Wednesday, August 10, 2011

Credit Card..akhirnya abes jugak aku bayar kauu..

10/8/2011

Selamat berpuasa semua.!!. (bajet mcm blogger terkenal jer kan..ahh, tak kire)

Alhamdulillah..hari ni aku datang paling awal dalam sejarah ler..sampai dalam kul 6.46 am. Itu tak tambah cari parking lah..betul2 sampai opis kol 7 am. Tetiba pulak aku nak rasa bangga dengan diri sendiri atas pencapaian gemilang ini...ahaha..takper, bangga dengan diri atas pencapaian positif tak kisah kannnn... Agak sukar jugak nak menahan godaan bantal dan tilam empuk selepas bersahur ni.. Tapi berjaya gakkk..:). Cuma kat opis ni, aku still gagal nak beat En Yosman..awal benau datang.. 6.30 dah ada kat opis... tak mampu aku.. Aku dtg kul 7.00 ni pun dah orang ke 5... isk isk..baguih dorg ni..

Oklah, sementara nak menanti kul 8.00 ni..dapatlah update blog. Syukur alhamdulillah..bulan Ramadhan ni banyak perkara yang baik berlaku ke atas aku...dah hampir 90% segala azam pada tahun ni telah pun tercapai...excited sebenarnya..Semuanya dengan izin Allah.. Paling aku rasa gembira sekali bila aku punya kad kredit dah habis bayar..termasuk dalam azam tauuu..hamekkk kau...now, kepala aku dah takde semak samun lagi bila dah buat full settlement semalam...pasni bley lah aku gunakan duit bayar kad kredit ni untuk tujuan saving.. Lagi berfaedah dari bayar caj2 kad kredit bila tak mampu nak bayar penuh.. Actually, kad kredit bukannya tak perlu...agak perlu lah untuk certain2 perkara..cuma bila nak shopping tu, better lah korang guna debit card ya...ehehe..kkdg tak sedar guna credit card..main swipe jer..last2 menjerut leher sendiri.. itulah aku pada zaman2 jahiliyah ketika riang gembira pegang kad kredit.. Sekarang ni, bila wallet aku hilang bersama2 kad kredit tu...aku langsung pulak takde inisiatif nak buat yang baru..huhu...ngeri woooo...kasik relax dulu..kewangan dah betul2 stabil, baru apply card.. skrg ni ni pun guna bila nak buat online purchasing jer..hehe. Yang penting Raya tahun ni kepala dah tak fikir pasal bayar hutang..seronoknyaaaaa..

Bermula hari ni..aku kena disiplinkan diri ler untuk pengurusan kewangan yang lebih teratur..hehe.. dulu main sembarangan jer keluar duit..skrg ni, dengan ada jadual perbelanjaan yang aku baru buat ni..harap lebih firm lah.. Bagus jugak kedekut dengan diri sendiri.. sebab lately ni aku belajar banyak sangat perkara.. semuanya berlaku sebelum Ramadhan...dan aku nampak hikmahnya ketika bulan Ramadhan..Allah banyak bantu aku..Alhamdulillah..Syukur sangat.. Walaupun aku ni tak lah baik, tapi Allah sentiasa mendengar apa yang dimohon oleh hambaNya.. Didatangnya kepada aku beberapa ujian..bukan kerana Allah tidak sayang..tapi Dia mahu aku melihat dan berfikir..Bila aku benar2 sedar dan berazam, didatangkannya pula aku dengan pertolongan yang tak dijangka dan aku sendiri tak sangka.. Mungkin lah org tak nampak aku stress sebab aku tak citer..yelah, perkara bersangkut paut dengan orang kan...

Anyway, kepada individu2 yang selalu bersama dengan aku ketika aku korang nampak macam ada masalah dan susah...aku tak mahu lah cakap waktu senang..terima kasih tak terhingga lah aku ucapkan di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.. Insyaallah, aku akan appreaciate kalian sebaik mungkin dan bantu mana yang mampu...berbanding waktu senang orang yang nak mengendeng dengan kita ni ramai...so, tak tahu mana yang betul2 ikhlas ingin berkawan dengan kita....sometimes bila susah, kita susah nak cakap...dan bila cakap pun mcm mencurah air di daun keladi..itu yang terasa mcm kecik hati.. tapi takper, setiap orang ada cara mereka dan ada juga sebab2 tertentu.. Aku pun sama juga.. pasni mungkin aku dah tak boleh nak berlembut hati dan baik sangat dengan orang lebih2 lagi dok kat KL ni kan..sifat semulajadi aku ni kkdg ni boleh jadi kelebihan dan boleh juga jadi kelemahan utama yang mana memakan diri sendiri..Insyaallah, aku akan cuba atasi sebaik mungkin..

Oklah..dah kul 8.00 am dah..waktu untuk bekerja sudah bermula...sebelum cau, sempat jugak lah aku carik webcam untuk capture gambar aku kat opis...so, takde lah nampak kosong blog aku ni..nak amik gambar lain sbnrnya..cuma kabel hanset lupa pulak nak bawak..tak leh nak transfer..wassalam..

"bolehlah daripada takder.."





7 comments:

  1. Pergh.. Bagus2 md noor.. Tp betul lah md nor, bila kira mohon pada Allah supaya dibebaskan bebanan hutang, ataupun apa2, tetiba je ada jalan keluar yg di tunjukkan kepada kita. Sentiasalah berdoa kepada Allah tika senang ataupun susah. Sesungguhnya Allah itu maha pemurah, pengasih dan maha penyayang.
    -azahar aziz-

    ReplyDelete
  2. ehehe,,thanks azhar...aku lega sangat skrg ni..:)

    ReplyDelete
  3. jgn lah ko tambah hutang lagi lepas ni..hehe

    ReplyDelete
  4. yeayyyyyyyy~

    akhirnya.. alhamdulilah.. dapatla aku duit raya tahun neh daripada ko kan..
    hikhikhik~

    Selamat Berpuasa..
    bila nk buka puasa sama2??

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. semoga jadual perbelanjaan yang dirancang tue menjadi.. ingat.. elakkan interest.. good luck abang..

    ReplyDelete
  6. Suami saya Johnson membuang saya untuk wanita lain untuk pes 3 tahun ,. Rakan saya Jennifer Oscar memperkenalkan saya kepada seorang pelukis Voodoo Love Spell yang dipanggil Oduduwa,
    Pada mulanya saya tidak pernah percaya DR Oduduwa akan dapat membantu saya memenangi kembali HUSBAND EX saya dari wanita lain ini, ini adalah kali pertama saya melibatkan dalam Love Eja, kerana cinta yang saya ada untuk suami saya, saya masih sayang dia dan saya ingin suami saya pulang ke rumah, saya berikan percubaan, saya dengan teliti mengikuti dan mematuhi semua arahan DR ODUDUWA. saya mengejutkan bahawa selepas 3 Hari menghantar cinta-mantra dan bekerja Incantations dengan gambar suami saya dan nama-nama yang diberikan kepada DR ODUDUWA, Makan tengah hari ejaan cinta ke udara bagi pihak saya pada 12: 00.Ozlock tengah malam. Keesokan harinya saya berjumpa dengan panggilan yang tidak dijawab di telefon saya, beberapa munites kemudian saya EX HUSBAND memanggil saya di telefon meminta saya untuk memaafkan dan melupakan semua yang dia telah melakukan salah untuk menyakiti saya, Suami saya bercakap dengan saya dengan baik dan dia menyesal. sekarang diri saya dan suami saya kembali bersama-sama dan kami sangat gembira dengan kehidupan baru kami sebagai keluarga ... terima kasih kepada DR ODUDUWA untuk kerja yang hebat yang telah dilakukannya untuk saya .. saya berjanji kepada Oduduwa untuk membagikan kerja baiknya Kesaksian kepada dunia selepas ia berfungsi dan benar-benar karya Love-Eja untuk kebaikan saya.
    Apabila anda memerlukan bantuan sedemikian dan anda mempunyai sesiapa sahaja yang anda kenali atau saudara-mara yang ada di sana yang mengalami sebarang krisis hubungan hari ini, sila memaklumkan kepada mereka untuk menghubungi ODUDUWA melalui e-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
    Cara Bawa Balik cinta anda, jika anda mempunyai kes seperti berikut ...
    SPELLS PERKAHWINAN, PELAJAR SPELLS, SPELLS KASUS MAHKAMAH, LOVE SPELLS
    Adakah kekasihmu mengambil masa yang lama untuk memutuskan?
    Adakah kekasih anda menipu anda?
    Adakah kekasih anda masih bercakap dengan bekas?
    Adakah kekasih anda mempunyai pengaruh buruk?
    Adakah saudara-saudara kekasih anda berubah fikirannya?
    Adakah kekasih anda menghindari anda apabila anda memerlukannya?
    Eja Menang Lotto
    Eja untuk memenangi Kupon
    Eja Berhenti Perceraian.
    Eja mencari cinta sejati.
    ejaan untuk menyelamatkan perkahwinan anda daripada wanita lain.
    Makan siang untuk mendapatkan Rick, kemasyhuran dan kekayaan.
    Ejaan ritual
    Jatuh balas dendam untuk mengembalikan wang anda yang hilang dari penghutang.
    Eja untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
    Oduduwa E-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
    Tel: +13019658857

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails