Tuesday, July 20, 2010

Emoque Santiago Sanchez Lorenzo

Siapa tu!!! Tgk sebelah korang dah tahu kan..:D. Apa dah aku ni..awal2 blog dah tulis pasal kucing pulakkk..Oklah, today aku nak story pasal kucheng aku yang terkini dan telah berusia 6 tahun, Emoque Santiago Sanchez Lorenzo.. itu nama panjang..nama pendek, panggil jer Emoque.

Emoque ni boleh lah aku katakan mewarisi kemachoan kuceng aku yang terdahulu esp. Epit@Brad (Brad Pitt)..dah lah macho..comel pula..Dari segi saiz badan, kemajaan, cara dia panggil aku (ngiau …), faham arahan orang dan yang paling penting sekali, dua-dua suka tunjuk berani..tapi part2 Emoque tunjuk berani ni aku suka tgk..cuma kalau dia gaduh..mesti kalah punya..kuceng lain tak carik gaduh..tapi Emoque yang lebih2 dan carik pasal… sampai senget2 badan kau..aku sekeluarga pun dah naik malas nak tgk kalau dia gaduh…makin kita tengok, makin kuat dia bunyi..yang tak tahan, kucing lain tak sentuh dia langsung..tapi tak semena2 Emoque boleh terpelanting..memang tak logik..over lah ni moque..

Emoque ni..boleh aku kategorikan sebagai kuceng dengar kata ler..mak aku yang yang cakap..emak aku cakap camtu after dia tgk tapak kaki Emoque..Isk..aku sayang dengan Emoque aku ni..kalau dia nak mati ker..biarlah dia tak mati depan mata aku atau kena langgar lari..kalau tak, mesti aku sedih giler.. dah ler kuceng aku yang terdahulu si Mimi Sakuraga (jantan..tapi pondan..penakut sangat!!!) mati sia-sia dek kena langgar kereta..Time tu aku praktikal kat KL..Emak aku cakap, si Mimi tu mati sebab kena kejar kuceng lain..sebab terlalu takut dan tak pernah diajar ilmu toleh kiri kanan, maka dia pun dengan sewenang2nya telah dilanggar…tak pasal2 Mimi ‘mendiang’ pada usia muda…kesian aku tgk..walaupun tak cukup kejantanannya, tapi si Mimi tu antara kucheng yang paling cantik pernah aku bela..cuma hayatnya sahaja tak panjang..

Actually, dalam rumah aku ni kalau tak ada aku..maka tak adalah kuceng..Emak aku tak kasik manjakan kucing sebab bimbang masuk dalam rumah..Yelah, emak jaga anak orang..ramai pulak tuh..kang ada yang kena asma.. penat pulak nak jaga..so, untuk memastikan aku dapat membela kuceng (selalunya kuceng datang).. aku kena train lah..rasanya sebulan dua jer dah boleh faham..pastu bila kuceng itu sudah terlatih..maka, emak aku pun akan menilai OK ke tak..selalunya OK lah..kadang2..emak aku pulak yang lebih2 risau if kucing aku tak balik…Cuma ada satu jer kuceng yang tak menepati piawaian…kucing tu bijak..tapi TERLALU MELEBIH-LEBIH pulak manjanya.. aku pun naik bengang jugak..baru jer datang, tapi lebih sudu dari kuah pulak daripada Emoque..so, tak der pilihan lain..ke pasar lah jawabnyer..part ni lah mak aku paling suker sekali..:P

Hmm..so, rasanya setakat ini je lah citer aku pasal kuceng aku..aku pun dah lapar dan nak makan ni... salam ukhwah buat semua (mesranya aku...)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails