Monday, January 31, 2011

Kalau jatuh..agak arwah dan hancur muka aku der..


30 Januari 2011

Sekitar 3.15 am..

Tarikh dan waktu ni akan aku ingat sampai bila2 der..ahaha.. giler aku bertarung nyawa buat aksi stunt semata2 nak masuk rumah punya pasal kan.. dengan osmet semua balik kampung..eheh.. tulah, masa keluar rumah konfiden sungguh tak tgk kunci siapa yang dipegang..main ambil je ler..last2, termangu2 aku bila tgk, kunci kereta Ameen yang aku amik..takde kunci rumah pulak tu..huhu..mati kutu jugak ah time tu.. turun naik lif nak dekat 6 kali lah..langsung takde apa2..syiling x bawak..wallet tak bawak...hanset tak bawak... last2 lepas percubaan Mc Gyver guna kad tak jalan..maka aku pun amik keputusan untuk melakukan aksi stunt yang aku kira kalau lah tak berjaya, agak bersepai jugak lah badan dan muka tatkala menyembah bumi...huhu. Apapun, dengan rasa tetiba dapat idea..maka apa yang aku cuba buat adalah dengan cuba memasuki bahagian balkoni dapur seperti gambar di bawah.

balkoni dapur yang gak berselerak..huhu..

Selamatlah aku tak solex..Kalau tak, memang xder harapan aku nak masuk.. Cuma risiko yang perlu aku ambil ialah aku kena buka selak grill balkoni dapur tu.. Kalau tingkat satu, maybe takde masalah..ini tingkat 26! ahaha.. aku ni memang seriau sikit dengan ketinggian..Entah mcm mana aku ada kekuatan walaupun terpaksa 5-6 kali fikir masa nak mengangkang buka selak grill dan masuk melalui balkoni tersebut..Nak tahu tak mcm mana ketinggiannya..tengok gambar di bawah..ehehe.. agak2 kalau sesiapa pun jatuh, cukup penyek muka2 comel kita ini..

perspektif yang sangat menarik..tapi kalau jatuh ni, sure x menarik der!

Aku yakinkan diri dan aku mesti atasi ketakutan terhadap ketinggian aku tuh..Alhamdulillah, walaupun dengan kaki terketar2, dan adakalanya aku rasa mcm nak melayang masa kaki menyangkut kat grill..berjaya jugak lah satu kaki tu mencecah bibir tembok..huhu..cepat-cepat lah kaki sebelah lagi aku masukkan ke bibir tembok juga...fuhhhhhhhhhh...mengucap2 aku derrrr...syukur sangat..kalau lah aku tak tenang dan pandang ke bawah, mungkin aku kecuakan sambil darah terus mencanak ke atas kepala...makanya pitam lah..kalau dah pitam tu, memang sah2 lah aku jatuh.. Alhamdulillah semuanya selamat..

Lepas ni aku kena lebih berhati2..kalau lah kejadian berulang lagi... aku tak tahulah aku akan berbuat lagi mcm tu lagi atau tidak..kalau terpaksa, apa salahnya..oopppsss..ahaha...tak serik! Minta dijauhkan...Aminnnnn.




Saturday, January 29, 2011

Bosan jugak ahh ..


29 Januari 2010

Assalamualaikum,

Boleh tak tajuk aku macam tu?

Boringnya hari ni..orang kat rumah dah takde. Osmet masing dah balik kampung..cuti panjang ok! Orang cina yang nak beraya, korang pulak terlebih cuti..hehe...Si Zach pulak baru jer tadi angkat2 barang pindah ke rumah baru di Shah Alam. Sian Zach..tak dapat aku nak menolong. Tadi dia angkut barang pun aku tak sempat nak tolong...teruk pulak rasa..tetiba teringat, time aku nak pindah dulu..dialah yang selalu tolong aku..tapi time dia, aku tak menyempat pulak.. maaf sangat2..sebenarnya aku sedih...cuma nak tunjuk tak terkeluar.. anyway, semoga seronok di tempat baru ya..ada pool, gym dan sauna lagi ok..huhu. Jimat. Tak yah nak gi Fitness First..Save RM 215 ko..

Tapi semalam, aku memang collapse sungguh sebab aku betul2 keletihan. Pergi gym, tapi pandang besi pun rasa tak kuasa nak mengangkatnya..masuk steam room jap then terus balik.. Dalam 2 hari aku cuma tidur tak sampai 7 jam..memang jam sangat kepala bila kat kelas... Langsung aku tak boleh nak ikut sepanjang hari...aku cuba fokus tapi mmg tak boleh...betul2 lost sebab otak dah tak boleh nak masuk..tepu! Dengan laparnya...dengan keletihannya... rasa rugi sangat semalam ketinggalan.. memang kena buat revision semula kalau ada masa..memang taubat aku nak tidor lewat kalau esoknya ada benda baru nak belajar nak2 yang menggunakan kepala otak ni...kalau otak letih, memang takkan gerak punya!


Lab test yang aku kena buat...yang ni sukses lah..aku suka! (sukses je tunjukkan..hehe)

Actually hari ni aku terasa boring giler boleh tak..sepi menyelubungi diri.. tetiba rasa sedih pun ada..xder mood..mcm ni lah kalau dok sorang2..ader jer benda nak fikir.. aku nak fikir pasal kerja boleh, tapi tak mahu lah sebab skrg waktu cuti...tapi nak tak nak, aku kena fikir jugak lah kan...apapun, pasni aku nak gi TESCO..nak shopping barang2 yang semakin berkurangan kat rumah ni..rumah agak berselerak tapi takder intention aku nak mengemasnya...roh mengemas belum sampai lagik..tengoklah esok ker..atau balik TESCO tu tetiba roh mengemas rumah sampai..

Ok..gtg..wassalam..


Sunday, January 16, 2011

Nostalgianya.. "Sahabat, dulu, kini dan...."

16/01/2011


Tadi aku buka emel bertarikh 7/8/2008 kat gmail..member aku Reza emelkan dan ia bertajuk 'Masih kah kau ingat? ..S Dalam emel tu Reza taip..


" Assalamualaikum md noor and ewa,

Aku dok surf2 internet tadi.. pastu terjumpa plak web pertima kita dolu2..

Thanks for contributing korang punya art work: http://pertima.tripod.com/nukilan.html

Terkenang balik memori2 silam.. huhuhuhu.."

page pautan artwork kami (pertima.tripod.com/nukilan.html)



Then aku klik, tak sangka aku ada contribute satu sajak berkaitan sahabat.. Dan aku tgk disitu juga ada beberapa sumbangan daripada sahabat karib aku..Iwar, Ayoi, Reza dan Rash..Ingat-ingat lupa juga..tapi bila baca balik memang aku buat sajak tuh..dulu aku kemaruk ayat2 sastera..asyik belek kamus jer..sampai bila buat sajak semua nak canggih manggih punya..entah betul ke tak aku tak kira..janji nampak sastera..ahaha.. Apapun, bila baca kembali semua nukilan kat page trsebut..tersenyum sendiri aku..aku rindu zaman remaja waktu sekolah.. banyak cerita dan kenangan yang secara tidak langsung mengubah diriku menjadi seseorang yang lebih positif pemikirannya..kini dah hampir 11 tahun lebih kami semua bawa haluan masing2..Harapan aku, aku doakan korang semua bejaya di dunia dan juga akhirat..Insyaallah.. Rindu giler kat korang semua zaman remaja dulu2..huhu..


Kat bawah ni merupakan sajak hasil nukilan aku..Macam tak caya pun ada bila baca balik...tapi, tak mungkin aku dapat buat mcm ni lagi..yelah, dulu suka ayat2 puitis..skrg otak dah tepu..dah tak rajin nak berbunga2..stret to da point jer..ehehe


Sahabat, dulu, kini dan...


DULU,
DI GALERI KEHIDUPANKU,
BERNADIKAN SANDIWARA,
BERDAYUNGKAN DUSTA DAN NISTA,
SESEKALI TERKANDAS DEK GELAGAT ALAM,
LALU MENGGUGAHKAN KEIMANAN..
DAN BAYANGAN EGO BERBUKAM DI HATI..
DIRAJAI HATI WAHAM..
LANTAS MENJUNAM LALU MELEMASKAN PERTIMBANGAN..

PERNAH..
AKU CUBA BANGKIT..
MENCARI KESEDARAN HAKIKI..
NAMUN,
MAMPUKAH AKU,
MENGHARUNGI LANGKAH SENDIRIAN.
MENGGAPAI SECALIT KEINSAFAN..
YANG MUNGKIN MENGUNDANG BAHANA,
JIKA TITIAN YANG KUHARAPKAN,
RAPUH BUATANNYA...
LANTAS KU TERFIKIR TENTANG SAHABAT,..
TAPI,
MAMPUKAH SAHABAT MEROBAH HIDUKU..
MAMPUKAH MEREKA!

DULU,
KERANA SAHABATLAH..
AKU MENJADI PENGEMIS MAHMUDAH..
KERANA SAHABATLAH..
AKU MENJADI BUTA KEIMANAN..
MANA MUNGKIN KU PERCAYA LAGI..
SANDIWARA SAHABAT YANG KU FIKIR MEMBAWA SINAR..
RUPANYA MENAMBAH ONAR DALAM
REALITI HIDUPKU...

KINI,
SEGALANYA TELAH BERUBAH..
SAHABAT BUKANLAH BEGITU..
SAHABAT ADALAH TEMAN YANG LUHUR..
TEMAN YANG KUDUS..
SEHARMONI PELANGI YANG MEWARNAI ALAM..
BEGITULAH YANG TERJADI PADAKU..
MAAFKAN KU SAHABAT,
MENILAIMU DARIPADA PERSEPSI
DAYUS HALUSINASIKU..
BARULAH KU TAHU KINI,
SAHABATLAH YANG MENCORAK KEGEMBIRAAN..
SAHABATLAH TEMPAT MELUAH RASA..
SAHABATLAH TEMPAT MENYEMAI BENIH,
KASIH DAN SAYANG....
DAN KERANA SAHABAT JUGALAH..
AKU DIBENTUK MENJADI MANUSIA SEJATI,
BUKAN SEKADAR ORANG..

DULU DAN KINI,
AKU MENANAM SATU TEKAD..
BAHAWA,
TAKKAN KUBIARKAN SAHABATKU MERINTIH..
BAGIKU,
BIARKAN SAJA AKU MENANGGUNGNYA..
AKU TIDAK GENTAR,
MALAHAN TIDAK BIMBANG..
JIKA CINTA KU TERKORBAN,
JIKA NYAWA KU TERGADAI,
JIKA JASAD JADI TARUHAN,
PERCAYALAH,
TAKKAN KU BERDENDAM,
AKAN KUKELARAIKAN SEGALA KEBENCIAN..
JIKA ITU ADALAH PILIHAN..

SAHABAT,
TIADA APA YANG LEBIH BERHARGA DARIKU,
MELAINKAN SEGUGUS KEIKHLASAN YANG KU PINTA
IAITU..
SEBUAH KASIH SAYANG..
YANG TAKKAN TERUNGKAP OLEH KATA..
WALAUPUN HADIRNYA,
SECEBIS CUMA.........

SAHABATKU..
AKU MENGHARAPKAN,
IKATAN UKHWAH YANG TERBINA UTUH INI,
BERPANJANGAN HENDAKNYA..
SELAGI JASAD MENAGIH USIA,
SELAGI DIRI MASIH BERHARGA,
SELAGI AKU MASIH BERDAYA..
TAKKAN MUNGKIN AKU AKN MELUPAKANMU..
WALAU SESAAT CUMA..
DAN,
JANGANLAH SESEKALI DIKHIANATI..
SIMPULAN KUDUS YANG KU BINA,
KERANA AKU TIDAK SANGGUP LAGI..
MENERIMA REALITI KEHANCURAN HIDUPKU..
UNTUK KEDUA KALI...
KUHARAP,
BIARLAH KITA BERSAMA..
DULU,KINI DAN......
AH!BELUM PASTI LAGI..
MUNGKINKAH SESUATU TERJADI?
KITA TAKKAN FAHAM.....

SEGALANYA BERMULA DI BUMI SAINS,....


YANG MENUKIL MEMORI,
MOHAMAD NOOR BIN HAMDAN..
EX-5 M 4 99...

Wednesday, January 12, 2011

Minggu Tak Sihat

12/1/2011

Lama dah tak tulis blog. tak sempat lah.. dulu ingat 1.1.11 berhajat nak tulis. tapi akhirnya berbual-bual.

Sebenarnya aku dah 8 hari tak sihat.. Start hari pertama aku kerja di tahun baru iaitu 3/1/11. Memula tu demam, pastu tonsil..then batuk basah yang ada kahak tu..pastu selsema sikit2..dah ok batuk berkahak, sambung batuk yang kering pulak...sampai lah skrg,..kerana batuk, aku tak boleh bercakap selama 3 hari..hari keempat barulah ok sikit tapi masih parau...skrg ni, tapi much better lah..boleh lah kalau nak nyanyi lagu yang mcm Saleem Iklim tuh..semalam pun muntah-muntah pukul 3 pagi.. banyak tuhhh...sampai tersumbat sinki.. tak cukup ngan sinki, aku mengadap mangkuk tandas ..melampau muntah aku semalam...habis keluar semua makanan2 Pappa Rich aku malam tuh..penamat muntah aku tu keluar darah..rasanya luka kerongkong hasil batuk aku..

Bangun jer pagi,..oh God..mata aku start bengkak2..memang buruk lah aku tgk..hehe..sebijik masa aku kena di Safira, Penang dulu..alhamdulillah, dah surut pun skrg..cuma masa kat kerja tadi, ada yang kata aku bertumbuk...aku ingat time tu dah hilang..rupanya masih ada lagi...kalau tahu, pakai cermin mata hitam..

Apapun, sakit yang aku lalui ni aku terima dengan redha..alhamdulillah..sekurang-kurangnya boleh jadi penghapus dosa-dosa kecil..cuma kesian lah housemate aku yang asik terganggu dengan batuk-batuk aku ni..aku kalau batuk sekuat hati aku..kalau tak, kerongkong gatal giler rasa lah...sampai skrg tak baik2 lagi...setiap hari tidur lewat..kadangkala tak boleh nak tidor..tu yang baru drive sikit, boleh plak aku berhenti kejap tidor 10 minit..berdengkur lagi tau..hehhe

Oklah..nak tido dah...baru seminit tadi aku muntah secara tak sengaja selepas batuk yang tak ingattttt... Sambung esoklah..wssalam


Related Posts with Thumbnails