Wednesday, July 21, 2010

Jika Diberikan Peluang..

Assalamualaikum..

Kita bertemu lagi dalam coretan seterusnya..

Actually.. tujuan aku tulis blog kali ini sebab nak share something dgn korang.. kali ni agak sirius blacklah... cerita ni aku dpt dari seorang akak setelah dia dapat tahu aku nak berpindah kerja ke tempat lain (sekitar Oktober 2006) sebagai IT Trainer di Prestariang Technology Sdn Bhd ..aku ditempatkan di SK Panglima Adnan, Port Dickson ketika tu..anyway, at that time, akak tu baru seminggu dua aku kenal kat ofis ni, tapi dia kira baiklah..tak menyombong...dia kata dia akan sedih aku dah tak ada lagi..tapi, kalau ada peluang yang baik datang..jangan sesekali kita sia-siakannya..and then, dia pun bercerita kat aku satu kisah yang aku kira sangat berguna untuk dikongsi bersama..tak tahulah ia kisah benar atau tidak (aku tak tanya), tapi baca je lah ok sebagai iktibar bersama..

Kisahnya begini....

" Satu hari di sebuah kampung...terjadinya hujan lebat yang tiada hentinya selama beberapa hari. Disebabkan itu, maka berlakulah banjir di kawasan kampung tersebut. Maka, setiap penduduk di kampung tersebut pun berkemas-kemas dan menunggu bot penyelamat untuk membawa mereka di kawasan yang lebih selamat.

Di kampung itu juga..terdapat seorang orang tua yang sangat alim .Sembahyang tak pernah tinggal. Kiranya warak habislah. Maka datanglah pasukan penyelamat bersama bot untuk membawa orang alim tersebut pergi dari rumahnya yang semakin dinaiki air. Tetapi orang tua alim itu menolak kerana katanya..

" Kamu pergilah.. aku sudah berdoa dan aku yakin, Allah datang untuk menyelamatkanku..."

Maka, berlalulah bot tersebut apabila orang tua alim tersebut berdegil dengan pendiriannya. Hujan semakin lebat. Selepas beberapa jam kemudian, paras air semakin naik dan memasuki kawasan rumah dan ini memaksa orangbtua alim tersebut naik ke atap rumah untuk menyelamatkan diri. Beberapa ketika kemudian, datanglah helikopter yang ditugaskan untuk menyelamat saki baki penduduk yang masih ada di situ. Maka datanglah helikopter tersebut menjemput orang alim tersebut, tetapi orang alim tersebut memperkatakan perkara yang sama kepada penyelamat tersebut..

" Kamu pergilah.. aku sudah berdoa dan aku yakin, Allah datang untuk menyelamatkanku..."

Maka berlalulah helikopter tersebut meninggalkan orang alim tersebut yang tetap berdegil dengan pendiriannya.

Hujan masih belum berhenti dan air pula semakin naik mencecah ke bumbung rumah orang alim tersebut. Ketika itu hanya tinggal orang alim seorang sahaja yang berada di situ. Tidak ada sesiapa lagi di situ. Tidak ada lagi pasukan penyelamat dan penduduk yang boleh membantu. Ketika itu, orang alim tersebut semakin cemas dan ini mendatangkan kemarahan kepadanya kerana setelah dia menghambakan diri kepada Allah dan setelah puas dia berdoa, tetapi baginya Allah masih tidak datangkan malaikat yang boleh menerbangkannya jauh dari situ. Maka, orang alim tersebut berhenti berdoa dan mula menyalahkan Tuhan.

Air bah masih tidak berhenti surut. Hujan pula masih belum berhenti. Orang alim tersebut tidak tahu ke mana arah tujuan untuk menyelamatkan diri selain duduk di atas bumbung rumahnya itu. Akhirnya, kerana terlalu kesejukan, orang alim tersebut meninggal dunia di situ. Dan yang paling mendukacitakan, beliau telah mati dalam keadaan kekufuran. "

Moral of the story :

Dalam kisah di atas, sebenarnya Allah telah menciptakan 2 peluang untuk orang alim tersebut iaitu kehadiran bot dan helikopter penyelamat tersebut. Malangnya, tidak terlintas di fikiran orang alim tersebut bahawa itulah bentuk pertolongan dari Allah SWT kepadanya. Beliau menganggap Allah akan menyediakan satu bentuk pertolongan yang lebih istimewa untuk dirinya berdasarkan amal ibadahnya sepanjang hidupnya.

So di sini, aku berpesan pada rakan-rakan mahupun diri aku juga.. Sekiranya kita memperolehi sesuatu peluang yang baik, rebutlah peluang tersebut sebaik yang mungkin. Jangan kita persia-siakan kerana kemungkinan peluang yang kita perolehi ketika itu takkan datang lagi pada masa akan datang. Tolong lah rebut OK!.

Buat masa ini, kita mungkin tak dapat lihat untuk jangka masa yang pendek, tapi untuk jangka masa yang panjang... mungkin dalam peluang tersebut terkandung beberapa hikmah yang kita tidak dapat jangkakan. Pasti akan ada! Dugaan di atas segala kesusahan yang kita lalui sebenarnya adalah ujian agar kita dapat merasai apa yang dilalui oleh jutaan insan yang kita tidak pernah terlintas untuk berfikir ketika kita sedang bersenang lenang..Apapun, Allah Maha Mengetahui segala yang telah direncanakan untuk kita..

wassalam.. semoga kita bertemu lagi. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails