Saturday, July 24, 2010

Gym & Squash

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bersua kembali..Aku baru jer balik dari The Curve, Mutiara Damansara dengan 2 tujuan. Pertama untuk gi gym..kedua, nak tgk final squash yang membabitkan 2 pemain negara, Dato' Nicol David dan Mohd Azlan Iskandar. Untuk tujuan yang pertama tu, memang tak kesampaian apabila aku lupa nak bawa seluar sukan.... arghhhhhhhhhhhh...geram geram...sungguh2 aku jalan penuh dengan hati yang membara2 menuju ke sana selepas 2 hari tak ke gym...bila sampai, boleh pulak seluar tak bawak..pressure! Tak apalah, padan lah dengan muka aku tak check dulu. Tapi kira oklah, dapat sauna kan badan ni..terkejut gak ah untuk kali pertama mata aku tak merah menyala macam naga bila kuar dr steam room dan sauna tu..huhu... Kalau tak, lepas kuar dr dua bilik tu, mahu aku tersipu2 tunduk bawah sebab segan nak tunjuk mata naga tu..ahaha..

Dato' Nicol David & Azlan Iskandar bersama trofi kemenangan

Btw, aku gembira jugak lah hari ni sebab for the first time, aku dapat menyaksikan aksi Dato' Nicol David dan pemain2 wanita kelas dunia beraksi secara LIVE di Terbuka Malaysia anjuran CIMB!! free pulak tuuu..huhu.Apa taknya, dia buat kat shopping complex...Untuk pengetahuan, kejohanan ini adalah bertaraf 5 bintang berdasarkan jumlah penyertaan dan hadiah tunai yang ditawarkan. No wonder lah 9 daripada 10 pemain terbaik dunia menyertai kejohanan ini. Yang tak compete pun cuma Natalie Grinham, pemain no 4 dunia disebabkan oleh kecederaan (baru lepas pembedahan x silap aku).


Pada perlawanan akhir bahagian lelaki menemukan pemain no 1 Malaysia, Mohd Azlan Iskandar (pilihan ke 4, ranking 18 dunia (July 2010)) dan pemain Mesir, Tarek Momen (pilihan ke 7, ranking 22 dunia (July 2010)). Azlan menguasai hampir keseluruhan permainan apabila memenangi perlawanan dengan straight set 11-5, 11-6, 11-8. Tahniah Azlan!! cuma yang sadisnya tadi bila ketua sorak Malaysia lahh..boleh pulak dia laungkan nama "Iskandar!! Iskandarr!!!"...uwaaaaaaaaaaaaaa..Iskandar tu nama BAPAK dia lerrrr...nasib lah lepas beberapa ketika dia betulkan semula..."Azlan!! Azlann!!!"...aduii...sodehhhh..

Dalam saingan bahagian wanita pula menemukan pemain no 1 dan 2 dunia iaitu Dato' Nicol David dan Jenny Duncalf..mungkin ramai yang tak tahu (rasanya mmg tak tahu punnn), Jenny Duncalf adalah satu2nya pemain yang berjaya memecahkan penguasaan Dato' Nicol dengan menewaskan beliau dalam dua kejohanan berturut-turut pada tahun lepas. Tapi selepas tu dalam 2 kejohanan terakhir, Dato' Nicol menang 2 perlawanan dalam straight sets. So, dalam kejohanan ini memang dijangkakan sengit sebab Jenny Duncalf in top form. Dan seperti yang telah kuduga..memang sengit pun sebab perlawanan berlangsung dalam 5 set beb..nak terkencing aku...ahahaha.. Akhirnya di set kelima tu, memang nampak Jenny agak keletihan dan Dato' Nicol untuk kali keberapa entah (kelima rasanya) berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan mata 11-6, 6-11, 11-7, 10-12 dan 11-5. Lega rasanya..ehehe. Tahniah Dato' Nicol..Malaysia Bolehhh!!

Apapun..aku rasa happy ler sebab dapat tgk dengan mata sendiri pemain2 nya..cun ler si Jenny Duncalf & Alison Waters.. ehehe..i like..si Azlan pulak, memang betul2 muka mat salleh ler mamat tu..ahaha..

Oklah, sampai sini sahaja...nanti sambung semula...perut lapar sebenarnya..otak ni tak leh nak fikir sangat..huhu..


2 comments:

  1. wah..nape tak bergambar ngan ann david tu....?

    kagum..kagum..

    ko dapat jumpe dia secara live..


    Saya yang baek hati,
    ✿LyndaWawa✿
    =)

    ReplyDelete
  2. Wawa.. Aku x layak lah.. Ahaha. Segan sket lgpun jauh..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails