb apa dulu aku berdiam diri..

Actually, aku ni tetiba jer teringat satu kisah masa yang lalu... tak lah lamer sangat...Dalam bulan November 2011 lahhh.. teringat ler sorang kawan aku nih..dulu katanya adik beradik tak seperut.. tapi skrg adik beradik entah ke mana.. perut pun entah ke mana.. apa cer lah dia skrg pun aku tak tahu.. oleh kerana aku buat bodoh dan berdiam diri seribu bahasa dengan andaian yang memang tak berapa nak bijak, lama2 aku di declare sbg musuh.. boleh tak macam tu?? bodoh tak?? Konsepnya mmg lah tak nak mengaku bila ditanya..tapi style perli memerli dengan gaya yang sgt innocent di dalam FB dan Blog tu kan.. tak perlu ambil UPSR pun orang boleh detect..

Syukurlah.. aku pun tak der nak kuar apa2 statement sendiri.. cuma bila post status pasal hadis dan potongan ayat suci Al-Quran berhubung bahaya buruk sangka, ada pulak ler individu yang sentap ..yang tak boleh blah cakap dirinya "dihina & dikeji" dalam BLOG..perghhh.. drama swasta sangat ko... calon skrip terbaik.. ahaha...Apa kejadahnya bentuk penghinaan pun aku tak dapat nak tangkap sampai skrg sbnrnya.. Sampai aku tertanya2 dgn org ayat tu ayat penghinaan kah..?? Ayat Quran kot.. yang dia dok mengutuk2 orang tanpa segan silu ditambah dgn berburuk sangka, rasanya itu adalah puji-pujian kot.. Nasiblah aku tak melayan sgt..banyak kot kerja aku nak fikir.. nak2 hujung tahun nak kejar dateline habiskan projek.. Sebab bagi aku, kalau kita berada di tempat yang benar... tak perlulah kita risau.. kita cuma doa sahaja agar dijauhi dari fitnah dan berburuk sangka.. satu hari Allah akan buktikan juga.. tak kiralah walau dalam bentuk manapun situasi, pastinya kebenaran itu akan terbukti.. cuma kita kena cari sendiri...buka mata betul2.. bukan berfantasi di alam realiti ini.. Bila terkena batang hidung sendiri, fikirkan kembali apa yang pernah kita lakukan satu masa dahulu.. itu sahaja.. jangan disesali sangat sbb benda dah pun berlaku.. apa yang penting..try to improve..


Boleh tak aku nak declare andaian bijak situasi mcm ni?

Ada seorang kawan ni dia leukemia. Then satu hari dia pengsan dan koma sbb dah kritikal pun. Bila dia sedar (ada penderma cecair sum sum tulang), dan update kat facebook dan blog keadaan diri dia, malangnya dicop sebagai berpura-pura. Yelah, andaian mereka dah kanser stage 4, mestilah kena arwah kotttt ..ataupun kena terlantar lama terbaring lama sikit..baru lah boleh percaya...whatever! MAYBE lah dorg heran kenapa mesti update facebook tayang2 makanan kan dalam keadaan baru jer sedar dr koma tuh.. Habis tu nak buat camno..kalau ko koma 2-3 hari, bila sedar mestilah ko lapar kan...bila lapar, mestilah orang disekeliling ko akan cakap nak makan apa? betul tak? Then bila ko sakit ni sebut apa jer makanan yang terlintas kat kepala, mestilah orang berebut2 nak masakkan untuk tunaikan hajat orang yang sakit tu.. Takkan ler nak duduk diam sambil menangis hiba sambil membetulkan rambut dan menyekak air mata sampai keesokan harinya.. Dari boleh sembuh, terus dapat sakit lain sebab mati kebuluran.. Pelik tul..benda mcm ni pun boleh jadi isu..??

Pada mulanya si kawan ni mmg lah tak tahu.. tetapi selepas dia call x berangkat, mesej x berbalas dan siri perli memerli paling bodoh abad 21 di FB & Blog oleh insan2 tertentu ini.. Aku pun rasa sgt kesian giler lah bila dia masuk hospital semula bukan sbb sakit leukemia dia tu, tapi sbb tekanan darah tinggi kerana fikirkan apa dosa dan salah dia sampai orang cakap dia berpura2 sakit..Berpura2 nazak.. Camnilah..benda simple jer..cubalah keluarga terdekat korang atau at least lah anak korang sakit atau korang sendiri nazak, then Allah panjangkan lagi usia korang...tetiba ada lah ADIK BERADIK x SEPERUT korang cakap "Eh..kau ni pura-pura nazak ni..takkan lah dah kanser stage 4 masih boleh hidup.. penipu sangat".. Kalau lah perkara ni terkena batang hidung sendiri..mesti kau tahu erti muhasabah diri kembali..bukan dengan setakat menaip memanjang, tapi secara praktikalnya.. Kita ni yang sihat walafiat, hidup kena sentiasa bersyukur sebab Allah kurniakan kesihatan.. so, bila orang sakit, kena bagi support..bukan menambah barah kesakitannya.. Ini seolah2 mempertikaikan qada' dan qadar Allah.. Setiap penyakit boleh diubati.. yang penting individu tersebut dia berjuang dan sentiasa kuat & positif bahawa dirinya boleh sembuh..

Aku pernah bertanya kepada sahabat ini, kenapa lepas daripada kemoterapi..dia tak seperti orang lain.. lepas sehari boleh bangkit dan berjalan2 seperti biasa.. Jawapannya, dia dah immune sbb dia bertarung dgn kanser ni bukan setahun dua...tapi dah 8 tahun (sejak 2003) .. pada awalnya mmg dia cakap sangat2 meletihkan dan ambil masa beberapa hari untuk kembali seperti biasa.. tapi bila dah terlalu kerap, pasti situasinya berbeza kannn... Bila perkara yang sama selalu berlaku pada diri kita, sudah semestinya lah kita akan termotivasi sendiri untuk melawan daripada kebiasaan.. betul ke tidak? kalau tidak.. memang anda seorang yang sangat negatif dan redha yang x faham konsep..

Apapun, alhamdulillah...sahabat ini semakin lama semakin beransur pulih... dia telah mendapat penderma sum sum yang bersesuaian dgn dirinya... Semua ini adalah berkat daripada kesabaran, ikhtiar yang tak pernah putus, tidak pernah putus asa untuk berjuang dalam hidup, doa serta kekuasaan Allah SWT.


Penulisan blog aku kali ni mmg nampak kasar kan.. memang lah.. aku kesian kot orang sakit korang sesuka hati jer nak tambah sakit dia.. Lebih2 lagi dia ni dah jadi anak angkat family aku.. Korang tak ada kat tempat dia, senang lah cakap.. aku ni pernah experience secara LIVE (ewahh), dia tgh jalan tetiba tumbang.. dari kaki sampai ke muka dia pucat.. then dia ngadu tangan dan kaki dia tak boleh nak gerak.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa terkedu dan gelabah nya aku kat situ ..so, bila orang cakap bukan2... memang agak naik lah temperature time tuh.. hahaha...sorilah ya.. tapi aku tetap ignore walaupun aku geram sekalipun.. sbb geram berapa jam jer..pastu esok dah ok..:D

Oklah.. aku lapar ni...semoga bertemu kembali..






Related Posts with Thumbnails