Monday, December 26, 2011

Sebaik-baik Teman Adalah Hati..

Sharing you a good article about motivation . It's good for us to apply in our daily life..


"Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda"

Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.


Hati besar akan berkata, "Ah, persetankanlah. Aku bukan baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun, aku boleh kerja di mana-mana saja. Setakat kerja di sini apa sangat."


Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza. "Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut, siapa nak ambil orang tua bekerja?"


Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ. Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebinggungan, tatkala gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun bersedih.

Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik, tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda. Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia adalah hati kecil anda sendiri.


Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia. Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang lebih jujur. Hati besar biasanya penuh dengan ego. Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur, padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar. Itu baik, itu perlu, itu penting.


Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda, tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami. Jurunasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda. Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.


Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda.

Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya.Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya. Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.


Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa hati. Itu berbeza dari suara hati. Rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual terutama tatkala anda rasa kesunyian. Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.


Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil, kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain, namun bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak menentukan arah tujuan.. :)

Sunday, December 25, 2011

Ruth Sahanaya 25th Anniversary Concert & Mariatis's Wedding

Assalamualaikum wbt;

Citer dah seminggu lepas baru nak update..huhu

17Th December 2011 bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre. Dapat tiket percuma Konsert Ruth Sahanaya 25th Anniversary (housemate sebut Ruth Santanaya.. nangis tuan punya badan dengar) sumbangan dari Iyra Mutalib. Ada 4-5 lagu jer dari Ruth yang aku familiar dan boleh ikut.. yang lain tu tak berapa tahu.. Tapi persembahan vokal sangat mantap. Paling best masa Ruth nyanyi lagu Kaulah Segalanya ..very nice music arrangement dan satu lagi masa duet dengan Dato' Kathijah Ibrahim lagu Getaran Jiwa.. sedap bangat..:). Siap rekod lagi..


Selepas konsert... x dapat ambil gambar dengan Ruth, ambil gambar dengan poster pun jadilah.. Tu pun kena beratur tunggu giliran..

Xder kamera..guna iPhone saja..hasilnyaaa...camni lahh..huhu

Dengan Aisar..

Aisar & Ameen..

Tiket percuma...ada satu tiket tambahan sebenarnya..tp, orang yang diharap datang, x dapat datang..


18th December 2011 - My ex opismate merangkap satu unit, Mariati Razali telah melangsungkan perkahwinan dengan Redza.. member satu ofis juga dulu..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..perut kami pun kenyang dan makan bertambah especially ayam goreng yang seakan2 KFC tu.. Semoga perkahwinan kalian kekal abadi, diberkati olehNya dan cepat menimang cahaya mata..Insyaallah..

Redza & Mariati.. Sekarang jenis pelamin macam ni..ringkas dan menarik..

Semoga berkekalan sehingga akhir usia...ameen..


Wassalam..

Saturday, December 17, 2011

Cuti yang sangat nikmat..


Assalamualaikum wbt..

Actually mata dah mengantuk sangat dah ni..tetiba perut lapar.. baru makan maggi tadi..

Lately aku rasa keletihan sebenarnya..mungkin sebab tak cukup rehat.. sampai umah kol 10.00-11.00 mlm everyday.. sampainya di umah, terus aku landing kat tilam dan tidor..huhu.. mmg takde life sangat untuk sebulan dua ni.. awal2 bos dan Tuan GM dah cakap yang aku tak leh cuti sampai 31/12/2011. Masa gi Sabah je lah tu terlepas satu hari.. hari2 yang aku dah apply cuti dan dah approve pon, terpaksa aku cancel kan semula.. Hari tu aku apply cuti 2 hari, tapi bos suruh datang opis..kene lah aku datang..tp dek kerana lupa nak tulis kat buku kedatangan yang aku ni dtg, cuti aku burn mcm tu jer 2 hari tuh.. tak boleh nak replace..Sentap.. Almaklumlah, department aku ni strict dan terrsangatlah ISO nya..ala2 kerja gomen...:P nama xder dlm buku kedatangan, akan dapat SMS selepas itu..korang ader?? aku suka aku suka.. ahahah..tapi ada baiknya lah..sangat berdisiplin betul aku lepas tuh..pegi kerja skrg sampai boleh dapat parking kat dalam Menara TM tu..walaupun x selalu, tapi sesekali tu dapat jugakk...almaklumlah, parking freeeeee...sapo x nak.. so, boleh bayangkan lah aku dtg kerja kol baper kannn..keh keh keh...

Esok tak tahu nak gi mana jer.. Memang kalau boleh nak duduk rumah rehat jer skrg..berharga sangat cuti yang ada ni walaupun sehari...Tapi ingat nak gi gym jer ngan osmet esok..dah seminggu lebih dah aku tak pergi..Serius mmg tak sempat..nak curi masa pun tak dpt2..cuma harapkan weekend je ler..tengah tunggu bila lah nak abes bulan 12 ni..pasni, aku nak apply cuti 2-3 hari..nak rehatkan minda.. Almaklumlah, plan cuti-cuti Malaysia aku tahun ni agak tidak berjayalah der..

Sekarang pun dalam proses menyalurkan ilmu2 kepada assistant ku, Surianty.. in case aku sakit ker, at least ade lah back up...Lagipun Sue dah banyak tahu pasal project ni walaupun kami sama2 tak sampai 2 bulan diberi project ini. Aku suarakan juga pada boss aku yang aku nak sorg assistant tetap supaya boleh back up antara satu sama lain.. Harap boss akan sampaikan kepada HR. Kekadang aku demam pun terus tak jadi demam...huhuhu.. Nantilah, aku akan engage and nurture Sue berhubung report agar sama seperti yang aku buat... Sebabnya, aku ni cerewet sikit..hehe..

Oklah..mata dah mengantuk sudah... Ahad ni my ex officemate, Mariati & Redza kawen.. alhamdulillah, akhirnya kan.. Tahniah lah aku ucapkan kepada mereka berdua ni..Insyaallah kalau tiada aral melintang, aku akan pergi lah.. Dulu geng satu unit..sama2 jaga PGS..

** Masih bersedih yang company aku tak berjaya untuk dapat tender 1BestariNet.. lama dah aku bersama project SchoolNet, then TM SBB..mesti lah terasa...hmmm..anyway, i'm moving forward..

Makan beramai-ramai di warung Pak Abu..Ayam kampung nya sedap okehh... Entah mana dapat pon aku tak tahu..manis jer.. Jangan lupakan aku lepas ni..isk isk.


Wassalam..

Tuesday, December 6, 2011

Lawatan sambil bercuti di Sabah bahhh...


Assalamualaikum wbt;

Baru sampai umah ni.. Actually, aku baru balik dr gym.. sajer melepakkan diri kat sana sebab aku rasa dah seminggu kot aku tak pergi..huhu..riang ria lalala jer bayar sebulan mahal2 tapi tak pergi kan.. tak kisah lah datang sana untuk sauna, steam room or mandi.. janji aku jejakkan diri.. Anyway, rasa ringan sikit badan after men'steam'kan diri ni...nikmatnya...

Minggu lepas baru jer balik dari Sabah..tujuan asal adalah ingin melawat seseorang yang baru sahaja sedar dari sakitnya. Syukur alhamdulillah..walaupun tak berapa nak sihat dan memang tak sihat (muka pucat sepanjang masa), tapi tetap gagah nak teman dan bawakan kami jalan2.. Thanks to Vivi dan Masri yang turut sama jadi tourist guide untuk bab2 makan yang sodapppp...huhu.

Destinasi yang aku pergi tak lah banyak.. kalau boleh mmg tak nak pergi jauh2 sebab apa2 kemungkinan boleh terjadi kan.. tapi yang penting, masa aku syok2 atas bot nak bertolak ke Pulau Manukan..boss aku boleh pulak call dan minta report...uwaaaaaaaaaaaaaaa....aku ingat lagi dialog aku dengan boss aku...
nak bertolak ke Pulau Manukan

Boss : "Sorry Mdnoor ganggu u cuti.. u dapat SMS i tak pasal report..Bila u boleh bagi?"

Aku : "En Rusdy, Saya tak bawa notebook saya.. Lagipun saya punya broadband U-Mobile tak cover kat Sabah dan Sarawak lagi.."..

Boss : "Tempat hotel u tak ada internet ker?.."

Aku : "Saya duduk hotel murah jer En Rusdy.. tak ada internet pun.."

Boss : "Takpelah..nanti u usahakan lah ya Mdnor..malam ni ker.."

Aku : "Ok En Rusdy...nanti saya pinjam notebook kawan saya..dan saya cuba untuk hantar report tu .."

Ahahaha...lawak giler..terus mood aku untuk posing2 kat Pulau Manukan itu sedikit tercalar.. Budak2 ni dah start bising kat aku..asal pergi angkat?? Aku cakap ngan dorang, aku memang tak boleh lah...mesti nak terangkat punya...huhu.. Last2 report tu aku hantar lepas balik bercuti..mana tak nya, data yang aku extract dalam sistem tak dapat nak bukak dalam Macbook si Ku ni... ** Gambar pantai update kemudian..

Di pintu gerbang Pulau Manukan...

Berangan...

So, sepanjang di Sabah ni..aku dan kawan2 banyak fokus tempat2 makan yang best..bolehhhh???? dan selama 3 hari 2 malam di sini, takde satu pun tempat makan yang kami pergi mengecewakan selera kami..semuanya terbaek dari ladang kak siti..keh keh keh..

Tempat2 makan yang best yang sempat pergi adalah :

1) Restoran Seri Melaka - 2 kali pergi sebab asam pedasnya memang sedap sangat. Lauk2 lain pun memang puas hati makan. Udang2 semua manis2 belaka..
Asam Pedas mantappp

Hari kedua makan kat tempat sama..:P

2) Restoran D'KL - makanan jawa... almaklumlah, aku kan orang jawa...makan ayam penyet sambil merembat2 juga makanan orang lain..** Gmabar update kemudian.

3) Restoran Sinario - untuk sarapan..aku makan nasi lemak jer..tapi sambalnya memang kaww..samalah dengan ayam..mcm KFC rasanya..heheh. Siap boleh apply membership!! ko ader! ahaha..


4) Gerai Kelapa & Lokan Salut - perghhhhh...nak menangis aku menikmati kesedapan lokan yang dibakar ni.. Memang sangat2 terbaek lah...Then minum kelapa muda bakar..memang nikmat...aku try jugak puding yang dibuat dalam buah kelapa tersebut...enak bangat bah..tak pernah aku rasa sesedap ini .. Ni sambil taip pun, aku terus terliur..
\
Puding Kelapa Terbaik..

Lokan bakar paling sedapppp..


5) Restoran Pak Deen - walaupun nama mcm tak glamer dan restoran pun tak semenggah mana...tapi kalau korang makan ikan bakar dia..ikan besar sekor pon korang larat ratah sorg2..then order sotong masak tepung...memang terbaek..paling sedap setakat ini...alahai..ngidam lagik... ** Gambar update kemudian

Itu je lah tempat yang kami sempat pergi..ada jugak beberapa tempat makan yang dicadangkan..tapi masa pulak mencemburui kami....ahaha..tapi smpat gak lah tgk movie, karaoke dan memanah2.. Cadangnya nak pergi Green Connection.. tapi keadaan Ku tidak mengizinkan...dia tidak sihat after sesi membeli mutiara2 selesai.. sepanjang malam demam...risau dan berdebar2 pulak bila dia tunjuk ajar aku mcm mana nak cucuk jarum masukkan ubat in case dia tak sedarkan diri.. Risau salah cucuk jer..makin teruk pulak jadinya nanti..
Mutiara keronsang dari Sabah..


Oklah..mata dah mengntuk pulak..ini adalah gambar yang sempat aku ambil.. geram dengan bateri iphone ni hah...cepat sangat habis..x dpt nak tangkap gambar banyakkk. Terpaksalah tunggu ihsan En Ku punya kamera kannnn...

Wassalam...

Monday, December 5, 2011

9 Sebab Hati Tidak Tenang & Bahagia


Taken from the web. Advice for the good of myself... I'm not perfect but i will keep improving myself to be a better one and stay happiness without any feelings of resentment.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Related Posts with Thumbnails