Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;
Baru sajer lepas bersahur dan solat subuh. Sementara bersiap2 untuk pergi kerja, tulis lah blog kejap. Nak menahan dari tidur semula punya pasal lah ni. Mata stim jer ni. Huhu.
Skrg ni dah masuk hari keenam kita berpuasa. Pejam celik pejam celik tetiba jer nak raya nanti. Kejap jer masa berlalu. Tetiba jer hari minggu. Tak sempat nak puas hari minggu, tetiba jer dah naik kerja. Pejam celik lagi, tetiba jer umur meningkat 1 angka lagi. Alahai.. Semuanya tu mcm tak terasa jer... Banyak lagi perkara yang belum aku laksanakan sampai skrg, tu yang agak sedih tu.. Bukan agak lah, tapi mmg sedih pun...ermmm.. penantian satu penyeksaan..(tiba-tiba jer..)
Weekend ni aku takdelah berpeleseran lah kat luar..memang lepak kat rumah jer. Hari Sabtu aktiviti biasalah..gi tesco beli barang2 keperluan dapur dan peribadi, basuh baju, kemas rumas, tgk tv. Petang tu, buat lah dadih buah. Cuma aku guna tepung dadih yang tak selalu aku guna..lain pulak sukatannya. So, terlembek ler sket even aku dah letak serbuk agar2. Tgk mcm lembek sangat jer, letak lah kat peti beku tu. Amek kau..sekali jadi mcm aiskrem..(layan jugak lah.. ni baru aku sahur dengan dadih aiskrem..:P. ). Pastu, buat inti sandwich daripada sardin..memang bajet nak buat untuk sahur..almaklumlah, dah lama terniat nak buat...tak terbuat2...makanya aku tak mahulah 'berbual-bual'... akhirnya, siap jugakk..boleh tahan sedap gak..ehehe..
Hari Ahad pulak (15/8/2010), aktiviti melepak di rumah diteruskan. Aku ngan zach bangun kul 11 pagi..boleh? ehehe..TERRRRRRbangun jer. tak sangaja. Osmet 2 org tu lepas citer Melodi habis baru bangun...boleh tahan kencang dorg ni. Maybe lepas subuh dorg tak tido kot nak2 Aisar..dia basuh baju sebab bangun jer tgk baju dah tersidai. Tapi lawaknya dah bangun boleh pulak tanya "Melodi dah habis ker??".. tahu dan ingat pulak dia rancangan tu.. Ingatkan kenal Broery Marantika jer. Then, lepas solat Zohor, boleh pulak tidor lagi..ya Allah...dahsyat tul..mungkin sebab aku terbukak citer Tamil..dia memang pantang tgk citer Tamil..nak buat camner, itu je lah cerita yang best..
Petang tu, Zach sms dan call pasal berbuka puasa di Serambi Pak Engku di PKPS, Shah Alam. Memandangkan harga bufet time tu amatlah murah di sana..so, aku ajaklah osmet2 lain untuk berbuka di sana. Aku memang nak dorg rasa masakan kat Serambi Pak Engku sebab kekampungan masakannya amatlah aku suka. Rempah-rempahnya semuanya cukup. Aku pernah datang tahun lepas. Memang sedap... Ini adalah untuk penggemar masakan kampung lah.. tapi kalau lidah ala2 western nak dengar masakan kampung pun cakap "Ewwwww...kampung??? Lidah i boleh terima masakan Itali jerrr..(padahal jawa totok)", itu memang susah lah nak dikata...dasar lidah belacan..ahaha..
Masa nak menuju ke Serambi Pak Engku, agak2 tersesat lah juga. Takper, yang penting sampai jugakkk. Meja dah reserved. Kat tengah2 pentas. Best ler..Masa nak buka, amik lauk punya lah banyak..nasib ler aku habis..cuma ikan keli jer aku tak terlarat nak makan. Sambil2 makan tu, adalah alunan ghazal. Bestnya awek tu nyanyi..ala2 Siti jer suara dia..cara dia kawal suara dia tu, perghhh...best! dia nyanyi lagu2 tradisional..aku meemang suka lagu2 tradisional lama ni..Tapi terselit gak dua lagu Sway dan Perhap, Perhaps, Perhaps..Then, awek tu tengah nyanyi2 dia turun lah pentas pergi meja ke meja sesiapa yang nak nyanyi..Sampai jer ke meja kami, Ameen dengan rasa tak macho nyer bangun konon2nya nak amik makanan...ahhaa..poyo. Aku cakap ngan dia tak tahu lirik..kalau aku tahu, boleh jer aku nyanyi..(yer jerk!)...
Yang bestnya kat sini, ada surau lah. After solat Maghrib..sambung lagi trip makan..eheh..tapi aku dah tak terlarat lah kot..just makan kueh2 jer..disebabkan Zach nak balik sama2, so kami tunggu..dan paling best, berkat kami tunggu sampai ke penghujung (sekitar pukul 9.00 mlm), kami dijemput untuk membungkus makanan2 yang lebih untuk buat sahur..ehehe..tapi tgk apa yang kami bungkus tu bukan setakat sahur, tapi untuk berbuka keesokan harinya...:D. Banyak ahhhhhh.. Sahur tadi baru jer makan ayam berempah..Apapun, kalau nak ke Serambi Pak Engku, ni websitenya www.kuziekatering.com.my
Oklah, dah pukul 7.30 pagi..aku dah kena bersiap2 gi kerja dah...sampai bertemu lagi. Kerjalah dengan ikhlas..INSYAALLAH..orait, wassalam..
kantoi , malam tuh x pegih jemaah tarawikh .. hahaha
ReplyDeleteAllah jer tahu Aku buat ke tak Daus masa hari ni.. X perlu Aku solat SUNAT terawih depan2 org semata2 nk tunjuk Aku buat yer.. Ehehe.
ReplyDelete