Assalamualaikum wbt...
16/12/2010, 8.16 pm
Aku masih lagi kat opis ni.. tadi baru ingat nak balik, tapi tetiba rasa nak tulis blog yang baru labah-labah nak buat sawang nya..
Sebenarnya banyak perkara dalam kepala otak ni untuk aku luahkan..tapi aku taip je lah mana yang aku rasa perlu..Entah lah ya..lately aku rasa ada beberepa perubahan yang berlaku pada diri aku.. Alhamdulillah lah ia perubahan yang baik. Semuanya selepas mak ayah aku balik dari haji..Adalah beberapa doa yang aku kirimkan dan aku AMIN kan doanya ketika Abah membacanya ketika di Padang Arafah mula menampakkan hasilnya..apakah dia? itu adalah rahsia...ehehe..cuma apa yang aku boleh kongsi, segala perkara yang aku lalui sekarang dipermudahkan jalannya oleh Allah.. Satu lagi, walaupun terdapat sedikit kesulitan, aku tak merasa buntu..tapi aku yakin Allah akan membantu memudahkan penyelesaian..(tapi dengan usaha lah yer..). Kalau ada sesuatu musibah, Allah ingin berikan peringatan dan hikmah tertentu..ada lah dosa-dosa aku yang lepas aku tak sedar..atau sedar buat buat tak sedar..
Sebenarnya..perkara yang selalu aku nak atasi adalah cuba menyalahkan diri orang lain atas kesilapan dan kekurangan diri. Sekarang ni, aku nak pikir diri sendiri jer.. Yelah, kadangkala untuk mengelak diri sendiri daripada kena bambu..kita cuba menuding orang lain..Sebab dulu, aku memang agak mcm ni lahhh..ahaha...jahat takk! waklu! huhu..
Yelah baru-baru ada satu kes lah...kalau nak diikutkan daripada pemikiran orang-orang, memang lah tampak bukan salah aku ...tapi beberapa hari kebelakangan ni, aku fikir2.. kemungkinan juga ia mula berpunca daripada aku.. aku gagal memimpin. Yelah, aku tak pandai marah..pandai geram jer..tu pun sejam dua dah OK balik..
Aku ni kan, dah diberi staf, tapi aku tak pandai nak handle.. Memang kadangkala aku memang geram jugak lah..tapi bila difikir, sepatutnya daripada awal aku kena bertegas dan pandai delegate kerja...Maybe aku ni jenis tak yakin dgn orang, sebab tu aku suka buat sorang2..Last2 aku membebel sorg diri..Sepatutnya, aku kena paksa dorang belajar walaupun dorang ni tak ada inisiatif datang kat aku untuk belajar.... belajar, belajar dan belajar.. Memang mereka membantu, namun dari segi ilmu..tak banyak yang mereka perolehi... aku sedih jugak lah..Sayang setahun bersama aku tapi tak banyak yang dipelajari..walaupun aku ala2 tak berapa pandai, tapi aku suka mengajar orang mana yang aku tahu.. aku tak pedulik lah orang nak mengumpat aku bodoh ker, aku tak kisah.. lebih baik bodoh bertanya dari bodoh tapi buat-buat bodoh tak bertanya.
Atas dasar itulah, aku minta tempoh sebulan dua untuk perbetulkan apa yang aku tak buat dulu..Tak kisahlah selepas ini mereka berada di mana selepas itu, at least aku nak dorang pelajari sesuatu buat bekalan pengalaman di tempat baru..Apa orang nak kata, katalah...tapi itu semua terpulang pada dorang samada nak gunakan peluang tersebut atau tidak.. Aku cuma cuba untuk laksanakan.. Sometimes aku naik lali dengar orang ulang-ulang cerita yang sama dengan insan-insan ni. Nak-nak dari opis tempat aku duduk ni.. asyik ungkit benda yang sama jer..tapiiiii....hai...sabar sabar sabarrrr...kang jadi modal lah pulak..ahahaha. Takpelah, semoga semua perkara ini ada hikmah disebaliknya.. Banyakkkkkkkkkk sangat hikmahnya
Oklah..sedar tak sedar, dah kul 9 dah...uwaaaaaaaaaaaa...sempat ker akuu nak ke gym ni..dah 4 hari wooo aku tak pergi nihhh... rugi duit bayar...oklah..ada masa aku sambung lagi lah..
Wasslam
takpe bro, pelan2 kayuh!
ReplyDeletePi gym kt mane tu?
gi gym kat Fitness First, The Curve selalunya..gi gym juga ker.. kat mana?
ReplyDeletedah lama x pg gym.. workout kat rumah jek.. blom berkemampuan lg. haha
ReplyDeletePo zanimanju sam advokat, to mi je bila zelja od detinjstva.Dok sam studirao upoznao sam jednu djevojku i zaljubio sam se na prvi pogled.Bila je nedodirljiva , nije obraćala pažnju ni na koga.Svi su trčali za njom a ona ih je sve ignorirala.Meni je pružila priliku, bilo je prvih mjesec dana lepo, počele su svadje...Ostavila me je.
ReplyDeletePatio san, plakao, propao sam....Od advokata, do ulicara.Financijski sam bio u nuli.Nista nije išlo.Onda sam upoznao Hanu, žena koja nije ni astrolog ni Gatara.VEC ZENA KOJA ZELI DA POMOGNE LJUDIMA KOJI SU STVARNO U NEVOLJI.NE PROSIPA PRAZNE PRICE, VEC CUTI I RADI.
NIJE ZELELA NIKAD DA SE BAVI OVIM, ALI JA ZELIM DA JOJ SE ZAHVALIM I DA DAM NJEN BROJ.
LJUDI, ZENA POMAZE SVIMA, SVAKI PROBLEM RESAVA
PREKO VIBERA I VACAPA JE MOZETE KONTAKTIRATI
+385 99 65 68902