Thursday, August 5, 2010

7 Perkara Tentang...

Sebenarnya, idea 7 perkara ni datangnya daripada blog kawan aku. Thanks a lot!). Mungkin, penting juga aku beritahu sesuatu mengenai diri aku.Sebab apa ya..mungkin sebab takut berlaku salah faham sekiranya sesuatu yang aku anggap sebagai biasa, tapi disalah ertikan maksudnya (selalunya raut wajah aku lah yang kekadang nampak mcm serius...tapi padahal tgh sibuk berangan).. Insyaallah aku akan jawab secara spontan. Sebab sekiranya ambil masa yang lama, bimbang tak jujur pula. Oklah..jeng jeng jeng..

7 Perkara/Benda yang ku bimbangkan

1) Kehilangan ahli keluarga atau kawan baik secara mengejut
2) Berjalan keseorangan di lorong gelap (kalau ader pistol atau pisau..insyaallah boleh)
3) Kawan baik tikam dari belakang (buat fitnah)
4) Orang yang ku anggap kawan, rupanya anggap aku sbg musuh ..
5) Berada di tempat yang sangat tinggi
6) Berada di kawasan perkuburan pukul 1 pagi ke atas seorang diri..
7) Orang hilang kepercayaan pada aku..

7 Perkara/Benda yang ku sukai

1) Kesemua kucing aku tak kiralah yang masih hidup atau yang telah mendiang
2) Rumah yang cantik
3) Tenis, Badminton dan Squash
4) Menyanyi sorang diri sambil feeling2 dalam kepala buat satu karya agung..ahaha..poyo.. tapi sedih..suara dah tak sedap lagi (nyanyi slow2 je lah lepas gian)
5) Suka berbual dengan orang yang baru kenal dan tak menyombong
6) Sesuatu yang boleh buat aku tenang (tgk muka org cool, benda2 cute, permandangan..etc)
7) Sesuatu yang happening dan lawak


7 Perkara/Benda yang ku kurang gemari

1) Rokok dan asap rokok..org yg merokok aku no hal..eheh
2) Pengotor.
3) Orang kejut masa aku masa di pertengahan mimpi. Argghhhh...habis karya agung dalam mimpi tu (kalau mak aku kejut time ni..aku siap boleh cakap, “Tinggal sikit lagi nak abes..kejap je lagi”)
4) Orang Melayu yang suka mencarut-carut.
5) Perempuan cantik@perasan cantik dengan perangainya yang kurang cantik
6) Aku dimarahi dan diumpat di atas sesuatu yang aku tak lakukan.
7) Orang yang emo tak tentu pasal dan suka salahkan org lain tanpa sedikit pun terfikir kesalahan diri sendiri.


7 Perkara/Benda penting dalam bilik tidurku

1) Kipas..takder kipas tak leh tidor maa..
2) Tilam empuk untuk tidur nyenyak dan mendamaikan. I like.
3) Komputer
4) Pewangi bilik (Ambi Pur)
5) Of course ler barang-barang peribadi
6) Cenderahati atau hadiah-hadiah dari kawan
7) Kabinet pakaian


7 fakta tentang diriku

1) Seorang yang sensitif dan sentimental dengan keadaan sekeliling
2) Seorang yang sangat lah punya belas kasihan yang tinggi yang tak kena tempatnya. Sometimes leh jadi kelebihan dan boleh juga jadi kelemahan.
3) Suka buat puding..rugi tak rasa tau ..ehehe.. kalau boring.. mesti buat puding (kalau bahannya ade ler)
4) Suka kepada nombor 7 dan 4..tak tahu kenapa..mungkin ader STYLE (gaya Kak Gee). Waklu nya..ahaha
5) Ada tanda lahir seperti ‘tahi bintang’ di kaki..besar gak..
6) Anak jati Johor, Malaysia
7) Kalau bercakap, siap dengan tangan sekali bergerak. Kalau tak agak tergagap-gagap. (tak suka lah..tak nampak cool :P)

7 Perkara yang boleh ku lakukan

1) Menjadi pengasuh budak yang garang..
2) Melayan kucing bercakap..alalah. comelnya
3) Menjadi pendengar yang baik (masalah mu, masalah ku jua..ahaha)
4) Meniru skill pemain badminton (Cuma kalau dah terdesak..habis berterabur)
5) Menghafal profil pemain2 badminton, squash dan tenis (Lelaki & Wanitai)
6) Kerap ‘mengARANGkan’ masakan, kecuali puding..:P
7) Dapat mengingati kenangan silam sampai skrg (bermula kenangan umur 3 tahun )


7 Perkara yang tidak boleh aku lakukan

1) Baca novel-novel tebal walaupun seratus kali berazam..nak habiskan seratus m/s pun aku nak tertidur..
2) Menyanyi di khalayak ramai (memalukan diri sendiri jer..hik hik)
3) Menari..(walaupun aku minat Zapin..tapi aku tak pandai menari pun)
4) Terasa feeling habis sampai menangis menonton filem arahan Razak Mohaideen
5) Memuji filem Cinta Fotokopi dan Potret Mistik..Mistiknya dia..
6) Jadi juruterbang..sebab aku sendiri cuak pada ketinggian..
7) Berpura-pura menjadi orang lain

7 Perkataan yang sering aku ucapkan

1) Ya Allah..hai..
2) Best giler!
3) Hampeh
4) Entah ek..aku pun tak pasti..
5) Waklu..(membalas jawapan yang terasa poyo bila didengar)
6) Insyaallah..
7) Kureng tul..

7 Filem kegemaran

1) The Shawshank Redemption
2) Tae Guk Gi (Aku rasa sebak tgk citer nih..nak2 bila part akhir sekali..uhuhuu)
3) Beautiful Mind
4) LOTR Trilogies
5) Hachiko
6) Slumdog Millionaires
7) Pursuit The Happyness

Orait, ada masa aku tambah lagi...ni nak kene kuar pas maghrib menuju ke restoren Tupai-Tupai sempena nak menyambut besday besfren aku, Badrisham..besday 25 hb hari tu..baru berkesempatan nak kuar sama2 ngan kawan2 lain sambut..orait..till then, wassalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails