Sunday, August 29, 2010

Never Give Up In Life..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni satu hari duduk rumah buat kerja opis..Hati tak tenang jer kalau kerja tak siap. Esok aku ambil cuti rehat sambung Merdeka punya cuti. Dari selasa lepas aku apply.. ingatkan nak balik JB, tapi tak jadi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.. Apapun, hari ni aku mesti siapkan kerja..esok tinggal hantar dan print apa2 yang perlu...

Anyway, terlanjur buat kerja..boring2 aku tengoklah youtube..tak kurang jugak klip video yang diposkan oleh kawan2 kat facebook..kebanyakan video klip yang aku tgk banyak berkisar kepada life..so bila tgk klip2 video mcm ni, mcm biasalah...termenung sejenak aku..banyak perkara yang aku fikirkan...apapun, di bawah adalah klip video buat tatapan untuk dikongsi bersama dan diambil pengajaran dalam menghadapi kehidupan mendatang..Never give up in life..Insyaallah..

No matter how bad you think you got it, someone out there has got it worst. Appreciate what you have and remember to be grateful



" Life Without Limbs : Nick Vujicic - Never Give Up"
Imagine being born without arms. No arms to wrap around someone, no hands to experience touch, or to hold another hand with. Or what about being born without legs? Having no ability to dance, walk, run, or even stand on two feet.



"Derek Raymond : Despite the pain, he managed to finish his race even not finished in the first place!"



"Never give up..Fight for yourself using every drop from your body..Sure you will win."


Saturday, August 28, 2010

PGS..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ermmm... tetiba teringat nostalgia kat Safira, Penang. Aku ni biasalah, selalu tiba-tiba. Ah tak kisahlah. Yang penting kenangan di Safira tu memang susah nak dilupakan oleh kami pioneer PGS ni. Selama sebulan kat Safira, dah mcm adik beradik. Sebelum kat Safira, 4 hari kami di Kampung Tok Senik, Langkawi dan seminggu di Hotel Crystal di Kedah. Total kami bersama2 adalah daripada 27 Nov 2007-12 Januari 2008. Wow! Lamo tu..Kelas dr pagi sampai malam. Waktu petang main futseeeel..malam karaoke..huhu. Semuanya FOC. Tapi apa kebenda lah PGS ni kan..

"Gambar kenangan PGS batch 1 di Kampong Tok Senik, Langkawi..ada yang missing.. Sian"

PGS ni stands for Penyelaras GTL Schools. GTL tu bermaksud GSB TechnoGogy
Learning.. manakala TechnoGogy tu adalah gabungan Technology+Pedagogy. Boleh macam tu?? masa awal2 aku tgk modul kat slide, aku siap betulkan istilah technogogy tu kepada technology sambil berkata di dalam hati "tak tahu eja ker??.. ahaha.. aku ingat
dorg salah eja. Rupanya, aku yang salah maksud.. Kalau nak cerita dari A sampai Z memang tak habis lah, tapi tugas PGS ni pada pengakhiran adalah ingin menjadikan sekolah luar bandar yang kurang penggunaan ICT ni kepada sekolah yang membudayakan ICT. So, pandai ko lah PGS nak buat apa2 program.. asalkan yang relate dengan pembudayaan ICT di sekolah. Gembira jugalah apabila Fasilitator SchoolNet mengambil acuan daripada program GTLS Schools yang diterajui oleh mantan bos kami, Norazlina Md Arsad. Thanks a lot bos. Teringat waktu dapat tahu bos nak berhenti, majoriti rasa nak berhenti sama-sama... hik hik. Berangan. Btw, masa batch 1 ni jumlah PGS hanya ada 25 orang. Tapi skrg dah jadi 50 orang.. Masa awal2 tu, ramai tak tahu kewujudan PGS ni nak2 orang HQ company kami ..kekadang sampai malas nak explain..explain pun dorg angguk2, tapi fahamnya tak..huhu.. Tapi di kalangan sekolah sekitar, PGS dapat liputan meluas gak ah.. takper, asalkan ada kerja


Aku sempat berkhidmat di SK Seri Rejo Sari selama setahun sblm ditempatkan di HQ. Tapi sepanjang setahun tu, aku rasa seronok sangat lah sebab penerimaan dan kerjasama daripada guru2 di sana amat baik sekali. Nak buat program havoc2 tak leh lah sbb pc masih belum diterima. Tapi program tetap berjalan juga walaupun dengan cara ala kadar. Cuma agak sedih time aku nak tinggalkan sekolah, barulah komputer2 untuk makmal sekolah sampai setelah setahun menanti. Tapi aku sempat buat kelas untuk tempoh 2 minggu.. At least, sempat juga aku ajar sebelum meninggalkan sekolah tu.


"Semasa menyinggah ke SKSRS pada 31.05.2010. Bersama Cikgu Yusof & Cikgu Habibah.."


Actually, bukan mudah sebenarnya berada di tempat org dengan membawa nama company. Aku bersyukur sbb ditempatkan di sekolah yang menerima kehadiran aku dengan baik. Tapi ada kawan2 aku pula sebaliknya. Kebanyakan yang sering menghadapi masalah di sekolah adalah PGS perempuan nak2 di kalangan yang satu batch dengan aku. Dari gangguan seksual, fitnah sampai ler dengki mendengki. Yang terbaru aku dengar sampai bagi clue nak membomoh. Mahu tak takut member aku tu. Kesian aku tgk. Gangguan mental dah mcm ni... Aku kenal kawan2 aku... dorang mmg jenis buat kerja dengan hati yang terbuka. Tapi kalau nak buat program tak boleh sebab GB nyer dah kena racun dengan guru yang dengki dgn kawan aku. Dah satu negeri, so mmg makin masyuklah makan racun. Dan paling best cikgu yang dengki tu siap boleh email HR aku tabur fitnah semata2 kerana kawan aku bertegas tak mahu serahkan notebook untuk kegunaan peribadi guru tersebut. Dah notebook tu kita sponsor untuk kegunaan murid, ni dia nak buat atuk bawak ke rumah. Tak boleh lah mcm tu..Dari seorang yang ceria, dia dah jadi tertekan setiap kali bekerja..Yelah, nak masuk makmal komputer pun dah tak boleh..

Ada pula kisah cinta tak berbalas. Sudahnya bila kawan aku tak layan, bermulalah episod baru. Setiap perkara yang kawan aku nak buat, ada sahaja yang salahnya. Kkdg mmg perkara dah terang2 baik, itu pun nak dibangkangnya. Bila cikgu2 kat situ semuanya merujuk kepada kawan aku kalau ada apa2 masalah berkaitan ICT, dia jeles pulak fikir kawan aku nak take over jawatan dia. Tapi bila cikgu mintak tolong, dia banyak alasan.. alahai..camner ni..walaupun selalu dpt tentangan, tapi program yang dia rancang semuanya berjalan dgn baik..Apapun, alhamdulillah kawan aku dah pindah ke sekolah lain.. baru lah aku nampak dia ceria skrg..

Takpelah geng.. aku harap korang tabahlah..sometimes setiap perkara yang kita lakukan tak semestinya lancar aturan perjalanannya... Sekiranya ada liku pada laluan tersebut, anggaplah ia sebagai satu cabaran dan pengalaman berharga yang korang lalui. Bukan senang nak jadi senang. Tapi dengan kesusahan itu lah akan menjadi titik tolak kepada kejayaan kita satu hari nanti..insyaallah..

Wassalam

Friday, August 27, 2010

Koleksi Video Kelaka..

Berikut merupakan koleksi-koleksi video klip kelakar yang mana bila aku tgk mesti asik tersenyum dan tergelak jer. Kalau org yang keboringan dan tension tu, boleh lah tgk yer.. Comel kucing ni. Hanya untuk hiburan semata-mata.


"kenapa kau pukul aku...sebab kau hitam...sendiri hitam cakap orang hitam..aku hitam manis, man kau tahu!!"
lawak lawak..


"Tuisyen tusiyen..bukan hang pi clubbing ka"
Kurang asam punya dialog. tapi semua masuk




"Dialog pergaduhan pasangan kucing yang mana kucing betina ni mengamuk bila dpt tahu pasangannya curang"



"Kucing marah..Tgk cara dia marah kelakar lah pulakk.."



"koleksi video aksi kucing comel.."

Disebalik Video Klip Alejandro.. Berhati-hati lah

Kepada pencinta-pencinta Lady Gagak, korang bacalah sampai habis penerangan di bawah sampai habis. Ni ada orang yang tolong explain dan aku amik daripada fesbuk, dan sekadar ingin berkongsikan semula.. Disebalik kepelikan dan kemiskinan Lady Gagak yang tak pernah cukup kain ini, minah rempit ni adalah pengamal pergerakan Illuminati/Freemason dan jugak dengan secara halus membawa agenda dalam video klip nya ini. Banyak simbol2 illuminati yang boleh anda saksikan dalam video klip nya. Bukan setakat minah ni jer, si Madonna, Rihanna pun sama gak..Madonna dalam video klip Frozen (siap ada cara menyembah setan.. kelas kan makcik ni). Rihanna dalam video klip Umbrella (ada simbol illuminati). So, sama-sama lah kita berhati-hati ya. Stop lah nak request lagu ni kat radio bagai..Thanks.


--------------------------------


Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web nihttp://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandromerujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Thereforeit has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataanFernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

------------------------------------------------------------------------------------

Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain..

Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Sunday, August 22, 2010

Kenangan Praktikal 2003

Tak semena-mena aku boleh tersengih sorang diri skrg ni. Teringat waktu praktikal zaman belajar dulu. Teringat masa jalan-jalan kat Bukit Bintang for the first time in my life, ada bapak ayam offer aku pompuan. Yang aku geram, 3 kali bertembung bapak ayam, 3 kali aku disapanya dahulu. Sedangkan ada lagi 3 kawan aku kat sebelah..eeee, aku yang muka nerd masa tu pun nampak jahat ker??..agak tak puas hati jugak lah..


"jangan ingat bapak ayam yang ni yer..bapak ayam ni dia tak pandai jual perempuan..buat anak perempuan pandai"


Kalau aku belek2 lah album2 kenangan aku masa zaman hingusan di UTM..aku rasa gambar yang paling banyak sekali gambar adalah masa praktikal di Puchong, Selangor (duduk kat Bandar Tun Hussein Onn, Cheras)..takder kerja lain…asek berposing jer kerjanya masa kat sini…pantang pergi satu tempat..mesti berposing…masa tu guna felem jer..itupun kamera member…eheheh…bila terkenang balik..rasa syahdu pun ader jugak…indah sungguh kenangan tersebut..uwaaaaaaa….bestnya..


Cuma satu jelah… aku teringin nak mintak maaf dengan rakan-rakan serumah aku dulu semasa praktikal tuh…aku rasa, aku tak mintak maaf lagi kot dgn korang..i’m very thankful and glad for having such a good housemates like you guys…korang sangat baik. Aku banyak menyinggung perasaan korang semua secara tak sedar…dan perkara tu pun aku sedar..cuma semua tu di luar kawalan dan aku pun masih dalam proses memperbaiki diri ke arah kematangan emosi (geli, ayat novel)…banyak benda b*d*h aku buat…kalau boleh, aku rasa macam nak putar balik kejadian waktu tersebut sebab bila aku ingat semula..aku sendiri rasa menyampah dengan perangai sendiri..tipulah kalau kata takder sedangkan tuan empunya diri perasan…aku tahulah canner..ehehe…namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya…dan kita belajar daripada kesilapan lalu untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih matang untuk masa akan datang..(cewah ayat..)..anyway, aku rasa bangga dapat housemates macam kalian dan kalau ader peluang, nak jer duduk sama-sama lagik ngan korang dan masakkan Nasi Goreng Hailam Perisa Arang kat korang…muahahaha..kira OK lah jugak dari Cekodok Udang Bermandikan Minyak daripada chef Daus dan Nasi Kukus Bersarang Lebah Beraroma Tchungkik.. tak lalu makan aku…eheheheh..dahsyat giler bau… rasanya lipas pun boleh mati kekejungan. Tikus pun boleh muntah2 cakap hak tuih!


Thanks a million to my housemates esp. Reza (kesian tgk kau..aku sedih sampai skrg bila ingatkan kau masa praktikal..cuma tak dpt nak diluah sajer..), Ayoy dan Daus..jasamu ku kenang..begitu juga dgn…FFFF..aku ingat kau sampai skrg sebab kawan aku FFFFFFF...!!! tak apalah…korang doakanlah aku dimurahkan rezeki selalu supaya nanti aku dpt belanja korang makan besar kat Restoran Sin Park atau Restoran Ming Zhong, Taman U..eeh..silap..Hotel Pan PacificS…untuk geng2 yang turut memeriahkan zaman praktikal dulu…thanks a lot..lelaki ramai..yang girls pulak, thanks to Lia , mazny, maria, imelda & mas indah sbb sudi ‘racing’ ngan kami..sekarang ni korang dah tak leh racing2 lagi sebab semua dah jadi mak budak.. tahniah kepada semua, semoga keluarga kekal bahahagia hendaknya.. ehehehe..oklah. .sampai jumpa lagi...wsalam

Yang Mana Satukah Anda?

Yang mana satukah anda?? Confuse dengan diri anda?? Takper, kekonfiusan anda terungkai dengan penjelasan hanya dengan cara mengentut (ayat David Teo) anda..:P. Jom cari jawapan kepada seribu persoalan!!

1.ORG YG TIDAK JUJUR

orang yg kalau kentut lalu menyalahkan org lain.

2.ORG BENGONG
orang yg menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3.ORG BERWAWASAN 2020
orang yg tahu mase yg terbaik untuk kentut.

4.ORG SENGSARA
orang yg ingin kentut tapi tidak boler kentut.

5.ORG MISTERIUS
orang yg kalau kentut, orang lain tidak ada yg tahu.

6.ORG GUGUP
orang yg tiba-tiba terkentut bile disergah.

7.ORG YANG PERCAYE DIRI SENDIRI
org yg melepaskan kentutnye dengan bunyi yg amat lantang.

8.ORG SADIS
org yg kentut dalam selimut dan terus dikibaskan baunya.

9.ORG PEMALU
org yg kentut tidak berbunyi tetapi gusar org lain terbau kentutnya.

10.ORG STRATEGIK
org yg menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar org lain tidak dpt mendengar bunyi kentutnya.

11.ORG BODOH
org yg kalau abis kentutnya menghirup untuk mencium angin kentutnya.

12.ORG PELIK
org yg boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

13.ORG SOMBONG
org yg sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14.ORG RAMAH
org yang tidak kisah mencium kentut org lain.

15.ORG YG TIDAK SENANG BERGAUL
org yg suke kentut biler berkumpul dgn teman2.

16.ORG AKUATIK
org yg gemar kentut didalam air.

17.ORG ATLETIK
org kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman.

18.ORG JUJUR
org yg mengaku kalau abis kentut.

19.ORG PINTAR
org yg menghuraikan kandungan bau kentut org lain.

20.ORG KELAKAR
org yg biler ketawa sambil terkentut.

21.ORG YG ROMANTIK
org yg kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

22.ORG YG TIDAK SIHAT
org yg bile batuk dier akan terkentut.

23.ORG YG PANAS BARAN
org yg mudah marah bile terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.

24.ORG KAKI KETE
bile die kentut die ingat bunyi noss

------------------------------------------------------------------------------------------------------

:P…ehehe..Sekadar melepas tension dan keboringan…gelak sorang2 aku dibuatnya…eheheh..agak2 nya..yang mana satu kah korang…mostly, banyak antara kita yang strategik , berwawasan dan pemaluorangnya…yang romantik??ehehe..tahniah untuk pasangan anda kerana sudi mendengar..

Thursday, August 19, 2010

Coretan 19/8/2010 - Lajunya Kak Nik Bawak!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Arghhh..berserabut meja aku hari ni.. banyak kerja yang nak kena setel sebelum petang tadi sampai nak kencing pun aku boleh lupa..huhu. Apapun, fasa kerja pertama dah siap..ni baru jer nak rehat kejap kat opis. Ibarat menggantikan masa rehat aku kul 1 tadi yang aku langsung tak sedar..tetiba dah kul 2. Yang lain tu, aku buat kat umah je lah....Dah 3 hari rupanya aku tak tulis blog. Nasib tak bulan..ahaha..So, boleh lah aku ingat2 lagi apa yang berlaku 2-3 hari lepas.

Kelmarin (17/08/2010), aku ada jemputan berbuka puasa di Le Meridien. Vendor belanja. Thanks ye Niagara ngan Ariantec. Merasa aku makan tempat2 mewah mcm ni. Terasa macam jakunus jer. Biasalah, aku lidah kampung. Dah ler kampung, jawa pulak tu..hik hik. Apapun makanan memang lah tak hengat. Tengok jer dah rasa mcm nak buncit perut, apatah lagik nak menikmatinya. Aku amek makanan sikit2 jer, lebih kurang 3 pinggan mcm tu..ahaha..Dengar nya satu kepala harganya 130++. Alahai, mahal nyer.. Tapi berbaloi dengan makanan yang disediakan..ala2 kat One World jer. Sambil2 berbuka, sempat jugak Ameen ngan Rizman pekena aku letak 'wasabi' betul2 tersorok bawah udang sushi. Kurang asam. Nasib lah aku boleh telan lagi pastu. Then try lah pekena tiram. Biasalah orang kampung nak cuba makanan ala2 org kaya. Sian aku..aku ingat tiram makan mcm tu jer..rupanya kena letak mayonis, lemon dan sos2 yang berkaitan. Apa lagi, terkeluar semula lah..hik hik..tapi boleh pulak aku telan semula lepas letak mayonis..mengenangkan makanan tu mahal kan..

Pastu keesokannya (18/8/2010), giliran vendor Allied Telesis pula jemput untuk berbuka puasa di KLGCC. Disebabkan dekat ngan umah, aku dengan eksyen kuar rumah nak2 dekat pukul 7.00 ptg. Last2, amek kau..sampai2 lauk dah licin. Orang berbuka makan sedap2..aku berbuka dengan timun, sengkuang dan jambu jer..ahaha..agak malu sampai ingin menutup muka jer rasa..tapi mantain je lah. Btw, tak lama pastu, lauk2 ditambah.. alhamdulillah..dapat jugak aku makan sampai kenyang. Tapi banyak2 makanan kat situ..aku paling berkenan dengan puding roti...perghhhhh...terbelek2 aku tgk puding roti tu..rasa mcm nak buat jer di hujung minggu..ahaha..

Ok, tutup citer pasal makan sebabnya pagi tadi aku makan biskut 3 keping ngan air soya jer..kang terbayang2 pulak..dah ler pagi tadi aku termimpi beli belah kat bazaar ramadhan..siap ada karamel lagik jual berderet2...ahaha..first time aku mimpi membeli belah di kedai makan..:P.

Ohh, hampir terlupa. Semalam aku ada join site visit kat SK Bandar Sungai Buaya kat Rawang. Lawatan tu alhamdulillah ok..cuma yang aku nak cerita adalah semasa perjalanan nak menuju ke sekolah tersebut.. Aku follow pegawai BTP untuk pergi ke sekolah tu. Disebabkan pegawai yang aku akan follow itu adalah seorang wanita, maka aku sempat lah berpesan dengan muka penuh kesinisan..."Kak Nik..nanti kak nik bawalah laju sikit..sebab saya ni jenis bawak laju". Kak Nik cuma tersenyum je lah.. Si Mizi dah gelak2 dan kata "kau tgklah nanti". Sekaliiiiiiiiiiiii....Amek kau..sekali dia bawak, sampai mengucap En Rafidi agaknya tgk aku nak mengejar Kak Nik. Giler kauu...ada jalan tengah sibuk2 kat Jalan Kuching, dia boleh bawak 100km sejam...nak terkencing aku kejar...pastu dengan selamba jer cilok lori2..pergghhhh!! Itu jalan yang agak sibuk. Sekali masuk jalan ala2 hutan, terusssssssssss aku tak nampak mana dia punya kereta..perghhhhh...ganas beb..aku dah minta En rafidi prepare jer GPS kat sebelah..melampauuuu.. dah habis tekan minyak pun tak mampu nak potong..ahaha. Baru tadi aku kene ngolok semula. "Hai Mdnoor..awak ingat saya ni bawak 60km sejam kerrr sebab saya ni perempuan...Awak ingat saya bawak kancil ker.. Saya tak boleh tak bawak pelan2 ni..saya selalu bawak dalam 120km tau kat Jalan Kuching tu.." Belum lagi hiway, katanya cecah 160km..boleh mcm tu??? Malu jer aku sebab dia kata dia asyik terbrek-brek tunggu aku kat belakang... Siap kata aku bawak perlahan sangat... ahaha..kejam sungguh statement tu..tensen! tensen! huhu..

Oklah, dah nak balik dah ni...orang pun dah takder..Sampai sini jer yang sempat aku taip..ada masa aku taip lagi...Wassalam.

"Bersama En Jailani..SAF Negeri Sembilan di Majlis Berbuka Puasa Anjuran Allied Telesis..botak dah dia..ehehe"

"Ameen kepuasan....Bila kala lah nak workout..bebrbual jer..katanya delivery lepas raya..ahaha. Ingat baru 4 bulan..:P. Rizman rambutnya kalah aku.."

Related Posts with Thumbnails