16/01/2011
Tadi aku buka emel bertarikh 7/8/2008 kat gmail..member aku Reza emelkan dan ia bertajuk 'Masih kah kau ingat? ..S Dalam emel tu Reza taip..
" Assalamualaikum md noor and ewa,
Aku dok surf2 internet tadi.. pastu terjumpa plak web pertima kita dolu2..
Terkenang balik memori2 silam.. huhuhuhu.."
page pautan artwork kami (pertima.tripod.com/nukilan.html)
Then aku klik, tak sangka aku ada contribute satu sajak berkaitan sahabat.. Dan aku tgk disitu juga ada beberapa sumbangan daripada sahabat karib aku..Iwar, Ayoi, Reza dan Rash..Ingat-ingat lupa juga..tapi bila baca balik memang aku buat sajak tuh..dulu aku kemaruk ayat2 sastera..asyik belek kamus jer..sampai bila buat sajak semua nak canggih manggih punya..entah betul ke tak aku tak kira..janji nampak sastera..ahaha.. Apapun, bila baca kembali semua nukilan kat page trsebut..tersenyum sendiri aku..aku rindu zaman remaja waktu sekolah.. banyak cerita dan kenangan yang secara tidak langsung mengubah diriku menjadi seseorang yang lebih positif pemikirannya..kini dah hampir 11 tahun lebih kami semua bawa haluan masing2..Harapan aku, aku doakan korang semua bejaya di dunia dan juga akhirat..Insyaallah.. Rindu giler kat korang semua zaman remaja dulu2..huhu..
Kat bawah ni merupakan sajak hasil nukilan aku..Macam tak caya pun ada bila baca balik...tapi, tak mungkin aku dapat buat mcm ni lagi..yelah, dulu suka ayat2 puitis..skrg otak dah tepu..dah tak rajin nak berbunga2..stret to da point jer..ehehe
Sahabat, dulu, kini dan...
DULU,
DI GALERI KEHIDUPANKU,
BERNADIKAN SANDIWARA,
BERDAYUNGKAN DUSTA DAN NISTA,
SESEKALI TERKANDAS DEK GELAGAT ALAM,
LALU MENGGUGAHKAN KEIMANAN..
DAN BAYANGAN EGO BERBUKAM DI HATI..
DIRAJAI HATI WAHAM..
LANTAS MENJUNAM LALU MELEMASKAN PERTIMBANGAN..
PERNAH..
AKU CUBA BANGKIT..
MENCARI KESEDARAN HAKIKI..
NAMUN,
MAMPUKAH AKU,
MENGHARUNGI LANGKAH SENDIRIAN.
MENGGAPAI SECALIT KEINSAFAN..
YANG MUNGKIN MENGUNDANG BAHANA,
JIKA TITIAN YANG KUHARAPKAN,
RAPUH BUATANNYA...
LANTAS KU TERFIKIR TENTANG SAHABAT,..
TAPI,
MAMPUKAH SAHABAT MEROBAH HIDUKU..
MAMPUKAH MEREKA!
DULU,
KERANA SAHABATLAH..
AKU MENJADI PENGEMIS MAHMUDAH..
KERANA SAHABATLAH..
AKU MENJADI BUTA KEIMANAN..
MANA MUNGKIN KU PERCAYA LAGI..
SANDIWARA SAHABAT YANG KU FIKIR MEMBAWA SINAR..
RUPANYA MENAMBAH ONAR DALAM
REALITI HIDUPKU...
KINI,
SEGALANYA TELAH BERUBAH..
SAHABAT BUKANLAH BEGITU..
SAHABAT ADALAH TEMAN YANG LUHUR..
TEMAN YANG KUDUS..
SEHARMONI PELANGI YANG MEWARNAI ALAM..
BEGITULAH YANG TERJADI PADAKU..
MAAFKAN KU SAHABAT,
MENILAIMU DARIPADA PERSEPSI
DAYUS HALUSINASIKU..
BARULAH KU TAHU KINI,
SAHABATLAH YANG MENCORAK KEGEMBIRAAN..
SAHABATLAH TEMPAT MELUAH RASA..
SAHABATLAH TEMPAT MENYEMAI BENIH,
KASIH DAN SAYANG....
DAN KERANA SAHABAT JUGALAH..
AKU DIBENTUK MENJADI MANUSIA SEJATI,
BUKAN SEKADAR ORANG..
DULU DAN KINI,
AKU MENANAM SATU TEKAD..
BAHAWA,
TAKKAN KUBIARKAN SAHABATKU MERINTIH..
BAGIKU,
BIARKAN SAJA AKU MENANGGUNGNYA..
AKU TIDAK GENTAR,
MALAHAN TIDAK BIMBANG..
JIKA CINTA KU TERKORBAN,
JIKA NYAWA KU TERGADAI,
JIKA JASAD JADI TARUHAN,
PERCAYALAH,
TAKKAN KU BERDENDAM,
AKAN KUKELARAIKAN SEGALA KEBENCIAN..
JIKA ITU ADALAH PILIHAN..
SAHABAT,
TIADA APA YANG LEBIH BERHARGA DARIKU,
MELAINKAN SEGUGUS KEIKHLASAN YANG KU PINTA
IAITU..
SEBUAH KASIH SAYANG..
YANG TAKKAN TERUNGKAP OLEH KATA..
WALAUPUN HADIRNYA,
SECEBIS CUMA.........
SAHABATKU..
AKU MENGHARAPKAN,
IKATAN UKHWAH YANG TERBINA UTUH INI,
BERPANJANGAN HENDAKNYA..
SELAGI JASAD MENAGIH USIA,
SELAGI DIRI MASIH BERHARGA,
SELAGI AKU MASIH BERDAYA..
TAKKAN MUNGKIN AKU AKN MELUPAKANMU..
WALAU SESAAT CUMA..
DAN,
JANGANLAH SESEKALI DIKHIANATI..
SIMPULAN KUDUS YANG KU BINA,
KERANA AKU TIDAK SANGGUP LAGI..
MENERIMA REALITI KEHANCURAN HIDUPKU..
UNTUK KEDUA KALI...
KUHARAP,
BIARLAH KITA BERSAMA..
DULU,KINI DAN......
AH!BELUM PASTI LAGI..
MUNGKINKAH SESUATU TERJADI?
KITA TAKKAN FAHAM.....
SEGALANYA BERMULA DI BUMI SAINS,....
YANG MENUKIL MEMORI,
MOHAMAD NOOR BIN HAMDAN..
EX-5 M 4 99...
No comments:
Post a Comment