Sunday, July 10, 2011

Belajar Berenang..!!


Sabtu, 9/7/2011

Hari ni dalam senarai aktiviti aku adalah ingin pergi ke mana2 pool dan belajar berenang. Selalunya aku takde passion nak belajar berenang..tapi dah masuk angka 3 ehem ehem.. tiba2 mcm nak belajar yang aku tak pernah terlintas nak belajar sungguh2..

Sebenarnya memang sejak azali aku mmg tak tahu berenang...dari kecik sampai lah ke besar, kalau masuk pool main jalan2 jer kat kolam tu..bukan berenang..sabar je kan..baik aku main jalan2 kaki walkathon kat taman astakona daripada pegi pool semata2 nak berjalan.. tak pon pakai pelampung..wahhh...malu jer kan... Ingat dulu masa belajar kat U, aku boleh sewa pelampung getah kotttt sebab takut lemas..cesss..

Alhamdulillah..tadi pergilah pool kat Fitness First Empire Gallery di Subang. Tapi disebabkan trainer lapo dan aku pun lapo sekali..kami pun pergi lah makan dulu. Memula sebelum makan tak ramai orang..tapi bila balik dari makan..dah start ramai... ramai kalau kat dalam pool takper..ni ramai yang syokkkkk tidor atas kerusi baring tu...amboiiii hai..sampai habis takde tempat nak letak barang...siap kena tunggu orang habis berenang.. Takper2..hal kecik..

Apapun, walaupun tak banyak pencapaian hari ni..tapi aku cukup gembira coz aku dah boleh apungkan diri dan boleh berenang ulang alik dalam 1 lap dengan cara agak menipu..Tipu2 pun, mmg adalah improvement..tak penat sangat mcm first time belajar..thanks lah pada trainer merangkap best fren, Zach sebab sudi ajar..Penyabar jugak dia ni.. kalau orang lain, mahu kat kolam tu jugak aku kena terajang...Dulu masa pertama kali boleh berenang dalam 10 saat pun, dia yang ajar...Kalau tak, sampai skrg tak pandai2..

Lepas ni kena berlatih lebih ringankan bahagian perut..part punggung ni dah lulus sikit..Kaki ngan tangan pun nak kena lebih syncronise..Insyaallah, lepas ni aku mesti boleh punya...Feel dah ada.. Yang penting aku belajar di sini, berenang kena free kan minda..tak leh gopoh..nanti penat sendiri..Anyway, sebelum kuar dari pool..Seperti biasalah posing ala2 Mangga..seronok kenangan dapat belajar berenang bersama improvement sekali..Pasti terpahat tarikh ni..

Masa ni tak ramai orang..

Alahai..asal nampak jerawat aku tuhhhh!!

6 comments:

  1. perghh.. posing cam artis mangga.. hahahaha.. well, ko da lulus berenang baru kita leh plan g sunway lagoon.. hehehehe..

    ReplyDelete
  2. masa tk pandai berenang, ko pakai pelampung getah, mesti dari jauh nampak ala2 labi-labi yang tgh hanyut di kolam kn? hehehe..

    good luck bebeh!

    ReplyDelete
  3. ahahah...bukan setakat labi..tapi mcm dugong yang hanyut.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails