Thursday, August 19, 2010

Coretan 19/8/2010 - Lajunya Kak Nik Bawak!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Arghhh..berserabut meja aku hari ni.. banyak kerja yang nak kena setel sebelum petang tadi sampai nak kencing pun aku boleh lupa..huhu. Apapun, fasa kerja pertama dah siap..ni baru jer nak rehat kejap kat opis. Ibarat menggantikan masa rehat aku kul 1 tadi yang aku langsung tak sedar..tetiba dah kul 2. Yang lain tu, aku buat kat umah je lah....Dah 3 hari rupanya aku tak tulis blog. Nasib tak bulan..ahaha..So, boleh lah aku ingat2 lagi apa yang berlaku 2-3 hari lepas.

Kelmarin (17/08/2010), aku ada jemputan berbuka puasa di Le Meridien. Vendor belanja. Thanks ye Niagara ngan Ariantec. Merasa aku makan tempat2 mewah mcm ni. Terasa macam jakunus jer. Biasalah, aku lidah kampung. Dah ler kampung, jawa pulak tu..hik hik. Apapun makanan memang lah tak hengat. Tengok jer dah rasa mcm nak buncit perut, apatah lagik nak menikmatinya. Aku amek makanan sikit2 jer, lebih kurang 3 pinggan mcm tu..ahaha..Dengar nya satu kepala harganya 130++. Alahai, mahal nyer.. Tapi berbaloi dengan makanan yang disediakan..ala2 kat One World jer. Sambil2 berbuka, sempat jugak Ameen ngan Rizman pekena aku letak 'wasabi' betul2 tersorok bawah udang sushi. Kurang asam. Nasib lah aku boleh telan lagi pastu. Then try lah pekena tiram. Biasalah orang kampung nak cuba makanan ala2 org kaya. Sian aku..aku ingat tiram makan mcm tu jer..rupanya kena letak mayonis, lemon dan sos2 yang berkaitan. Apa lagi, terkeluar semula lah..hik hik..tapi boleh pulak aku telan semula lepas letak mayonis..mengenangkan makanan tu mahal kan..

Pastu keesokannya (18/8/2010), giliran vendor Allied Telesis pula jemput untuk berbuka puasa di KLGCC. Disebabkan dekat ngan umah, aku dengan eksyen kuar rumah nak2 dekat pukul 7.00 ptg. Last2, amek kau..sampai2 lauk dah licin. Orang berbuka makan sedap2..aku berbuka dengan timun, sengkuang dan jambu jer..ahaha..agak malu sampai ingin menutup muka jer rasa..tapi mantain je lah. Btw, tak lama pastu, lauk2 ditambah.. alhamdulillah..dapat jugak aku makan sampai kenyang. Tapi banyak2 makanan kat situ..aku paling berkenan dengan puding roti...perghhhhh...terbelek2 aku tgk puding roti tu..rasa mcm nak buat jer di hujung minggu..ahaha..

Ok, tutup citer pasal makan sebabnya pagi tadi aku makan biskut 3 keping ngan air soya jer..kang terbayang2 pulak..dah ler pagi tadi aku termimpi beli belah kat bazaar ramadhan..siap ada karamel lagik jual berderet2...ahaha..first time aku mimpi membeli belah di kedai makan..:P.

Ohh, hampir terlupa. Semalam aku ada join site visit kat SK Bandar Sungai Buaya kat Rawang. Lawatan tu alhamdulillah ok..cuma yang aku nak cerita adalah semasa perjalanan nak menuju ke sekolah tersebut.. Aku follow pegawai BTP untuk pergi ke sekolah tu. Disebabkan pegawai yang aku akan follow itu adalah seorang wanita, maka aku sempat lah berpesan dengan muka penuh kesinisan..."Kak Nik..nanti kak nik bawalah laju sikit..sebab saya ni jenis bawak laju". Kak Nik cuma tersenyum je lah.. Si Mizi dah gelak2 dan kata "kau tgklah nanti". Sekaliiiiiiiiiiiii....Amek kau..sekali dia bawak, sampai mengucap En Rafidi agaknya tgk aku nak mengejar Kak Nik. Giler kauu...ada jalan tengah sibuk2 kat Jalan Kuching, dia boleh bawak 100km sejam...nak terkencing aku kejar...pastu dengan selamba jer cilok lori2..pergghhhh!! Itu jalan yang agak sibuk. Sekali masuk jalan ala2 hutan, terusssssssssss aku tak nampak mana dia punya kereta..perghhhhh...ganas beb..aku dah minta En rafidi prepare jer GPS kat sebelah..melampauuuu.. dah habis tekan minyak pun tak mampu nak potong..ahaha. Baru tadi aku kene ngolok semula. "Hai Mdnoor..awak ingat saya ni bawak 60km sejam kerrr sebab saya ni perempuan...Awak ingat saya bawak kancil ker.. Saya tak boleh tak bawak pelan2 ni..saya selalu bawak dalam 120km tau kat Jalan Kuching tu.." Belum lagi hiway, katanya cecah 160km..boleh mcm tu??? Malu jer aku sebab dia kata dia asyik terbrek-brek tunggu aku kat belakang... Siap kata aku bawak perlahan sangat... ahaha..kejam sungguh statement tu..tensen! tensen! huhu..

Oklah, dah nak balik dah ni...orang pun dah takder..Sampai sini jer yang sempat aku taip..ada masa aku taip lagi...Wassalam.

"Bersama En Jailani..SAF Negeri Sembilan di Majlis Berbuka Puasa Anjuran Allied Telesis..botak dah dia..ehehe"

"Ameen kepuasan....Bila kala lah nak workout..bebrbual jer..katanya delivery lepas raya..ahaha. Ingat baru 4 bulan..:P. Rizman rambutnya kalah aku.."

1 comment:

  1. gambar last tuh ko ultraman taro .. member ko kat tengah-tengah tuh ultraman Ace .. huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails