Saturday, December 17, 2011

Cuti yang sangat nikmat..


Assalamualaikum wbt..

Actually mata dah mengantuk sangat dah ni..tetiba perut lapar.. baru makan maggi tadi..

Lately aku rasa keletihan sebenarnya..mungkin sebab tak cukup rehat.. sampai umah kol 10.00-11.00 mlm everyday.. sampainya di umah, terus aku landing kat tilam dan tidor..huhu.. mmg takde life sangat untuk sebulan dua ni.. awal2 bos dan Tuan GM dah cakap yang aku tak leh cuti sampai 31/12/2011. Masa gi Sabah je lah tu terlepas satu hari.. hari2 yang aku dah apply cuti dan dah approve pon, terpaksa aku cancel kan semula.. Hari tu aku apply cuti 2 hari, tapi bos suruh datang opis..kene lah aku datang..tp dek kerana lupa nak tulis kat buku kedatangan yang aku ni dtg, cuti aku burn mcm tu jer 2 hari tuh.. tak boleh nak replace..Sentap.. Almaklumlah, department aku ni strict dan terrsangatlah ISO nya..ala2 kerja gomen...:P nama xder dlm buku kedatangan, akan dapat SMS selepas itu..korang ader?? aku suka aku suka.. ahahah..tapi ada baiknya lah..sangat berdisiplin betul aku lepas tuh..pegi kerja skrg sampai boleh dapat parking kat dalam Menara TM tu..walaupun x selalu, tapi sesekali tu dapat jugakk...almaklumlah, parking freeeeee...sapo x nak.. so, boleh bayangkan lah aku dtg kerja kol baper kannn..keh keh keh...

Esok tak tahu nak gi mana jer.. Memang kalau boleh nak duduk rumah rehat jer skrg..berharga sangat cuti yang ada ni walaupun sehari...Tapi ingat nak gi gym jer ngan osmet esok..dah seminggu lebih dah aku tak pergi..Serius mmg tak sempat..nak curi masa pun tak dpt2..cuma harapkan weekend je ler..tengah tunggu bila lah nak abes bulan 12 ni..pasni, aku nak apply cuti 2-3 hari..nak rehatkan minda.. Almaklumlah, plan cuti-cuti Malaysia aku tahun ni agak tidak berjayalah der..

Sekarang pun dalam proses menyalurkan ilmu2 kepada assistant ku, Surianty.. in case aku sakit ker, at least ade lah back up...Lagipun Sue dah banyak tahu pasal project ni walaupun kami sama2 tak sampai 2 bulan diberi project ini. Aku suarakan juga pada boss aku yang aku nak sorg assistant tetap supaya boleh back up antara satu sama lain.. Harap boss akan sampaikan kepada HR. Kekadang aku demam pun terus tak jadi demam...huhuhu.. Nantilah, aku akan engage and nurture Sue berhubung report agar sama seperti yang aku buat... Sebabnya, aku ni cerewet sikit..hehe..

Oklah..mata dah mengantuk sudah... Ahad ni my ex officemate, Mariati & Redza kawen.. alhamdulillah, akhirnya kan.. Tahniah lah aku ucapkan kepada mereka berdua ni..Insyaallah kalau tiada aral melintang, aku akan pergi lah.. Dulu geng satu unit..sama2 jaga PGS..

** Masih bersedih yang company aku tak berjaya untuk dapat tender 1BestariNet.. lama dah aku bersama project SchoolNet, then TM SBB..mesti lah terasa...hmmm..anyway, i'm moving forward..

Makan beramai-ramai di warung Pak Abu..Ayam kampung nya sedap okehh... Entah mana dapat pon aku tak tahu..manis jer.. Jangan lupakan aku lepas ni..isk isk.


Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails