Sunday, August 18, 2013

Kawan Bujang Makin Pupus

Bertemu kembali..

Fuh..semalam puas betul ler aku beraya..mana tidaknya, keluar kol 12 tgh hari, balik kol 12.30 mlm... Dari Merlimau, Melaka gi kenduri kawen Farah-Hafiz, then pergi ke rumah Shahidah kat Muar.. mujur kat Muar, kalau kat Kluang ker..memang tak larat lah aku.. Lagipun aku dah janji nak datang...dia pun dah masak punya banyak semata2 untuk aku kan..terharu pulak...konfem kalau aku tak datang, 5 tahun dia tak tegur...:P.

Actually, lately ni aku mcm terasa sangat kehilangan kawan2 yang masih bujang.. hmmm.. ye lah, semua dah berumah tangga kot..dah beranak pinak.. most of my best fren aku dah pun kawen.. sedih sorang2 aku bila beraya jer, aku takder geng nak beraya...dulu siap buat konvoi lagi..isk isk...syahdunya...cepat sangat masa berlalu pergi kan..

Entah lah..kkdg aku dah rasa sampai seru aku ni..bukan sebab tgk orahg kawen, aku nak kawen... tapi dah terasa nak berkeluarga..nak ada anak2 kecil yang comel..cuma masalah sikit aku ni agak memilih.. biasalah, setiap orang mesti kalau boleh mesti ada letak ciri2 yang ingin dijadikan teman hidup.. tak ramai orang faham aku dan juga kerja aku..bagi aku, biar pencarian tu agak lama..tapi bila bersama, takde lah nak selalu gaduh.. aku sememangnya memang tak suka bergaduh dan kurang gemar merajuk2 sakan hanya disebabkan perkara kecil...mungkin aku ni bukan kategori romantik kot.. huhu..anyway, bagi aku persefahaman itu penting...sepenting dia hormat orang tua, jaga peribadi sbg seorang wanita dan mendengar kata... Aku akui, aku bukan seorang yang begitu baik.. cuma aku memerlukan seseorang yang membuatkan aku sedar untuk menjadi lebih baik dan lebih bertanggung jawab bila melangkah ke alam yang baru..

Apapun, aku berserah kepada Allah SWT dengan usaha lah.. Aku terima jodoh ku sekiranya itu yang ditentukan oleh-Nya..

Amin...





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails