Sunday, July 17, 2011

Penyakit Lupa..Why?


Salam semua,

Hari ni nak berkongsi ilmu yang saya surf di internet iaitu berkenaan penyakit lupa.. Apa sebenarnya penyebab manusia ni boleh jadi pelupa? Banyak sebabnya...sini saya ingin share kan faktor kita menjadi pelupa dari segi saintifik dan juga faktor pemakanan.

Faktor Pemakanan.

  • Makan kepala ikan. Memakan kepala ikan akan membuatkan fikiran anda menjadi lembab dan sering kali mudah lupa akan sesuatu perkara.
  • Makan organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan. Apa yang membuatkan makan organ dalaman adalah tidak bagus untuk tubuh kita terutama sekali untuk otak adalah kerana kandungan darah yang banyak dalam organ dalaman tersebut.
  • Makan secara berlebihan. Janganlah memakan secara berlebihan. Makan hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Itu adalah sunnah nabi yang perlu kita semua ikut. Jika anda suka memakan secara berlebihan ia akan membuatkan anda terlalu kekenyangan dan membuat otak anda tidak dapat berfikir dengan baik.
  • Memakan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan anda menjadi lemah. Elakkan dari memakan makanan yang tercemar oleh semut kerana ia boleh melemahkan daya ingatan anda.
  • Suka minum air antara suapan makan anda. Kalau anda ingin meminum air minumlah sebelum atau selepas makan. Mengamalkan meminum air antara suapan tidak elok untuk kesihatan anda.
"semut hitam ni lah yang selalu masuk dalam jug air ruma aku...tak faham, air masak ker, even air mentah sekalipun dia selalu main berenang2.."
Faktor Saintifik

1) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat. Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.

2) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan. Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun. Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.

3) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.

4) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.

5) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.

6) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.

7) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.


Keburukan Penyakit Lupa

1) Orang akan mula benci kepada anda.

Ini boleh terjadi sekiranya anda selalu berjanji apa-apa perkara dengan orang lain tetapi anda seringkali memungkiri janji anda. Kalau hanya sekali dua anda lupa itu adalah perkara biasa. Tetapi jika anda selalu melupai janji dengan orang lain maka orang akan mula meluat dan membenci anda.

2) Kerja yang dilakukan tidak sempurna.

Anda melakukan sesuatu kerja tapi kerja itu lambat atau tidak siap langsung oleh kerana anda terlupa untuk menyiapkannya. Sikap pelupa ini akan menyebabkan kerja yang anda dilakukan tidak dapat disiapkan mengikut masa yang yang sepatutnya anda disiapkan.

3) Menjadi seorang yang pemalas.

Orang yang pemalas itu adalah orang yang pelupa. Mereka lupa yang sifat malas situ sifat yang buruk. Jika anda seringkali lupa untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya anda lakukan ia menyebabkan anda hanya duduk berehat sepanjang masa kerana anda lupa akan kerja yang sepatutnya anda lakukan. Lama kelamaan anda akan betul-betul menjadi seorang yang pemalas sekiranya tidak mengubah sikap anda.

4) Menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain.

Apabila anda sering lupa dengan janji yang anda telah buat dengan orang lain ini boleh menyusahkan diri anda kerana anda tidak akan dipercayai oleh orang itu lagi. Jika selepas ini anda mahu meminta tolong dengan orang itu lagi untuk apa-apa perkara penting orang itu mungkin tidak mahu lagi menolong anda kerana anda seorang yang boleh dianggap penipu.

5) Akan mendapat dosa.

Orang yang memungkiri janji adalah ciri-ciri orang yang munafik. Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Empat sifat itu ialah apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkirinya dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. Janganlah kita tergolong dalam mana-mana ciri pun kerana akan mendapat dosa nanti.

Jadi sifat pelupa itu memang perlu dijauhi kerana ia mempunyai banyak keburukannya. Sikap pelupa itu akan menghilangkan perkara-perkara baik dalam kehidupan kita. Sama-samalah kita menjauhinya supaya kita semua tidak tergolong dalam ciri-ciri orang munafik.


Sumber (thanks...):

1) http://www.kulat76.com/2011/04/punca-kenapa-anda-jadi-pelupa.html

2) http://www.layarsukses.com/tazkirah/penyakit-lupa-dalam-diri/

Wallahualam.. :)


2 comments:

Related Posts with Thumbnails