Sebenarnya aku tak berniat nak menulis pada hari ni..tapi tadi ada perkara yang aku rasa patut aku catatkan dalam blog supaya aku ingat sampai bila-bila. Alhamdulillah, tadi mak ngan abah call aku (15/11/2010 9:21 PM) dari tanah suci Mekah.. sekarang mereka di Arafah. Mak abah telefon sebab minta aku aminkan doa-doa yang aku kirimkan pada mereka untuk dibacakan di sana. Sepanjang doa dibacakan, Ya Allah hai..hanya diri sendiri jer yang tahu keterharuannya.. aku yang tulis doa tu, aku yang sebak2 sendiri bila doa dibacakan...dengan suara ayah aku lagi yang syahdu2 tu..bertambahlah sayunya..Mak abah call kesemua anak-anaknya dan membacakan doa2 yang kami telah kirimkan.
Tadi akak aku ada sms kat aku berkenaan dengan WAKTU MUSTAJAB DOA
"Ketika khutbah arafah bermula waktu Mekah 12.05 (kira-kira jam 5.05 petang waktu Malaysia), waktu matahari hampir terbenam di bumi arafah daripada selepas asar hingga waktu maghrib kira-kira jam 8.18 malam sehingga 10.41 mlm (waktu Malaysia) HARI ini. Sesungguhnya doa hamba yang berdoa ketika waktu-waktu ini WALAU DI MANAPUN berada, Insyaallah doanya dimakbulkan Allah SWT"
Mak ngan abah memohon aku mendoakan mereka agar dikurniakan kesihatan dan haji yang mabrur. Insyaallah.. Tahun ni maybe aku tak balik beraya kot. Aku pun berbelah bahagi.. kalau aku rasa macam nak balik sangat, baru aku akan balik..Apapun, aku menanti kepulangan mak abah pada 26 hb November ni. Semoga semuanya berjalan lancar..Insyaallah...
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment