Pertama kali, aku ingin mengucapkan tahniah kepada diri aku sendiri kerana berjaya mewujudkan blog sendiri dengan rasa bangganya..(hooray..jeritan yang penuh sopan). huhu. Sebelum ni sibuk mengajar orang buat blog, tapi sendiri punya blog tadak.. bukan apa, masalahnya dah makin tua, makin rasa penat nak menaip..(oops, kantoi pulak mengaku tua). Namun begitu (ayat surat), aku rasa blog ni ada kepentingannya juga bagi aku memandangkan aku ni semakin cepat lupa mengingat peristiwa-peristiwa yang penting yang perlu aku ingat dan abadikan sebagai kenangan terindah atau sebaliknya sepanjang nafasku masih ada (boleh ayat ala2 mat jiwang hilang kasih sayang...ahaha).
Alkisahnya, aku ni rajin menulis diari...tapi dulu lah..waktu zaman2 lepas SPM..tulis tangan lagi OK!..takdelah main2 menaip mcm ni. Yelah, lepas SPM kan mmg takder kerja nak buat..Cuma yang tak bestnya, aku rasa abang aku baca diari aku tau..geram tul aku..dia selalu mcm tu..surat2 yang org kasik aku pun dia boleh detect kat mana....nasib lah takder benda2 sulit sangat...adoiii..
Apapun, tujuan blog ni adalah nak share sesuatu berhubung dengan kenangan hidup aku dari dulu sampailah skrg ni...Adakalanya dalam blog ni, ada yang pernah aku taipkan untuk diari aku sendiri..so, kalau ada ayat2 yang korang rasa pelik tu...faham2 lah yer...hanya untuk hiburan hati yang menaip mengikut naluri tanpa disedari..:D.actually untuk diri aku gak agar kenangan2 yang aku rasakan sangat bermakna dalam hidup, aku takkan lupa sampai bila-bila. Kalau korang rasa bosan ker apa ker..it's ok sebab blog ni akan banyak menceritakan tentang, kenangan aku serta untuk diri aku ...bukan pasal kenangan orang lain..takkan lah nak busy body pulakkk...huhuhu. Melainkan individu tersebut sangat perlu aku ceritakan sebagai contoh bagi kehidupan yang lebih bermakna di masa akan datang.
Akhir kata..selamat datang dan selamat membaca kalau teringin nak baca...:D. Wassalam.
~Officially created on 20th July 2010~
No comments:
Post a Comment