Friday, September 24, 2010

Alhamdulillah..akhirnya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Lama sudah tak tulis blog. Nampak gaya aku dah mula 'berbual-bual' lah. Tak lama lagi, bersawang labah-labah nampaknya. Apapun, aku dapat berita yang menggembirakan 2 hari lepas apabila mak dan abah sudahpun dapat tarikh untuk berangkat ke tanah suci Mekah pada 11/10/2010. ALHAMDULILLAH..Suka dengar suara mak.. sampai demam2..ehehe. Tapi mak kata dia demam sebab kepenatan sangat sebab tak rehat dari awal raya. ..akhirnya hajat mak abah dimakbulkan Allah SWT. Aku tumpang gembira sebab lepas ni aku nak bagi list doa untuk mak dan abah bacakan di sana nanti.

Minggu depan 3/10 akan diadakan sedikit kenduri di Skudai, Johor. Merangkap 'open house' deengan tidak sengajanya ala2 sambil menyelam minum air.. Aku memang kena turunlah. Then pada minggu berikutnya pun nak kena turun lagi sebab nak bawa beg mereka. Nak naik bas memanglah tak boleh sebab beg besar. Abg aku yang sulung pun akan mengiringi juga untuk hantar ke KL. Akak aku insyaallah sama2 mengirngi juga. Mak kata jemaah semua berkumpul di Kelana Jaya sebelum berangkat bersama2 ke KLIA. Duduk lah bertandang dulu kat rumah sewa aku ni..harap2 selesa. Apapun, memang sewajibnya lah aku pasni akan apply cuti sbb memang dalam cuti tahun ni mmg dah diperuntukkan untuk tujuan itu.

Aku berdoa kepada Allah SWT agar perjalanan mak dan abah berjalan lancar, semasa pergi dan juga pulang..dan juga dikurniakan kesihatan yang cukup/baik untuk beribadat.. Insyaallah..

p/s : doakan sekali ya untuk jemaah2 yang lain semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang baik juga...amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails