19 Disember 2010
Terlanjur buka notebook dan online..sambil2 lah taip blog..
Sebenarnya dah masuk 3 hari aku mengalami cirit birit.. Badan dah rasa mcm tak sedap2 masa petang khamis... malam masa nak tidor tu, terasa mcm nak demam..so, aku tido lah cepat...tapi kul 2.30 aku tersedar..Dah tersedar tu, boleh pulak aku terus bangun gi ruang tamu fikir apa aku nak buat ..actually, lebih kurang mamai lah..then aku masuk bilik air..after masuk bilik air tuuuu..huhu..baru aku tahu, kenapa aku boleh terjaga dari tidur...Huhu..alahai, boleh pulak bermula episod cirit birit pastu..so boring..tak boleh aku tidor dengan nyenyak..selang sejam, asyik tersedar..tak pernah2 aku tersedar semata-mata untuk ke bilik air untuk buang air besar tauuu..
Episod sakit perut dan keciritan ni tak terhenti pada malam tu, sambung pada waktu siang nya pula..ahaha. Paling menarik, bukan aku jer kena..tapi beberapa orang yang makan makanan katring yang disediakan oleh makcik tingkat 3, Menara TM tu...semua mengalami nasib yang sama dengan aku..bertuahnya aku, aku takde kena muntah2..nak muntah, tapi tak dapat2 muntah..cuma cirit birit aku ni pula yang berpanjangan selama 3 hari..so far dah much better lah..tak macam hari semalam (19/12/2010)..Dalam sejarah sehari aku masuk toilet sebanyak 17 kali.. aku memang kira bebbbb!!!! ahaha..teruk kan..memang lah teruk..memang rasa tak tahu apa lagi nak kuar dah..dehydrated..lepas buang, konfem kena minum air..kalauu tak, muka pucat dan bibir kering..badan lesu..Tapi kan, lesu2 aku pun, sempat jugak bantai tgk movie semalam..huhu..cuma azabnya menahan dalam panggung, hanya Allah je lah tahu...ahaha..nak kuar takut menganggu orang2 yang menonton...isk isk..
Takpelah..aku harap dalam sehari dua ni, makin oklah.. aku memang suspek food poisoning lah...rasanya makanan katering yang diorder tu ada sedikit tercemar lah.. nak salahkan makcik katering tu 100% tu tak boleh lah jugak..mungkin dia pun tak tahu..cuma nak kena cakap jer lah agar next time makcik tu lebih berhati2 dalam penyediaan makanan... kalau aku kena tak kisah lah sangat (kisah juga kalau sampai masuk hospital lahhh..), tapi kalau lah aku dpt tahu customer aku si Timbalan Pengarah tu pun terkena juga ...aduhaiiii...tak ke naya..adoiii.
Oklah..mata pun naik mengantuk ni..semoga hari esok membawa harapan yang lebih menggunung untuk kesihatan ini..Insyaallah..Akhir kata, semoga pengunjung blog ini (kalau ada) dan semua sahabatku dikurniakan kesihatan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi cabaran pada hari ini dan mendatang..ameen...
Wassalam...
hi abg dierdy...i pembaca blog you...
ReplyDeletei harap u sudi menerima i sebagai pengunjung blog mue iney..
sekian.
hye adik norliana noordin yang tua dari i..terima kasih kerana sudi melawat blog saya..heheh..saya sungguh terharuuuu..sok sek sok sek..sampai keluar hingus ni...ehehe
ReplyDelete