Thursday, October 6, 2011

MALU...

6 Oktober 2011

Wah... makin rajin pulak aku menulis blog kan.. dulu sikit punya bersawang mawang..kannn..

Oklah.. sajer jer menulis ni sebab tetiba aku teringat personaliti aku pada zaman kanak2, remaja sampai lah dah kerja ni.. Banyak bebenor bezanya..

Tak ramai yang tahu aku zaman sekolah ni kategori seorang yang pemalu sgt cat cat sampai bila aku fikir2 balik, aku tanya balik diri... "asal aku mcm tuh ekkkkk"... Rasa mcm weird sangat nak2 bila bergaul dengan orang luar.. Dengan family2 aku, mmg takde hal.. malah aku akui lah yang aku ni mmg nakal dan paling tak dengar kata antara adik beradik aku.. tapi bila dengan orang jer, jalan pun nak pandang bawah... nak bertentang mata tu.. mmg mcm maksiat sangat lah kiranya sampai terbakar2 mata okkk...mcm lah aku ni pompuan kan...ahaha..

Itu belum lagi bila kena berdiri depan ramai orang dan bercakap...lagilah rasa gemuruh tu melampau2 sampai nak pengsan.. Macam lah artis sangat aku time tu.. padahal orang nak tgk pon tak sudi..berangan sangat kannn... huhu. Benda ni melarat lah jugak sampai ke sekolah menengah..tapi sedikit demi sedikit hilang malu tu terkikis walau hanya secebis cuma.(ayat telenovela..). Maybe family aku sendiri, mereka tak tahu aku sbnrnya totally different dgn perangai aku bila di rumah..

Tapi sekarang ni.. bila masuk jer alam pekerjaan, perkara ni benar2 lah buat aku sangat berubah.. Still masa dengan Prestariang, GITN..aku masih segan nak expose sbb MALU..mcm lah tak pakai baju kan ..MALU tu bertukar segan... dengan aku ni yang suka merendah diri kann.. Sedangkan pada dasarnya, kemampuan aku lebih dari itu sekiranya perasaan MALU dan SEGAN tu aku buang jauh2 dari dulu... Malu tu bagus, tapi biar kena tempat... tapi aku ni malu tak bertempat.. tu yang kekadang down sendiri.. Takperlah, yang berlalu tu..biarlah berlalu... apa yang penting ialah aku kena start dan berterus terusan pupuskan perasaan dan sifat malu tak bertempat tuh..

Alhamdulillah..skrg much better.. pekerjaan aku sekarang ni (bermula tahun ni) banyak sangat mengajar aku menjadi diri aku yang sebenar.. KKdg rasa mcm kena kejutan budaya.. hehe.. Kalau tak 100% pun, at least adalah dalam 80%-90%. Kalau dulu, personaliti aku masa kerja dan luar kerja mmg totally different lah.. Sampai orang kalau tgk aku kat rumah, mesti rasa terkejut.. hehehe.. tapi skrg, dah seimbang.. Kalau orang tgk aku diluar mcm tu, maka masa kerja pun aku sama.. So, aku rasa happy hip hip hooray!! sekarang sbb aku tak tertekan diri aku sendiri mcm masa dulu..

Itulah serba sedikit berkenaan dengan kelemahan yang aku berjaya atasi sekarang...mungkin orang kata 'entah apa apa lah mamat ni kan membebel..'. It's ok...yang penting ialah diri kita sendiri yang tahu dan rasa perbezaannya.. Biasalah, kata-kata orang kadangkala membina, dan adakalanya mengguris.. Namun selagi ia tidak menjadi kudis kepada periuk nasi kita.. Insyaallah, sama2 lah kita bersabar dan anggap itu adalah satu cabaran dan semangat...amin..

Oklah, dah waktu balik... pasni nak balik rumah jap.. malam nak gi gym dan beli barang2 sikit...:)

Wassalam.

Wednesday, October 5, 2011

Kenangan PMR.. sangatttt

Rabu, 5 October 2011

Hari ni dah masuk hari kedua PMR.. mcm aku ambil jer kan.. hehe.. Aku tahu bebudak form 3 ni PMR pun bila Bos aku dia ambil cuti sebab nak bagi support anak dia yang sedang PMR ni.. Baguih nya ada bapak mcm ni...

Mengimbau semula zaman form 3 ni kan.. dalam banyak2 tahun aku sekolah, aku rasa form 3 lah yang aku kira aku paling rajin sekali... hehe..tak tahu lah sebab apa..tapi memang rajin lah..kalau belajar tu, memang senang nak masuk otak.. setiap subjek kalau boleh nak semua ada nota poket.. kalau x ada nota kat dalam poket, rasa mcm tak senang hati giler... perghhh.. pastu study pulak, boleh pulak sampai stay up pagi2...then ada study group... mampu?? ahaha...waktu form 3 jer aku mampu...tahun2 lain aku rasa aku dah mcm tepu..nak2 form 4&5..aura membuta tu mcm terlebih..hmmm... nak patah balik dah x boleh...Entah lah, mungkin masa form 3 tu aku duduk first class... then jadi kelas harapan cikgu2 untuk score kan.. so agak bersungguh2 lah kalau dijadikan harapan..

Tapi aku rasa, aku tak lah pandai pun.. biasa2 je ler.. mungkin disebabkan budak dalam kelas aku kot.. Dah ler kelas campur semua bangsa ada.. so, persaingan secara positif tu or course lah ada especially nak jadi org yang pertama yang boleh atasi tembok besar pelajar2 cina yang selalu conquer top 5...ahaha...yang melayu2 ni start no 7 lah kalau tak silap aku.. Ada pun pernah dapat no 4... tapi yang penting bukan aku lah yerk..:P. Dan paling penting aku tak jadi yang tercorot jugak..hehe

Alhamdulillah..untuk PMR ni..walaupun aku tak skor 8A..tapi dapatlah jugak 7.. Subjek yang aku tak duga dapat B iaitu Geografi..aku suka subjek Geografi tu,..jadi pandai pun sbb dpt cikgu garang dan tegas... thanks cikgu! Apapun, aku mmg tetap bersyukur sebab result aku ni sedikit sebanyak buat mak abah aku happy.. dpt gak merasa dok sekolah berasrama penuh kan.. itu pun dah masuk merengek2 nak kuar.. huhu..wat malu jer..

Apapun, aku ingin mengucapkan banyak2 terima kasih kepada guru2 yang banyak berjasa dari form 1 sampailah ke form 3..Ramai sangat...sampai terlupa2..almaklumlah, dah agak tua..


Oklah..sampai sini je lah..mata pun dah ngantuk..sambil2 tgk cerita Soul To Take..baru lepas habis tgk citer Let Me In..i'm signing off..wassalam..

Gatra..

Gatra
OST Kitab Cinta

Versi Rizu (One In A Million)



Versi Hafizah Naser
(Lirik kat video ni tak betul sikit....)


Bila Kini Ku Sesali
Dikau Tak Mungkin Kembali
Saat Jatuh Cinta Lagi
Adakah Dia Masih Mengerti

Aku Masih Disini
Mengira Detik-Detik Terakhir
Kala Rinduku Berdarah
Masihkah Aku Teguh Menantinya

Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Ketika Terpancar
Pelangi Yang Indah

Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Untuk Putus Ditengahnya
Hinggakan Berubah Lumpuh Lafaz Semua
Aura Gatra Kata

Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Tika Terpancar
Pelangi Yang Indah

Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Putus Ditengahnya
Hinggakan Berubah Lumpu Lafaz Semua
Aura Gatra Kata

Monday, October 3, 2011

Perancangan Riadah & Percutian MUNGKIN JADI En Mat..:D

2 Oktober 2011

Tadi jalan2 kat The Curve.. Baru jer balik sejak dari pukul 3.15 pm. Ingatkan nak gi swimming lah kan awal sbb tak tahu nak gi mana2.. Hehe.. Tapi Iyra dok ajak keluar jalan2 sambil tgk wayang..Citer Bini Biniku Gangster..Oklah cerita tu..kalau rasa nak hilang stress dan gelak2..memang recommend lah.. Yelah, boleh jadi terapi lah kiranya.. takkan nak tgk cerita2 berat dan sedih dikala tengah kemurungan.. bertambah stress nanti..

Then lepas tgk wayang..adalah bincang2 pasal aktiviti2 riadah dan juga percutian rombongan cik kiah.. Yelah, kena rancang segera sebelum projek baru kerja menyusul tiba... percutian ni termasuklah di antara aku dan kawan2 dan jugak keluarga.. Banyak jugak aktiviti yang aku nak fikirkan sebelum 2012 ni dan masuk awal 2012 .Antaranya :

1) Sunway Lagoon (Seminggu dua lagi)
2) Air Terjun Tanjung Malim (TBC)
3) Cherating (Bulan November)
4) Pulau Perhentian (TBC tarikhnya..)
5) Langkawi (masa majlis Reza kawen..masa Krismas)
6) Melaka Bandaraya Bersejarah (bersama famili pertengahan Disember).
7) Gathering SMSJ 99 (bulan Feb 2012)
8) Dll..

Wah...banyak betol program.. mcm banyak jer duit aku kan...huhu.. Takper..tahun ni lah nak merasa sementara masih sempat..nak pergi ke luar negara, passport pun aku tak buat lagik.. Untuk merealisasikan program ni..so, mintak tolonglah Cik Iyra Mutalib organize yerk.. Kalau nak suruh aku sepenuhnya....bimbang akan jadi perancangan 'berbual2 di hari minggu'...huhu..

Oklah...rasa nak bajet2 duit ni hah nak buat cuti cuti Malaysia skrg ni..pastu nak carik tarikh sesuai untuk kesemua aktiviti di atas..

Wassalam..
Related Posts with Thumbnails