Sunday, August 18, 2013

Kawan Bujang Makin Pupus

Bertemu kembali..

Fuh..semalam puas betul ler aku beraya..mana tidaknya, keluar kol 12 tgh hari, balik kol 12.30 mlm... Dari Merlimau, Melaka gi kenduri kawen Farah-Hafiz, then pergi ke rumah Shahidah kat Muar.. mujur kat Muar, kalau kat Kluang ker..memang tak larat lah aku.. Lagipun aku dah janji nak datang...dia pun dah masak punya banyak semata2 untuk aku kan..terharu pulak...konfem kalau aku tak datang, 5 tahun dia tak tegur...:P.

Actually, lately ni aku mcm terasa sangat kehilangan kawan2 yang masih bujang.. hmmm.. ye lah, semua dah berumah tangga kot..dah beranak pinak.. most of my best fren aku dah pun kawen.. sedih sorang2 aku bila beraya jer, aku takder geng nak beraya...dulu siap buat konvoi lagi..isk isk...syahdunya...cepat sangat masa berlalu pergi kan..

Entah lah..kkdg aku dah rasa sampai seru aku ni..bukan sebab tgk orahg kawen, aku nak kawen... tapi dah terasa nak berkeluarga..nak ada anak2 kecil yang comel..cuma masalah sikit aku ni agak memilih.. biasalah, setiap orang mesti kalau boleh mesti ada letak ciri2 yang ingin dijadikan teman hidup.. tak ramai orang faham aku dan juga kerja aku..bagi aku, biar pencarian tu agak lama..tapi bila bersama, takde lah nak selalu gaduh.. aku sememangnya memang tak suka bergaduh dan kurang gemar merajuk2 sakan hanya disebabkan perkara kecil...mungkin aku ni bukan kategori romantik kot.. huhu..anyway, bagi aku persefahaman itu penting...sepenting dia hormat orang tua, jaga peribadi sbg seorang wanita dan mendengar kata... Aku akui, aku bukan seorang yang begitu baik.. cuma aku memerlukan seseorang yang membuatkan aku sedar untuk menjadi lebih baik dan lebih bertanggung jawab bila melangkah ke alam yang baru..

Apapun, aku berserah kepada Allah SWT dengan usaha lah.. Aku terima jodoh ku sekiranya itu yang ditentukan oleh-Nya..

Amin...





Friday, August 16, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum wbt;

Dah 9 bulan rupanya blog ni tak ber update.. dulu bukan main rajin meng update... tak apa lah.. ikut trend agaknya..

Sebenarnya aku lagi suka blog aku ni takder orang baca... aku nak anggap mcm diari skrg ni... mana yang terbaca tu, rezeki dorang lah..haha.. sebab adakalanya tak semua benda kita boleh terluah cerita kat orang kan..hehe..takut penerimaan orang terhadap cerita kita tak sampai seperti yang kita harapkan..dan adakalanya, orang salah faham dengan apa yang kita sampaikan..akhirnya, tak bertegur sapa..

Sekarang ni dah masuk 9 Syawal dan aku masih lagi bercuti.. Gempakkan.. Cuti paling lama yang pernah aku ambil dan sepanjang 7 hari bercuti, aku tak buka laptop dan tgk hal kerja langsung..satu pencapaian yang sihat untuk aku.. maybe sebab mode raya kot..lepas ni rasanya mcm dah takde lagi...kembali normal..:).

Sedar tak sedar, tahun ni usia aku dah 31...actually kalau aku di KL, aku memang tak rasa sangat dengan anjakan umur tersebut.. tapi bila tiba Syawal dan saat berkunjung rumah saudara, aku terasa macam tua pula.. Yelah, sepupu sepapat aku yang dulu kecik lagi dan aku bagi duit raya, skrg dah berumah tangga dan ada anak lagik..perghhhh... adakalanya aku mcm tak leh terima yang dorang ni ada yang dah masuk kolej or universiti.. sbb aku still rasa dorang masih sekolah rendah or menengah.. yang masih bayi, skrg dah besar panjang sampai aku tak kenal..Ini lah dia penangan bila jumpa setahun sekali kan... Mungkin salah aku jugak.. tapi nak buat mcm mana, aku kat KL ni sorang2 jer..mcm agak terpisah..tahu pasal dorg pun sbb Facebook.. ada kebaikan juga Facebook ni..dapat merapatkan silaturrahim aku dengan sedara mara..

Apapun, soalan sentiasa paling epic setiap tahun adalah pasal perkahwinan.. Dalam banyak2 soalan, soalan anak sedara aku berusia 6 tahun buat aku tersentap sikit nak jawab..bukan apa, budak 6 tahun boleh tanya soalan kiasan "Humairah ada dua pak usu... tapi humairah tak pernah ada mak usu..bila humairah nak ada mak usu?". Soalan nya memang standard makcik makcik..of course lah aku terkejut.. yang lain direct jer soalan " Bila nak kawen???".. yang dia punya soalan, sangat tersirat..bijak bijak... Insyaallah, satu hari nanti, akan tiba masanya.. tipulah kalau cakap tak mahu miliki keluarga sendiri walaupun skrg ni terlalu banyak alasan... skrg ni pun orang dah fikir bukan2.. tak apalah..

Oklah...dah pukul 12.30 tgh hari.. nak bersiap gi solat Jumaat.. pastu kalau sempat nak hantar mesin urut kaki Gintell yang baru sehari guna dah rosak...cessss!! hahah..dah ler berattt...then nak gi gym...giler ah dah sebulan setengah aku tinggalkan gym..masa puasa turun 3 kg..skrg baru naik semula 1.5kg.. nak carik lagi 2 kg...





Related Posts with Thumbnails