Saturday, November 26, 2011

Salam Awal Muharam.. Azam Baru..

Assalamualaikum wbt,

Tinggal beberapa minit lagi nak masuk tahun baru dalam kalendar Islam..Tak lama lagi umur aku dah nak menginjak angka 3.. huhu. aduhai...rasa mcm dah tua jer.. tapi mmg pun kan..skrg ni dah kena biasa2 kan walaupun pada realiti hati meronta2 nak tolak ke angka 2 lagi..huhu. Anyway, its just a number.. hidup mesti diteruskan juga.

Alhamdulillah, dalam tempoh setahun ni...hampir kesemua apa yang aku azamkan termakbul... dalam 29 tahun aku hidup di muka bumi ni, inilah tahun yang betul2 aku nampak azam aku menampakkan keberhasilannya.. Ini semua adalah berkat daripada doa mak abah aku... tak henti2 mereka doakan aku..dan paling aku percaya sekali, ia adalah berkat doa mak abah di Padang Arafah tahun lalu..Doa dibacakan secara LIVE dari sana, dan aku meng-AMIN-kan.. ada 10 perkara yang aku minta mak abah aku doakan...dan semuanya dengan izin Allah, aku kecapinya..Syukur kepadaMU ya Allah.. kau permudahkan segala urusan ku dan kau berikan ku kekuatan dalam mengharungi hidup di muka bumi Mu ini..

Sekarang ni aku tak letak azam yang banyak...sebab azam yang lepas semuanya tak tertunda.. Mungkin ada beberapa perkara yang boleh aku pertimbangkan dan ingin aku capai untuk tahun baru ini..Sekarang ni tiba2 dah ada dalam kepada azam terbaru...cuma rahsia je lah... nanti bimbang orang salah maksud..

Oklah..dah nak masuk tahun baru ni...aku nak siap sedia untuk baca doa akhir tahun dan awal tahun...Semoga tibanya tahun baru ini membawa seribu satu makna buat kita semua...Amin Ya Rabbal Alamin.. Sebelum berundur, aku ingin mohon maaf sekiranya ada tersalah kata dan bicara, perbuatan yang menyinggung dan sindiran yang mungkin sekadar gurauan, tetapi ianya mengguris perasaan.. Aku cuma manusia biasa sahaja.. tak sempurna mana...

Wassalam..








Thursday, November 17, 2011

Di mana kan ku cari ganti...;(

17/11/2011

Assalamualaikum wbt..

Actually aku nak wat kerja sekarang ni... esok ada weekly meeting dengan GM.. bos aku takde ..ada meeting lain.. so, aku kene ganti lah..report pun tak siap lagi.. banyak report sebenarnya nak kena buat ni..so, mmg kena siapkan satu2 mana yang paling penting sekali.. rasa nak stay up jer..tak pun bangun kul 4-5am..

Hari ni aku asyik ingat seseorang sahaja... seseorang teman yang amat rapat dengan aku..yang selalu bagi support kat aku ketika aku susah dan senang.. yang selalu beri aku nasihat ketika aku memerlukan... yang sentiasa defend aku sekiranya aku ditindas...yang sentiasa ambil berat tentang diri aku ketika aku bermasalah..dan segala yang jua perkara yang baik yang dilakukannya untuk aku..

Actually, sejak dia counting tarikh bila dia akan 'pergi'... pada mulanya, aku yakin bahawa dia akan sembuh memandangkan secara mata kasar aku melihat dia seperti biasa sahaja.. Aku yakin dia akan sembuh sekiranya dia gandakan segala kekuatan dan sikap positif yang dia tanamkan untuk terus berjuang melawan sakitnya.. Aku memang yakin dia akan sembuh.. Sekarang counting days dia tinggal 3 hari.. Ya Allah, hati ini terasa bercampur baur..dengan keadaan dirinya yang dia beritahu aku sekarang, rasa sebak hati ni hanya Allah sahaja yang tahu walau pada zahirnya aku nampak seperti biasa...nangis hiba rasanya hati aku ini. Banyak perkara yang masih lagi aku belum tunaikan kepada dia.. banyak juga perkara yang boleh menggembirakannya yang belum aku laksanakan.. bukan aku sahaja, tapi teman2 lain yang rapat juga turut ingin berbuat demikian.. aku mmg berharap dan sentiasa berdoa agar dia diberikan kekuatan, semangat dan diringan segala beban penderitaan sakitnya itu.. Memang benar, sakit itu adalah cara menghapuskan dosa.. cuma aku nak nampak dia sihat seperti orang lain...dia masih muda..

Kadangkala aku rasa terkilan sgt kerana tidak dapat berada di sisinya ketika saat-saat begini..bagi support pada dia sebagaimana dia bagi support pada aku ketika aku memerlukan..Dek kerana tuntutan kerja ni yang sgt2 kritikal.. aku mmg terpaksa berkorban... kalau diikutkan perancangan sebelum ni, memang aku cadang nak cuba tunaikan apa jua permintaan dia walaupun makan sedikit masa.. Namun kita sebagai manusia cuma dapat merancang, Allah jua yang menentukan segalanya.. aku bukan giler kerja..tapi aku terpaksa begini..;(

Ya Allah Ya tuhan ku..aku bermohon kepada Mu Ya Allah agar kau berikanlah kekuatan kepada dirinya agar sentiasa berusaha melawan dengan sebaik mungkin sakitnya itu.. Sesungguhnya aku masih belum bersedia sepenuhnya untuk menerima kehilangan insan yang banyak membantu aku ini.. Namun sekiranya ini ketentuan dariMu, aku redha ya Allah.. Amin amin Ya Rabbal Alamin..

Sedih dah rasa ni..menitis2 dah air mata ni.. terlalu jarang sangat aku kuarkan air mata untuk org sebenarnya..tapi dgn orang yang betul2 rapat dengan aku..mmg air mata tu keluar mudah dengan sendirinya..Semoga terus berjuang wahai Ku.. insyaallah, esok dan seterusnya akan sentiasa ada untukmu...Allah sentiasa menyayangimu..

Tuesday, November 15, 2011

Kerja baru...ilmu baru..:)


15/11/2011

Baru on notebook ni.. Bukak2 notebook ternampak fail excel kerja yang aku tak tutup tadi, terus rasa nak buat kerja.. aduhai.. risau jugak aku..mcm workaholic terlebih pulak..Boring kan aku..huhu.. (Janganlah boring, busy2 aku ni.. aku romantiks tauuu..:P) . Kalau tido skrg, mesti aku terfikir nak bangun semula kul 4-5 pagi..tapi selalunya gagal..kol 6.30am gakkk...ahaha.. Dah dua minggu lebih aku balik tak nampak cahaya matahari.. Tu pun aku tak berapa nak perasan tetiba dah malam kan.. Biasalah..baru dapat projek baru.. then projek ni totally aku memang zero lah.. so, dalam seminggu dua ni, aku betul2 kena fokus dan faham apa sebenarnya yang team2 lain ni dok cakap .. Dalam meeting masa mula2 pun, senyap mcm tunggul kayu jer..apa orang cakap..aku tulis..huhu.. Nak menyampuk takut takde kena mengena...ahaha..

Nak cakap penat tu..normal lah..penat fizikal tu tidak..cuma lebih kepada mental lah.. nak kena banyak fikir.. tapi seronoklah sebab banyak benda baru aku belajar..selama 3 tahun aku handle projek yang sama.. So aku mmg tahu serba serbi pasal customer..cuma direction to expedite project delivery yang kena ada perancangan. Skrg ni aku dapat projek baru..dari aku tak pernah bukak sistem yang sepatutnya setiap PM (Project Manager) bukak, sekarang ni semua sistem aku dah tahu nak guna..huhu.. Kalau aku tak faham, dari orang bawah sampai sehinggalah yang atas aku tanya.. tak kiralah apa orang nak cakap aku tahu ker apa... tapi yang penting, ilmu aku bertambah dan aku tak rugi sbb bertanya..Alhamdulillah..dalam 2 minggu ni, aku banyak catch up..terima kasih lah pada team yang banyak membantu.. Seronok kerja dalam dept Project Management.. dari A to Z kita boleh tahu proses dan peranan setiap team yang handle untuk respective stages.. Dengan boss aku yang suka push and sometimes buat aku terasa pening2 lalat dgn direction dia... isk isk.. teruknya aku.. tapi apapun, sbb boss aku lah aku berjaya berusaha sendiri sampai jadi pandai...yang penting kena belajar adapt lah cara boss kita walaupun pada mulanya susah nak serasi.. Insyaallah, lama2 oklah tu..thanks boss..

Dulu masa TM SBB, samalah sibuknya time awal2 projek.. meeting bermula pukul 9.00am dan berakhir pukul 5.30pm. Kul 5.30pm baru aku start nak jengah kerja aku..cuma dulu aku lagi sadis.. sorang2 jer dalam unit aku..nasib lah dibantu oleh PGS. Skrg ni pun sama jugak kaedahnya.. masuk jer opis, dah kena prepare untuk chair meeting.. kalau tak boss aku, aku ler kena ganti.. Nasib lah dapat sorang pembantu si Surianty ni..kalau tak masa nak meeting, aku lah tukang beli kueh..akulah yang tukang hidang.. menangis makcik2 kat luar sana tgk..berebut2 nak jadikan menantu..huhu.. (mode : angkat bakul..)

Actually malas nak story mori pasal kerja...tapi dah 2 minggu asik fokus kerja..jadi mcm nilah..Inilah je lah punca rezeki tetap aku buat masa ni..so, aku mmg kena buat betul2.. kalau dah siap projek ni..aku mmg nak cuti puas2.. Kalau ada orang tersayang di rumah, mesti everyday nak kena pujuk..kann.. Sian sangat..;(. Everyday lah kena sogok bunga dan cokelat..(romantiknya aku..).. Harap sangat agar dapat faham kerja yang aku skrg.. adakalanya kalau sibuk, mmg sibuk sangat... semua cuti yang aku apply tak approve (sentap!!!!!).. tapi bila masa project dah banyak complete, datang opis siap menguap pun ada...time menguap tu lah yang aku tunggu2 untuk aku apply cuti ...

Oklah..dari aku mengarut banyak..baik aku siap2 masuk tidor.. Tapi tulah kan..sian sangat pada sesiapa yang dah awal2 berjanji dengan aku nak buat misi jalan2 rombongan pak hamid..semuanya tak jadi..isk isk isk...sori sangat...mmg timing skrg tak kena.. jangan ingat aku tak sedih.. aku sedih tawwwww...nangis nih..nangis nih..hehee... nanti semuanya dah setel..aku belanja makan LAKSA JOHOR..:)

"menulis blog di atas tilam.. terus mata kuyu.."
Wsalam..

Saturday, November 12, 2011

Kita sama-sama ditipu..

12/11/2011

Semalam ada orang call aku..memperkenalkan diri sbg Faruk.. at first aku confuse jugak mana dia dapat nombor aku kan.. nak tanya pasal bisnes kononnya ..then aku dah pot pet pot pet sikit dgn penuh berhemah dan tanya apa sbnrnya yang dia nak.. rupanya dia nak tanya aku pasal si polan merangkap kawan aku..katanya dia telah ditipu.. so, dia nak tanya aku kawan aku ni mcm mana jenisnya..Then bila last aku contact dia.. dan mcm2 lah...

Actually, mamat ni pernah SMS aku 2-3 bulan sebelumnya lah.. maybe sebab dia tak dapat nak contact kawan aku tuh...so, dia pun contact lah aku yang penuh dengan sopan santun ni.. Habislah aku dengar luahan hati seorang mamat yang tertindas nak beli ipad harga murah, tapi at last bayang pun takda.. aduhaii... nak tak nak aku cakap ngan mamat ni..

"En Faruk, dia memang kawan saya.. setakat saya kenal dia.. dia tak lah buat yang tak baik dengan saya.. tapi mcm ni lah.. even dia kawan saya, tapi kalau En Faruk rasa En Faruk tertindas.. En Faruk buatlah laporan polis.. Actually awak pernah SMS saya yang awak dah laporkan pada polis pasal kawan saya ni kan..". Tapi jawab si Faruk, dia sbnrnya belum buat laporan polis lagik...dia SMS aku hari tu just untuk gertak2 kawan aku dengan harapan aku akan beritahu dan nasihat kawan aku tu...Masaelahnya, aku pun dah berbulan2 tak tahu mana pergi batang hidung mamat tu..

Aku kesian tengok si Faruk ni..Actually Faruk, aku pun berbulu jugak dengan kawan aku yang sorang ni..aku dah lama pun makan hati dengan dia.. kalau tak dek kesabaran aku ni, aku dah lama panggil polis kasik tangkap bawak masuk lokap... Cuma konsep aku ni lain.. ala2 susu dibalas tuba.. Dah lama sangat sbnrnya aku bersabar sampai aku dah naik immune.. Kalau nak dibandingkan ngan kau Faruk, aku berkoyan2 dia kelentong mcm tu jer.. Contohnya, sanggup dia 'mematikan' hayat adik yang masih celik sehingga skrg semata2 untuk selamatkan diri sendiri dan buat kisah sedih supaya org simpati.. Dalam banyak2 penipuan yang dia buat kat aku, itulah penipuan yang aku tak boleh nak terima.. Aku pun tak tahu, kenapa aku boleh bersabar dengan orang mcm ni.. Rasanya kalau orang lain, dah lama kena lenyek dengan lori..

Macam ginilah Faruk.. rasanya aku memang nak tolong kau lah...cuma kita kena cari nombor telefon baru dia..huhu.. aku pun tak tahu mana dia pergi skrg sbb rasanya dah malas nak ambil tahu.. tapi bila hang call aku smlm, aku tetiba teringat hutang aku yang dia tak bayar2 tu..banyak okeh.. boleh byr deposit kereta lagi kauuu...!!! Hutang runcit konsepnya..... bila fikir2, aku bukan nak kenakan kawan sendiri.. tapi aku nak dia jadikan iktibar..jangan simply tabur janji pada orang.. Aku nak sue dia pun, bukti2 semua dah lesap.. semua bukti ada kat hanset rosak yang dah aku campak entah ke mana.. Aku tahu kawan aku ni mmg jenis yang suka tolong orang..tapi akhirnya, dia yang kena tipu balik.. Actually, dia kena ingat..itu mungkin doa2 orang yang pernah dia tindas.. Sebab itulah apa yang dia cuba buat, sukar untuk berjaya melainkan dia minta maaf dengan orang yang pernah dia tipu.. Dan kita ni pula, kenalah lebih berhati-hati selepas ni.. Nak tolong orang boleh, tapi berpada2.. sedih.. sob sob..

Oklah..till then..nak tgk berita dah ni.. Wassalam..


Friday, November 4, 2011

Hari Yang Meletihkan...


4/11/2011

Dah nak masuk satu hari setengah aku tak tidor.. huhu. Giler tak.. Ni semuanya gara2 report punya pasal.. naik berderau darah bila data2 yang aku dapat, ada masalah bila aku nak buat vlookup.. Dah ler nak kena present pukul 9.30 pagi.. kul 3.00 pagi aku still tak dapat nak solve walaupun godeh2 seawal jam 9.30 mlm.. Nak tak nak takder cara lain..aku update data secara manual..tapi giler lah kan nak kena update manual satu2 seribu data.. giler lah.. Kul 6.00 pagi aku sms bos aku dan juga orang2 yang boleh bantu cakap aku dah buntu data yang diberi tak boleh nak generate..

Nasiblah setel bila orang asal yang buat report sebelum ni kata nak bantu...Aduhaii... cuak giler kau.. dah lama aku tak rasa secuak ni.. Ni lah dugaan bila main sambung2 jer report orang dengan tak ada proper handover.. Anyway, report siap tepat2 kul 9.30 pagi..then terus bergegas2 ke bilik meeting.. Sampaikan dalam meeting tadi..aku cuma dapat fokus 20 minit pertama..yang selebihnya 'saya bersetuju yang arif'.. Bos pesan suruh catat isi penting..lepas meeting aku tgk catatan aku banyak garisan garisan panjang jer..huhuhu... Balik jer dari meeting, entah lah..otomatik aku bebel cakap "asyik meeting jer..pagi petang asyik meeting jer.. bilanya aku nak buat kerja.."..ahaha..serius..maybe aku kepenatan.. sehari aku at least ada 3 meeting setiap hari dalam minggu ni.. tak larat tetapi nak buat mcm mana.. aku kena datang sebab projek ni baru assign pada aku.. dari aku blurrrrrrrrrrrrrrr giler..skrg ni, boleh lah faham dlm seminggu ni..

Tadi pun lepas balik...belum sempat aku nak rehat (apatah lagi lelapkan mata)..bos kol.. "Nanti u drafkan lah report dalam weekend ni ..Nanti hari Selasa u jumpa I kita diskus sama-sama".. Terkedu aku sebenarnya... Weekend?? Aku nak cuti raya gak..;(. Kesiannya kat aku takde orang nak tolong back up... Apapun, aku kena siapkan hari ni jugak walaupun masih x tido lagik..Nanti takdelah waktu cuti...aku fikir pasal kerja...MESTI ada orang yang marah dan merajuk kat aku nanti.. Memang jenis aku suka kerja.. tapi ada satu tahap, aku perlu seimbangkan..

Apapun, hari ni... tadi ada orang hantar bunga dan bear lagik..huhu..terharu aku atas tanda ingatan yang tidak ternilai.. terima kasih sangat...Rasa diri seperti dihargai dan happy.. hilang muka ketat seminggu dua ni.. Macam2 jugaklah orang tanya saper bagi kan...hehehe...mana leh bagi tahu..tak surprise lah.. habis nanti menggosip tak tentu hala. yang penting, aku tahu dan aku simpan dalam hati... tapi yang sadisnya, ada yang cakap aku beli then hantar pada diri sendiri...huhu..aku tahu dorg gurau jer tuh.. aku nak beli sendiri, jawabnya gaji bulan depan lah...bulan ni bajet larikkk..huhu

"3 kuntum bunga ros, bear kecik + cokelat ferrero roche"

"hadiah terkumpul dari si dia.. terasa muda pulak dapat pooh & bear..ahaha"


Oklah...aku nak cau cen dol dulu..nak kemas rumah yang lama tak berkemas ni..nak buat operasi membersihkan habuk.. huhu

Wassalam...

Wednesday, November 2, 2011

Kereta Rosak..

1.42 pm, 2 Nov 2011

Lama dah tak tulis blog..bz sikit skrg ni..banyak benda baru nak kena belajar..kuat berusaha..berjaya!! ahaha..

Hari ni aku naik kerja naik komuter.. first time lah aku gi kerja naik tren sejak duk Damansara. Ni gara-gara kereta rosak semalam.. entah kenapa kereta tak boleh nak start semalam.. Suspect semalam mmg pasal bateri..tapi lepas dah pakai jumper letak kat bateri pun still tak jalan.. rasanya mcm starter pulak.. Sian kan aku.. dah besar panjang tak alert pasal benda2 mcm ni.. Padahal benda basic jer dan orang selalu ingatkan.. Dah kena baru fikir nak beli itu ini.. Aku sampai skrg panggil abg yang nak repair kereta aku pun dia tak mahu datang sebab hujan katanya.. Terpaksalah aku cari alternatif lain lepas meeting nanti..

Anyway, thanks a lot kepada Safee, Syafiq dan Basyir sebab bantu tolak kereta semalam..nasib lah Syafiq ngan Basyir ada..kalau tak, nak harapkan Safee or aku tolak kereta, makanya kebelakanglah kereta tu langgar aku nak2 masa turun bukit.. Tak dapat nak amik gambar aksi korang menolak kereta sebab bateri hanset dah abes...huhu

Pagi tadi juga ada satu kejadian kat Flora Damansara dan semestinya blok aku ler.. Tangki air blok jatuh dan pecah.... Ingatkan guruh berdentum or runtuhan batu2 kat bukit2 tepi tasik tu.. Rupa2nya tangki air.. Melimpah lah air.. Mcm air terjun air keluar melalui saluran paip kat parit kecil luar rumah.. Aku memula tu cemaslah jugak kan sebab takut runtuh tiba2 atas siling tu..naya jer..dah ler duduk tingkat 26..betul2 tempat tangki tu berada..cuma lokasi setiap tangki jer tak dapat dikenalpasti.. Apapun, alhamdulillah..semua ok..yang penting sekali, aku sempat mandi dan dapat pergi kerja seperti biasa...Yelah, semalam dah ler terus tidor sampai x sempat nak mandi..kang tak mandi, mengambing lah jawabnya..

Oklah..dah nak masuk kerja sudah.. lain masa sambung lagi...

Wassalam..




Related Posts with Thumbnails