Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah & Azam..

Assalamualaikum wbt,

Salam Maal Hijrah.

Lama sudah tak menulis blog ni. Ingat masa mak ngan abah balik hari haji hari tu, nak tulis dan letak gambar terus, tapi tak sempat-sempat.. huhu. Alhamdulillah, at least ada juga lah kamera walaupun dengan menggunakan hanset .. dapat jugak lah diabadikan sebagai kenang-kenangan.

Sempena tahun baru Islam 1423H, banyak perkara yang perlu diazamkan untuk diri sendiri.. tapi kalau nak dikira, azam aku yang lepas pun belum terlaksana lagi..dalam 5 tu, nak kata betul2 capai 5 tu, half2 je ler.. mungkin aku tak cukup bersungguh-sungguh nak capai azam aku tu..tu lah masalahnya..sebab terasa diri dah berada dalam zon selamat, maka duduk lah dalam keadaan yang selamat jer..sebab tu lah tak maju-maju..Apapun, benda dah pun berlalu..nak ungkit banyak2, tak de hasil pun..apa yang penting, kali ni aku betul2 lah buat apa yang aku azamkan..tak perlu banyak..cukuplah 2-3, yang penting fokus.. Apa azamnya?? ehehe..itu rahsia aku dengan Allah SWT...kang tak capai lagi, malu jer..Sometimes sedih dengan diri sendiri..tapi sedih yang positif lah..bukannya meratap mengenang nasib..tak elok lah mcm tu..cuma harapan aku, aku akan cuba lakukan yang terbaik...dan paling penting sekali, aku nak ikhlas dalam segala perkara yang aku lakukan..walaupun sukar, aku cuba...Insyaallah..hoyehhh (tetiba..ahaha)

Oklah, di bawah ni adalah beberapa keping gambar yang sempat di upload. Nak upload banyak2 guna maxis broadband jer..ehehe..Insyaallah, ada kelapangan boleh upload video pulak..:D

"bersama emak.."

"kak nora & abg apes bersama mak abah.."

"aku ngan mak abah serta kak nora di balai ketibaan jemaah haji, KLIA.."

"menjamu kopi sebelum bertolak ke JB..masa ni pukul 4.30 pagi tau..Mak haus air panas katanya..hehe"

"Alhamdulillah...ketibaan Mak di pintu rumah Taman U..bermulalah drama..ahaha"

"Tersengih abah..ehehe..kegembiraan sebenarnya ni.."



5 comments:

  1. emak abah pulang dari mekah pada 27 November 2010 pada pukul 3.30 pagi.

    ReplyDelete
  2. salam, nanti jgn lupa masukkan azam nk belanja aku makan .... hehehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah... sama2 kita berazam untuk tahun seterusnya :D

    Senarai Azam Seisi Rumah :)
    1. Rumah sentiasa kemas dan harum
    2. Bangun awal tido awal
    3. Bertenet biler perlu sahaja
    4. Plan semula side income
    5. ....................... [ Masing2 nyer azam ]

    ReplyDelete
  4. good..good..anak yang baik. InsyaAllah akan diiringi dengan isteri yg solehah plak lepas nih..

    ReplyDelete
  5. daus : ahaha..azam kau tak logekkkk..

    AD : yang no 1 tu paling UTAMA di antara azam2 yang lain yang dinyatakan..:P

    atikah : insyaallah..mudah-mudahan..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails