Monday, March 21, 2011

Kad Akses Baru.. Ko Ader? ahahhaha

Assalamualaikum wbt,
Aku masih kat opis lagi ni! ahaha..macam mana aku boleh gigih dan terajin cek tiket satu-satu untuk sekolah bermasalah ni hah .. actually keadaan agak mengerikan lah jugak memandang aku sorang2 kat sini yang tinggal..tambahan pulak ada pulak hamba Allah kat sini tercerita benda2 pelik sesama dorg.. "Sekarang ni dah takde dah malam2 kalau stay"..aku pasang telinga..sambil2 pasang telinga tu, of course lah aku tanya... "Betul kerrr?????". Boleh? ahaha..cepat2 dorang cakap..takde apa2 lah..semua mcm nak sembunyikan sesuatu dari aku.
Sekarang ni pun aku tengah menoleh ke kiri dan ke kanan tau..mana tahu tetiba ada orang sapa aku..perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!! mahu aku angkat beg terus berdesup balikkkk..mmg confirm lahh... Jari memang cabul kannnn...Iskkk iskk ...tetiba jer aku rasa gementarrrr..huhu..asal mcm tak best ni hah!

Oklah, sebelum aku cabut...sajer jer nak tunjuk kad akses baru aku.. comel tak comel tu aku tak kesahhh...ehehe..yang penting, aku boleh dapat masuk free pasni untuk parking..itu tujuan utama aku sebenarnya..save duit 5 hengget setiap hari untuk parking semata2..itu pun kalau datang cepat lah..kalau tak, kem salam lah parking kat tempat burung berak lah jugakkk..




oklah..cau cen dol dulu.. Perut lapar gilerrrr... dah terbayang2 dah tom yam ngan burger kat D'Anjung Flora ni..wassalammm..:)

Tuesday, March 1, 2011

Kerja Kerja Kerja..

1 Mac 2010.

Rasa takjub hari ni aku dapat setel kerja cepat. Rasa dah boleh balik dan sempat tengok matahari petang, tapi takperlah. Tunggu lepas maghrib terus.. lagipun balik rumah bukan boleh buat apa2 pun. Notebook tetiba buat hal tak detect hard disk. Agak geram jugak lah..

Bermula 1 Februari 2011, dah sebulan aku dengan TM. Tak sangka...cepat sangat masa berlalu..SERIUS LES!! Giler punya kerja aku kerja. Sampai nak nampak matahari petang pun aku rasa menunggu hari ok! ahaha... First time rasanya aku rasa pagi petang siang dan malam...nak angkat punggung pergi bilik air pun terasa sayang..huhu. kepala aku asyik fikir kerja jer.. makan citer kerja... borak ngan kawan citer kerja..kat fesbuk status pasal kerja..komen fesbuk orang pasal kerja.. aku ngigau dalam tidor pun cakap pasal kerja ok! ahahha...rasa mcm tak boleh blah mimpi aku mimpi buat kerja.. nak gi gym pun tunggu hari Jumaat..hari2 lain aku fikir kerja dan report.. mmg terasa nak work smart main campak jer kerja kat orang...tapi, aku tak leh buat mcm tu.. (nak campak kat siapa lagi..dah takde orang...assistant aku pun dah dicampak byk kerja). kalau makin dicampak2, makin tiada penyelesaian..yang penting, anggap sebagai cabaran jelah walau terpaksa tersedak2 nak menerimanya...huhu
Apapun, banyak benda baru aku belajar. SERIUS LES.. kkdg org nampak mcm mudah jer kan tgk nak buat kerja yang aku dapat ni.. First time aku dgr deadline yang diberikan pada unit aku..aku rasa mcm betul2 nak dead..ahahaha.. nak menjerit hiba jer.. unbelievable.. impossible ..serius beb.. aku tak tahu nak cakap macam mana..tapi aku betul2 rasa kudrat aku ni tercabar (ayat tak agak2).. Melaksanakan re-UAT untuk 7-8 ribu dalam masa sebulan?? (deadline yang betul2 kasik aku deadlock!)..then dapat tambahan lagi sebulan...dapatlah 2 bulan...tapi itupun tolak cuti sabtu ahad, sebulan jugak ler..dengan tak cukup orang nya..huhu..tergolek! Baru aku rasa betapa indahnya erti percutian dan BERKELAH DI TEPI AIR TERJUN.. :D


At first tu, aku cakap mmg aku pressure sebab banyak perkara yang aku nak buat..benda tu datang sekaligus.. nak aku jelaskan kat sini x perlulah...tapi even simple punya kes, tapi....isk isk.. mungkin masa awal2 tu mmg demarcation of work x berapa nak jelas.. dengan anak buah pening kepala, dengan aku2 pun sekali pening gak..ahaha..boleh mcm tu.. Tapi sekarang ni, semakin lama semakin baik lah progress nya..lebih terancang dan semuanya dah mula dapat rentak untuk melaksanakan aktiviti ni walaupun ada yang dapat saguhati kena tadah telinga dengan customer. Sometimes, kita faham bukan salah kita..tapi customer biasalah, dia nak meluahkan perasaan.. macam tu lah gayanya..:). Macam-macam lah..

Anyway, even aktiviti ni masih belum selesai sepenuhnya..namun progress bertambah baik..gembira tgk team bekerjasama antara satu sama lain.. Skrg ni ada seorang PGS assist aku..kalau tak, tergolek golek manja lah aku dengan nak setelkan attendance sheet & claim form 39 staf PGS ni. Pengsan. PGS ni daripada ada yang aku tak kenal dorang, sampai lah aku dah cam suara dah..sebab everyday at least call sekali or dua.. mesti dorg rindu nak dengar suara aku after UAT ni abes kan...hehe.. aku memang appreciate sangat dengan team PGS ni... ada yang sampai demam2 dan suara tak berapa ada..tapi buat kerja kat rumah..siap suh suami beli top up lagi call sekolah sbb tak mahu aku sedih sebab target tak capai nanti...perghhhh...Terharu sampai mengalir air mata ok..tak pernah2.. yelah, aku dah bagi cuti..tapi dia buat senyap dan tetiba petang bagi update..mana tak terkejut..actually, banyak lagi kisah2 mereka..tapi ada yang agak personal lah..yang penting, u guys mmg sangat membantu aku.. kalau terasa mcm kena push tu, itu semua adalah untuk kebaikan dalam kerja kalian sebenarnya.. biar masam2 muka dgn aku skrg, lepas abes ni..kita gi air terjun yer (mcm ada jer yang sudi..berangan..).


Insyaallah, aku mmg sangat gembira dengan job ni..buat aku rasa sangat proaktif ..ke sana kemari..pegang telefon kiri kanan sampai terpaksa minta org lain tolong jawab... rasa pengalaman yang sangat best..ahaha.. aku harap, team2 PGS pun begitu...kan kan kan... :D.

Oklah, sebelum aku kuar.. ni adalah workstation tempat baru aku..tak sempat nak hias2 lagi..ahaha..




"PC yang hanya digunakan untuk buat kerja sahaja...nak install apa2 pun tak leh..kena log report baru vendor turun install software..argghh.. mana tak produktif aku ni..:P"

"stok2 alat tulis aku ni hah..boleh lah daripada takde kan..."

"Huhu...senarai nama yang setiap hari akan mendapat panggilan hangit daripada aku untuk status terkini projek setiap pukul 5.30 pm! Telefon sebelah jer...maklumat di hujung jari..anda pasti boleh melakukannya.."

Related Posts with Thumbnails