Thursday, September 2, 2010

Coretan 2/9/2010 - Menjelang Syawal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Dah berhari2 tak tulis kat dalam blog ni. Sedikit bz lah dengan kerja. Skrg ni tengah rehat satu jam. Boleh lah aku tulis jap.. First time setelah 22 hari berpuasa aku baru dengar lagu raya. Skrg ni tgh dengar lagu Airmata Syawal dari Siti Nurhaliza.. melelehhh.. uwaaaaaaaaaaaaa....!! baju raya tak siap lagi ni.. baru teringat..pasni harus aku call Kak Lina tanya baju raya... kalau tak, tak dapat ler nak berbaju baru...huhu. Guna baju 2 tahun lepas lah nampaknya.. Orang tak perasan sgt..:P. Satu lagi pasal kuih raya...huhu, aku pun sudah lupa lah yang aku ada order kuih raya...yang aku ingat semprit jer sebab memang feveret...tiba2 ada pulak 3 lagi kuih yang aku order sebenarnya...aduhai..aku betul2 alpa dan terlupa..3 kuih tu adalah blueberry tart, suji salju didanau rindu ngan batang buruk..nampaknya makan sendiri lah..

"Dato' Siti Nurhaliza - Airmata Syawal"

Skrg ni aku terbayang2 berada di kampung je lah... tapi bukan di Skudai ler, tapi di Batu Pahat.. almaklumlah, setelah 28 tahun di muka bumi ini..inilah kali pertama aku beraya di rumah nenek aku (belah mak) sebelum menjelang hari raya..selalunya petang raya pertama selepas singgah rumah nenek belah abah, baruler balik ke Batu Pahat... Mak abah aku nak ubah angin sebelum mereka pergi haji tahun ni. Lagipun, abang ngan kakak aku pun memang tinggal di Batu Pahat.. kalau tak muat rumah kampung, mmg menumpang di rumah mereka sahaja...Maybe sehingga raya ke-3 aku di Batu Pahat. Then raya keempat balik semula ke Skudai, Johor Bahru. Tapi sedih jugaklah aku...aku nak beraya umah siapa..;(. Geng-geng aku yang boleh diajak berkonvoi ramai dah kawen dan berhijrah.. Tinggallah aku sorang2 jer beraya...adoiii..

Ntah ler, aku rasa tahun ni lah aku rasa mcm tak perasan dah nak raya..tiba2 tinggal lagi 8 hari. Ello..wake up wake up bebeh..Shopping raya pun tak lagi tau..Tgk org shopping jer skrg ni..Sudahlah claim tak dapat2 lagik...arghhh!!.. Duit gaji baru dapat, dah bayar itu ini...dah kontot maa..uwaaaaaa...berjimat cermat giler tahun ni aku beraya..ahaha..bagus sangat.. Skrg ni pun dah tanamkan lepas raya nak masak jer kat rumah...apapun yang dimasak, telan je lah... yang penting leh berjimat cermat..aminnnn..semoga aku tak 'berbual2'..

Apapun, dikesempatan pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini..saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya saya ada melakukan kesilapan secara sedar sedar ataupun tanpa saya sedari yang telah membuatkan hati kalian tersinggung bak dihiris sembilu...Seboleh-bolehnya, aku berharap sangat tak ada orang yang tak puas hati dengan aku...tapi kalau ada yang tak puas hati gak... nak buat camna kan. Sabar je lah. Nak benci2 pun tak elok. Lama-lama hati jadi hitam dan muka pun tak comel dan kiut. Saper yang rugi, anda juga yang rugi.. Hmmm...

Oklah, rasanya sampai sini sahaja kali ini.. Kalau kalian nak buat open house ker...kabar2kanlah yer...teringin nak buat open house, tapi.... ada ker org nak dtg umah bujang kan...ahaha..orait, sampai bertemu...wassalam..

p/s : jangan lupa bayar zakat...ingat ya.. ingatlah orang yang tak bernasib baik diluar sana. Yang tak beribu dan berbapa.




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails