Saturday, August 28, 2010

PGS..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ermmm... tetiba teringat nostalgia kat Safira, Penang. Aku ni biasalah, selalu tiba-tiba. Ah tak kisahlah. Yang penting kenangan di Safira tu memang susah nak dilupakan oleh kami pioneer PGS ni. Selama sebulan kat Safira, dah mcm adik beradik. Sebelum kat Safira, 4 hari kami di Kampung Tok Senik, Langkawi dan seminggu di Hotel Crystal di Kedah. Total kami bersama2 adalah daripada 27 Nov 2007-12 Januari 2008. Wow! Lamo tu..Kelas dr pagi sampai malam. Waktu petang main futseeeel..malam karaoke..huhu. Semuanya FOC. Tapi apa kebenda lah PGS ni kan..

"Gambar kenangan PGS batch 1 di Kampong Tok Senik, Langkawi..ada yang missing.. Sian"

PGS ni stands for Penyelaras GTL Schools. GTL tu bermaksud GSB TechnoGogy
Learning.. manakala TechnoGogy tu adalah gabungan Technology+Pedagogy. Boleh macam tu?? masa awal2 aku tgk modul kat slide, aku siap betulkan istilah technogogy tu kepada technology sambil berkata di dalam hati "tak tahu eja ker??.. ahaha.. aku ingat
dorg salah eja. Rupanya, aku yang salah maksud.. Kalau nak cerita dari A sampai Z memang tak habis lah, tapi tugas PGS ni pada pengakhiran adalah ingin menjadikan sekolah luar bandar yang kurang penggunaan ICT ni kepada sekolah yang membudayakan ICT. So, pandai ko lah PGS nak buat apa2 program.. asalkan yang relate dengan pembudayaan ICT di sekolah. Gembira jugalah apabila Fasilitator SchoolNet mengambil acuan daripada program GTLS Schools yang diterajui oleh mantan bos kami, Norazlina Md Arsad. Thanks a lot bos. Teringat waktu dapat tahu bos nak berhenti, majoriti rasa nak berhenti sama-sama... hik hik. Berangan. Btw, masa batch 1 ni jumlah PGS hanya ada 25 orang. Tapi skrg dah jadi 50 orang.. Masa awal2 tu, ramai tak tahu kewujudan PGS ni nak2 orang HQ company kami ..kekadang sampai malas nak explain..explain pun dorg angguk2, tapi fahamnya tak..huhu.. Tapi di kalangan sekolah sekitar, PGS dapat liputan meluas gak ah.. takper, asalkan ada kerja


Aku sempat berkhidmat di SK Seri Rejo Sari selama setahun sblm ditempatkan di HQ. Tapi sepanjang setahun tu, aku rasa seronok sangat lah sebab penerimaan dan kerjasama daripada guru2 di sana amat baik sekali. Nak buat program havoc2 tak leh lah sbb pc masih belum diterima. Tapi program tetap berjalan juga walaupun dengan cara ala kadar. Cuma agak sedih time aku nak tinggalkan sekolah, barulah komputer2 untuk makmal sekolah sampai setelah setahun menanti. Tapi aku sempat buat kelas untuk tempoh 2 minggu.. At least, sempat juga aku ajar sebelum meninggalkan sekolah tu.


"Semasa menyinggah ke SKSRS pada 31.05.2010. Bersama Cikgu Yusof & Cikgu Habibah.."


Actually, bukan mudah sebenarnya berada di tempat org dengan membawa nama company. Aku bersyukur sbb ditempatkan di sekolah yang menerima kehadiran aku dengan baik. Tapi ada kawan2 aku pula sebaliknya. Kebanyakan yang sering menghadapi masalah di sekolah adalah PGS perempuan nak2 di kalangan yang satu batch dengan aku. Dari gangguan seksual, fitnah sampai ler dengki mendengki. Yang terbaru aku dengar sampai bagi clue nak membomoh. Mahu tak takut member aku tu. Kesian aku tgk. Gangguan mental dah mcm ni... Aku kenal kawan2 aku... dorang mmg jenis buat kerja dengan hati yang terbuka. Tapi kalau nak buat program tak boleh sebab GB nyer dah kena racun dengan guru yang dengki dgn kawan aku. Dah satu negeri, so mmg makin masyuklah makan racun. Dan paling best cikgu yang dengki tu siap boleh email HR aku tabur fitnah semata2 kerana kawan aku bertegas tak mahu serahkan notebook untuk kegunaan peribadi guru tersebut. Dah notebook tu kita sponsor untuk kegunaan murid, ni dia nak buat atuk bawak ke rumah. Tak boleh lah mcm tu..Dari seorang yang ceria, dia dah jadi tertekan setiap kali bekerja..Yelah, nak masuk makmal komputer pun dah tak boleh..

Ada pula kisah cinta tak berbalas. Sudahnya bila kawan aku tak layan, bermulalah episod baru. Setiap perkara yang kawan aku nak buat, ada sahaja yang salahnya. Kkdg mmg perkara dah terang2 baik, itu pun nak dibangkangnya. Bila cikgu2 kat situ semuanya merujuk kepada kawan aku kalau ada apa2 masalah berkaitan ICT, dia jeles pulak fikir kawan aku nak take over jawatan dia. Tapi bila cikgu mintak tolong, dia banyak alasan.. alahai..camner ni..walaupun selalu dpt tentangan, tapi program yang dia rancang semuanya berjalan dgn baik..Apapun, alhamdulillah kawan aku dah pindah ke sekolah lain.. baru lah aku nampak dia ceria skrg..

Takpelah geng.. aku harap korang tabahlah..sometimes setiap perkara yang kita lakukan tak semestinya lancar aturan perjalanannya... Sekiranya ada liku pada laluan tersebut, anggaplah ia sebagai satu cabaran dan pengalaman berharga yang korang lalui. Bukan senang nak jadi senang. Tapi dengan kesusahan itu lah akan menjadi titik tolak kepada kejayaan kita satu hari nanti..insyaallah..

Wassalam

2 comments:

  1. huhuhuhu mcm2 cabaran jd pgs ni.. ermm betul, gara2 dengki, sahabat kita tu x de smgat nk p skola dia.. aku mcm nk ajak dia duk skola aku je.hehe

    ReplyDelete
  2. aku suka la gmbr 1st tu, kurus ny akuuuu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails