Sunday, July 31, 2022

Selepas 8 Tahun...Welcome 2022

Bismillahirrahmanirrahim..

31/7/2022 (Ahad).

Setelah 8 tahun berlalu...tetiba aku teringat semula yang aku pernah giat berblog pada tahun 2010.. Allahu...waktu tu aku berusia 20-an lagi...Dah 12 tahun rupanya usia blog ni. Last aku tulis kat blog ni pada May, 2014.. hahaha.

So, dalam tempoh 8 tahun ni ..banyak dah perkara yang berlaku.. Aku rasa aku, kena start berblog kembali..Dan sebenar-benarnya kalau nak tahu, aku tulis blog ni bukan untuk orang baca...tapi untuk aku sendiri baca ..Kadang2 bila kita dah makin berusia, adakalanya kita tak berapa ingat dengan apa kenangan manis dan pahit yang kita lalui... Actually aku mengata diri sendiri memandangkan aku seorang yang pelupa..😆😆😆😆.

Sekarang ni, usia pun dah 40 tahun.. Betullah orang kata, di usia 40 tahun ni, banyak masa yang kita kenang adalah waktu zaman remaja bersama2 dengan kawan2 yang rapat dengan kita dulu.. Sometimes bila aku gi makan or buat aktiviti luar...bila ternampak student or budak2 buat aktiviti bersama2...aku rasa rindu giler nk kembali zaman tersebut..rindu nak berborak tentang benda2 kosong, buat lawak tak berapa nak pandai, gelak & sedih sama2, helping each other, jalan2, tgk wayang dan apa2 je lah aktiviti yang berfaedah or tak berfaedah..

Sayu bila teringat... cuma tahan je lah..Skrg best friend aku masing2 dah berkeluarga... Aku tahu mereka semua masih mcm dulu, cuma aku sahaja lah yang tak nak kacau ajak keluar melepak ngeteh dan borak2.. Aku nak juga berkeluarga...Sometimes bila nampak anak2 kecil dan tgk member2 anak dah besor..aku tak boleh lah..aku jadi sebak sendiri...tapi aku positifkan diri...InsyaAllah jodoh aku ada..tapi aku kena betulkan diri aku dan niat aku...aku kena betul2 bersedia...Sampai bila? Sampai aku rasa aku betul2 rasa hati aku boleh terima kekurangan aku dan juga kekurangan pasangan aku sebelum aku mendirikan rumah tangga... Aku jenis yang cepat bosan dan senang tawar hati bila terdapat salah faham dengan pasangan ..Sebab itulah aku perlu mencari orang yang aku akan sayang sepenuh hati...barulah aku boleh ignore semua perasaan negatif tersebut...Btw, aku pernah ada perasaan suka seseorang sepenuh hati...emel hotmail aku pun dulu, ada berkaitan dengan dia...over tak over..😹😹.setiap hari dok teringat jer...tapi, biasalah...bertepuk sebelah tangan...😂😂. Memang memalukan waktu tu...tapi itulah pertama kali aku cakap aku sukakan seseorang dengan dada berdegup kencang...padahal luah melalui emel je..haha...budak 1 sekolah dengan aku merangkap kawan rapat...tahun 2000 dah berani bagitahu kan...adoi lawak..dan paling kelakar, ada orang hack emel dia, dan org tu balas on behalf dia balasan emel yang buat aku down jugak lah..Then paling jahat, dia laga2 kan kami dan member sorg lagi... aku dapat detect yang buat kerja ni adalah kawan sekolah kami jugak...tapikan zaman 2000, nak screenshot emel pun susah dan x gheti ..handphone 3310 pun dah canggih...so, berlalu mcm tu je lah..last2 masing2 minta maaf sesama sendiri sebab tak tahu angkara siapa..cuma andaian jer.. Masa nak kawen, dia ada jemput aku...Tapi aku x datang sebab masa tu aku mmg ada hal..dan aku ingat dia tak kisah pun...tp selepas majlis, dia ada emel or mesej aku kat Friendster..dia sedih sebab dia tak sangka orang yang dia anggap best friend tak datang...serba salah giler aku time tu...lepas tu dia terus menghilang beberapa tahun...huhu...after 3 years...baru contact balik...contact2 mcm tu jelah...ye lah, bini orang...tak pasal2 org salah faham... aku pun rasa nak tergelak je bila kenang semula cinta monyet aku yg tak berapa nk jadi..

Adeh..lain aku nk citer..lain pulak yang keluar...ada di citer nya kes first crush... hahahah...sabo je lah..oklah..aku pun dah ngantuk...skrg dah pun jam 3.34am.. Harap2 aku dapat merajinkan diri untuk menulis lagi especially bila otak dah jammed dengan kerja...


Assalamualaikum...

Tuesday, May 20, 2014

Kosong

Seriously...dah lama aku tak jenguk blog aku ni...kkdg ada blog ni bagus gak..sajer nak refresh kenangan2 lalu yang pernah terjadi dalam hidup kita kan..

Banyak perkara yang berlaku dalam masa setahun ni..kalau nak dicatatkan dalam blog memang tak tercatat...Dulu aktiviti menulis blog ni mmg popular benar di kalangan kawan-kawan aku...tapi dulu lah...skrg ni yang aku tgk..sorang je lah yang aktif berblog...yang lain...dah berkubur..huhu..

Lately ni..aku banyak sangat berfikir...berfikir tentang masa depan aku.. Tapi apakan daya, kekadang kita ni cuma boleh merancang..tapi pengakhirannya, Allah yang tentukan samada perancangan itu dapat dilaksanakan atau tidak.. Selalunya apa yang aku rencanakan jarang sekali menjadi kenyataan...Tapi aku tahu, Allah sebaik-baik perancang..Sekiranya apa yang aku rancang itu gagal, mesti ada hikmah di sebaliknya..

Sekiranya ada yang pernah rasa diri aku ini beban, pernah terluka dan sangat terluka dengan diri aku...aku mohon beribu kemaafan...Insyaallah, aku akan mencari ruang untuk diri ini dan pastikan satu hari... aku takkan jadi beban lagi untuk diri kalian buat selamanya... Izinkan aku muhasabah diri sebab aku bukanlah manusia sempurna...  banyak khilaf aku..

Terima kasih..


Sunday, August 18, 2013

Kawan Bujang Makin Pupus

Bertemu kembali..

Fuh..semalam puas betul ler aku beraya..mana tidaknya, keluar kol 12 tgh hari, balik kol 12.30 mlm... Dari Merlimau, Melaka gi kenduri kawen Farah-Hafiz, then pergi ke rumah Shahidah kat Muar.. mujur kat Muar, kalau kat Kluang ker..memang tak larat lah aku.. Lagipun aku dah janji nak datang...dia pun dah masak punya banyak semata2 untuk aku kan..terharu pulak...konfem kalau aku tak datang, 5 tahun dia tak tegur...:P.

Actually, lately ni aku mcm terasa sangat kehilangan kawan2 yang masih bujang.. hmmm.. ye lah, semua dah berumah tangga kot..dah beranak pinak.. most of my best fren aku dah pun kawen.. sedih sorang2 aku bila beraya jer, aku takder geng nak beraya...dulu siap buat konvoi lagi..isk isk...syahdunya...cepat sangat masa berlalu pergi kan..

Entah lah..kkdg aku dah rasa sampai seru aku ni..bukan sebab tgk orahg kawen, aku nak kawen... tapi dah terasa nak berkeluarga..nak ada anak2 kecil yang comel..cuma masalah sikit aku ni agak memilih.. biasalah, setiap orang mesti kalau boleh mesti ada letak ciri2 yang ingin dijadikan teman hidup.. tak ramai orang faham aku dan juga kerja aku..bagi aku, biar pencarian tu agak lama..tapi bila bersama, takde lah nak selalu gaduh.. aku sememangnya memang tak suka bergaduh dan kurang gemar merajuk2 sakan hanya disebabkan perkara kecil...mungkin aku ni bukan kategori romantik kot.. huhu..anyway, bagi aku persefahaman itu penting...sepenting dia hormat orang tua, jaga peribadi sbg seorang wanita dan mendengar kata... Aku akui, aku bukan seorang yang begitu baik.. cuma aku memerlukan seseorang yang membuatkan aku sedar untuk menjadi lebih baik dan lebih bertanggung jawab bila melangkah ke alam yang baru..

Apapun, aku berserah kepada Allah SWT dengan usaha lah.. Aku terima jodoh ku sekiranya itu yang ditentukan oleh-Nya..

Amin...





Friday, August 16, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum wbt;

Dah 9 bulan rupanya blog ni tak ber update.. dulu bukan main rajin meng update... tak apa lah.. ikut trend agaknya..

Sebenarnya aku lagi suka blog aku ni takder orang baca... aku nak anggap mcm diari skrg ni... mana yang terbaca tu, rezeki dorang lah..haha.. sebab adakalanya tak semua benda kita boleh terluah cerita kat orang kan..hehe..takut penerimaan orang terhadap cerita kita tak sampai seperti yang kita harapkan..dan adakalanya, orang salah faham dengan apa yang kita sampaikan..akhirnya, tak bertegur sapa..

Sekarang ni dah masuk 9 Syawal dan aku masih lagi bercuti.. Gempakkan.. Cuti paling lama yang pernah aku ambil dan sepanjang 7 hari bercuti, aku tak buka laptop dan tgk hal kerja langsung..satu pencapaian yang sihat untuk aku.. maybe sebab mode raya kot..lepas ni rasanya mcm dah takde lagi...kembali normal..:).

Sedar tak sedar, tahun ni usia aku dah 31...actually kalau aku di KL, aku memang tak rasa sangat dengan anjakan umur tersebut.. tapi bila tiba Syawal dan saat berkunjung rumah saudara, aku terasa macam tua pula.. Yelah, sepupu sepapat aku yang dulu kecik lagi dan aku bagi duit raya, skrg dah berumah tangga dan ada anak lagik..perghhhh... adakalanya aku mcm tak leh terima yang dorang ni ada yang dah masuk kolej or universiti.. sbb aku still rasa dorang masih sekolah rendah or menengah.. yang masih bayi, skrg dah besar panjang sampai aku tak kenal..Ini lah dia penangan bila jumpa setahun sekali kan... Mungkin salah aku jugak.. tapi nak buat mcm mana, aku kat KL ni sorang2 jer..mcm agak terpisah..tahu pasal dorg pun sbb Facebook.. ada kebaikan juga Facebook ni..dapat merapatkan silaturrahim aku dengan sedara mara..

Apapun, soalan sentiasa paling epic setiap tahun adalah pasal perkahwinan.. Dalam banyak2 soalan, soalan anak sedara aku berusia 6 tahun buat aku tersentap sikit nak jawab..bukan apa, budak 6 tahun boleh tanya soalan kiasan "Humairah ada dua pak usu... tapi humairah tak pernah ada mak usu..bila humairah nak ada mak usu?". Soalan nya memang standard makcik makcik..of course lah aku terkejut.. yang lain direct jer soalan " Bila nak kawen???".. yang dia punya soalan, sangat tersirat..bijak bijak... Insyaallah, satu hari nanti, akan tiba masanya.. tipulah kalau cakap tak mahu miliki keluarga sendiri walaupun skrg ni terlalu banyak alasan... skrg ni pun orang dah fikir bukan2.. tak apalah..

Oklah...dah pukul 12.30 tgh hari.. nak bersiap gi solat Jumaat.. pastu kalau sempat nak hantar mesin urut kaki Gintell yang baru sehari guna dah rosak...cessss!! hahah..dah ler berattt...then nak gi gym...giler ah dah sebulan setengah aku tinggalkan gym..masa puasa turun 3 kg..skrg baru naik semula 1.5kg.. nak carik lagi 2 kg...





Friday, November 16, 2012

Now You Can Workout At Home...!

16 Nov 2012

Nampaknya sekarang ni..blog aku pun dah tak jadi blog..selalunya blog ni lebih kepada catatan harian, tapi aku lebih kepada catatan bulanan... ni pun bukan dah sebulan, hampir 4 bulan baru nak update semula..memang ok bah kala kauuu lerr..

Hari Jumaat ni dah masuk hari keempat cuti..cuti rehat yang saja2 aku ambil..Selasa cuti Deepavali..Rabu pula cuti yang company suruh amik..Khamis, awal Muharam...so Jumaat nak datang kerja tu mcm sengal2 otot tiba2.. Tapi skrg ni memang otot2 aku mmg tengah sengal2.. yelah, kelmarin aku gi gym setelah 2 minggu tak pergi...bz dan kena outstation di Sabah.. Tanpa stretching, aku pun dengan seronoknya mengggunakan machine dan juga angkat besi2 tu lebih kurang setengah jam..nak buat chest katanya..haha..last2 sampai skrg kot terasa sakit bahagian chest aku tu..nak tegakkan badan tu mmg rasa nak menitis air mata..huhu...actually, itu memang perkara normal sekiranya kita dah lama tak buat.. kalau hari esok ke aku buat benda sama, dah hilang rasa sakit tu..so, untuk sehari dua ni..aku just workout yang ringan2 je lah kat umah untuk core, biceps dan traps..

Apapun, kemungkinan besar tahun 2013 ni aku dah tak join Fitness First lagi..sebabnya aku dah ada Mike Chang...aahhaha..satu lagi adalah kerana FF ni skrg makin ramai lah org..nak pergi pun kena malam sikit...baru leh guna equipment yang kita nak...anyway, siapa lah tak kenal Mike Chang kan..kalau search youtube nak cari clip workout ni, mesti clip dia ada.. Skrg ni, dia dah jadi Personal Trainer aku walaupun secara maya sahaja.. Dengan hanya buat di rumah sahaja pun insyaallah, badan kita boleh berpeluh-peluh dan boleh mendapat tubuh badan sama mcm kita hire Personal Trainer kat mana2 gym club.. try lah tgk dan praktikkan apa yang dia buat...mmg berkesan...:). websitenya http://sixpackshortcuts.com/

Contoh clipnya adalah seperti di bawah :







Oklah..nak kena beransur ..Maghrib pun dah tua..so nak menunaikan kewajipan terlebih dahulu..

Wassalam...


Sunday, July 22, 2012

Selamat Ramadhan 1433 Hijrah

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera;

22 July 2012.

Lama sudah tak update blog..dari bulan March rupanya..huhu..

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat muslimin dan muslimat semua.. Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa..2 Ramadhan 1433 H. Alhamdulillah, aku masih berpeluang lagi untuk menjenguk Ramadhan kali ini...

Sekarang ni, kereta masuk bengkel sejak semalam.. biasalah, baru masuk Ramadhan, kereta aku dah minta pakai baju baru untuk Syawal nanti.. memang sepatutnya pun sbb kemek2 lepas dulu aku buat2 tak tahu jer...Eksiden Khamis lepas..nampak mcm tak parah, tapi boleh tahan jugak lah kena keluar duit tapi masih lagi ditahap ok.. Nasib lah ada kawan yang tahu pasal kereta ni.. Kalau tak, hantar bengkel buta2 jer kena ketuk esp kalau cari salah tempat... Syukur sangat apabila waktu2 genting tersadai di tepi jalan, ada kawan yang menolong tanpa langsung aku duga..kawan satu sekolah kat SMSJ pulak tu..Tak sangka kan, sejak 1999 x pernah jumpa..at last, jumpa waktu situasi begini...Thanks Razali Ramly (Buyong)..Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati ini untuk update dalam Facebook dan menggerakkan hati sesorang untuk membantu..

Weekend ni berpuasa di rumah jer..tak boleh nak gerak mana2 lah..tapi bagus juga..Kalau keluar, mesti ada jer benda nak beli kan.. So, duduk rumah ni..boleh lah aku sambung buat kerja-kerja rumah..Seronok mengemas rumah sebenarnya kalau datang feel..Lagi seronok kalau ada orang tolong kemas sama2...sebab boleh bertukar2 idea especially bila nak tukar design susun atur rumah... Tapi tulah, entah bila lah ada masa tu kan.. Nak mengecat rumah pun sampai sekarang tak beli2 cat..sebulan sebelum puasa dah merancang sebenarnya..

Oklah..nak mengundur diri..sajer update sebab dah lama tak jenguk blog sendirik..

Tuesday, March 20, 2012

Zaman Hindustan

20 Mar 2012..

Masa training pagi tadi..ketika rehat, urusetian pasang lah lagu buat selingan buat halwa telinga.. Mentang2lah trainer sebelum ni India...then sepanjang2 waktu rehat tulah dia talanya lagu hindustan sampai abes rehat..huhu..

Lagu pertama yang dibuka adalah lagu Aa Ab Laut Chalen.. Wah!! Nostalgianya..Citer tu pada tahun 1999.. Waktu aku lepas SPM.. Yelah, zaman tu filem hisdustan sangat lah hangatnya selepas Kuch Kuch Hota Hai..after tgk jer KKHH yang aku rasa tgk berpuluh2 kali tu, teruslah aku boleh melekat dengan citer2 Hisdustan ni.. Walaupun takde duit, tapi aku tak segan silu mintak duit dgn mak aku untuk beli cd hisdustan.. Banyak kot citer yang aku beli CD nya.. Setiap minggu, ada duit lebih beli majalah hindustan..Perghhh!! Giler ahhh.. Biler kenang balik..ahaha, tak sangka kot aku antara fanatik Hindustan..:P...

Senarai di bawah ni antara yang aku ingat, aku ada beli dan memiliki CD Hisdustan

1) Kuch Kuch Hota Hai
2) Dilwale Dulhania Le Jayenge
3) Hum Dil De Chuke Sanam - My Fav
4) Dil Chahta Hai - My Fav
5) Mela
6) Maan - My Fav
7) Taal - My Fav
8) Josh
9) Baadshah
10) Ishq
11) Hamara Dil Aapke Pas Hai
12) Mohabbatein
13) Dhahdkan
14) Hum Appke Dil Mein Rehte Hain
15) Pardes
16) Har Dil Jo Pyaar Karega
17) Lagaan
18) Lajja
19) Thakshak
20) Nayak- best best
21) Pukar
22) Dil To Pagal Hai
23) 3 Idiots - My Fav of all time
24) My Name Is Khan
25) Devdas - My Fav
26) Tarkieb
27) Astitva
28) Chal Mere Bhai
29) Aa Ab Laut Chalen
30) Hum Saath Saath Hain
31) Kya Kehna
32) Raaz
33) Slumdog Millionaires (termasuk kerr??)
34) Kaho Naa Pyar Hai
35) Asoka
36) Dil Hi Dil Mein


Huh! Cukuplah..penat dah nak ingat.. Banyak lagi..cuma penat nak ingat tajuk..:P. Tapi mana2 yang ada Aishwarya Rai & Aamir Khan..semuanya aku minat nak tgk.. Kalau nak tahu lagu hindustan mana yang best, boleh lah tanya aku...mesti korang suker..:D

Itu kebanyakan citer2 hindustan seawal 1999-2002.. yang terbaru pun tak banyak..yang terpilih jer.. Yelah selepas jer masuk pelakon baru..banyak pulak adegan2 seksi nak2 time menari..Baju semua mcm pakai bikini..berlakon entah apa2..aku nak feeling dan nangis2 pun tak boleh (kantoi!!)...ahaha.. KKdg nak tgk ngan famili mcm tak berapa nak sesuai..since then, jarang sangat dah aku tgk hindustan..aku lebih suka tgk citer tamil pastu...penuh jiwa..pukul sikit, terbangnya sebatu..kau mampu?? ahaha..


Oklah..gtg..wssalam...:)



Related Posts with Thumbnails