Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;
Bertemu kembali. aku tengah kesejukan ni..huhu. Dah ler sejuk, tiba2 mata jadi kabur pulak. Antara kabur nak tido ataupun kabur memang masalah mata..:P. Apa aku nak citer ya. Jap, nak recall apa yang aku buat dari semalam...orait...ready dah..
Sebelum tu kan..pagi tadi dengan tidak sengaja dan rasa bersalahnya..aku telah TERRRRRRR minum air seteguk dua dengan selambanya di bulan Ramadhan ni...gulp! Nasib seteguk dua dan bukan satu jag..ahaha.. Adoiii, dah hari ketiga pun masih lupa2 lagik. Tapi tak sengaja tauu..aku dah terbiasa pagi2 masuk opis capai bekas air dan terus minum..tapi ok lagilah dari masa dulu aku pernah termakan sampai kenyang masa puasa ..dah kenyang baru teringat aku ni puasa...hik hik
Semalam aku pergi NOC Cyberjaya, bawa orang BTP untuk lawatan ke pusat operasi rangkaian company aku. Aku jemput 4, tapi last2 yang pergi 2.. Nasib lah wakil The Boston Consultant Group (BCG) tu datang.. Kalau tak, sedih giler ahh..gara2 internal meeting yang melarat sampai kul 1 ptg. Bajetnya habis pukul 11.30 am. Berbual..:D. takpelah, yang penting semuanya ok..cuma si Tarmizi ni sakit kaki lah pulak..harus nak aku papah..sebelum sempat aku papah, aku dah terpeleot kene hempap..ahaha..kutuk ni..kutuk..gurau jerrr..
Pastu balik dari opis, after solat Asar..aku pun sajer2 jer ingat nak rehat kejap..Rehat lah sangat..aku tertidor sedar2 dah pukul 7.00 ptg. Amek kau sebijik. Aku kuar bilik tgk si Ameen baru balik bawak makanan. Aku pulak ala2 meracau dan mengigau merengek nak makan apa..nak makan apa..sedangkan masih ada setengah jap lagik nak berbuka..huhu (sebab tu lah jangan tidor lepas asar..nanti jd tak betul). Then, cepat2 aku turun bawah..singgah kat restoren Sawaddee beli nasi goreng sardin+ telur mata. Tak cukup dengan itu, aku telah beli Char Kuey Teow sbb tetiba teringin nak makan..pastu nampak restoren sebelah ada jual kueh, aku beli lah.. Tanyaler seringgit dapat berapa? Jawabnya.."Sebiji 50 sen, 2 biji seringgit"..Amboi..meriah! mahalnya! Dek kerana kepingin nak makan sebab kueh peberet..maka belilah aku 3 bijik..Tapi lepas buka bila rasa..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... mcm batu! Tepung tak masakkkk..akak ni tak man man lah jual kueh camni kat aku..emmm..pasni akak kena buat kueh sendiri... nak jual kueh org pastikan betul ye kak..bahaya sangat..org mungkin tak dtg lepas ni..
So hari ni aku bercadang berbuka mcm biasa jer..tapi tgk lah osmet aku mcm mana..Zach katanya dah start ada event masa berbuka puasa tempat kerja dia. Si Aisar pulak boleh lah ajak kuar sebab masa tu dia boleh sound aku "apa barang beli makanan kat Flora..KL punya besar, kat situ jugak yang kau nak pergi..". Aku ingat dengan jelas ayat "apa barang" tuh.. Last2, amek kau... dia terpaksa beli makanan kat Flora sbb tempat yang dia nak pergi tu penuh dan sesak..dan paling best sekali, kat Sawaddee yang dia dah kata tak boleh nak masuk lagi..ahaha..tulahh..eksyen lagi kau..
Oklah..sampai di sini sahaja..ada masa kita sambung lagik..wsalam..
"nasi goreng sarding dan telur mata...kempunan tak dapat nak buat sandwich sardin punya pasal"
No comments:
Post a Comment