Sunday, July 17, 2011

Penyakit Lupa..Why?


Salam semua,

Hari ni nak berkongsi ilmu yang saya surf di internet iaitu berkenaan penyakit lupa.. Apa sebenarnya penyebab manusia ni boleh jadi pelupa? Banyak sebabnya...sini saya ingin share kan faktor kita menjadi pelupa dari segi saintifik dan juga faktor pemakanan.

Faktor Pemakanan.

  • Makan kepala ikan. Memakan kepala ikan akan membuatkan fikiran anda menjadi lembab dan sering kali mudah lupa akan sesuatu perkara.
  • Makan organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan. Apa yang membuatkan makan organ dalaman adalah tidak bagus untuk tubuh kita terutama sekali untuk otak adalah kerana kandungan darah yang banyak dalam organ dalaman tersebut.
  • Makan secara berlebihan. Janganlah memakan secara berlebihan. Makan hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Itu adalah sunnah nabi yang perlu kita semua ikut. Jika anda suka memakan secara berlebihan ia akan membuatkan anda terlalu kekenyangan dan membuat otak anda tidak dapat berfikir dengan baik.
  • Memakan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan anda menjadi lemah. Elakkan dari memakan makanan yang tercemar oleh semut kerana ia boleh melemahkan daya ingatan anda.
  • Suka minum air antara suapan makan anda. Kalau anda ingin meminum air minumlah sebelum atau selepas makan. Mengamalkan meminum air antara suapan tidak elok untuk kesihatan anda.
"semut hitam ni lah yang selalu masuk dalam jug air ruma aku...tak faham, air masak ker, even air mentah sekalipun dia selalu main berenang2.."
Faktor Saintifik

1) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat. Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.

2) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan. Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun. Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.

3) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.

4) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.

5) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.

6) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.

7) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.


Keburukan Penyakit Lupa

1) Orang akan mula benci kepada anda.

Ini boleh terjadi sekiranya anda selalu berjanji apa-apa perkara dengan orang lain tetapi anda seringkali memungkiri janji anda. Kalau hanya sekali dua anda lupa itu adalah perkara biasa. Tetapi jika anda selalu melupai janji dengan orang lain maka orang akan mula meluat dan membenci anda.

2) Kerja yang dilakukan tidak sempurna.

Anda melakukan sesuatu kerja tapi kerja itu lambat atau tidak siap langsung oleh kerana anda terlupa untuk menyiapkannya. Sikap pelupa ini akan menyebabkan kerja yang anda dilakukan tidak dapat disiapkan mengikut masa yang yang sepatutnya anda disiapkan.

3) Menjadi seorang yang pemalas.

Orang yang pemalas itu adalah orang yang pelupa. Mereka lupa yang sifat malas situ sifat yang buruk. Jika anda seringkali lupa untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya anda lakukan ia menyebabkan anda hanya duduk berehat sepanjang masa kerana anda lupa akan kerja yang sepatutnya anda lakukan. Lama kelamaan anda akan betul-betul menjadi seorang yang pemalas sekiranya tidak mengubah sikap anda.

4) Menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain.

Apabila anda sering lupa dengan janji yang anda telah buat dengan orang lain ini boleh menyusahkan diri anda kerana anda tidak akan dipercayai oleh orang itu lagi. Jika selepas ini anda mahu meminta tolong dengan orang itu lagi untuk apa-apa perkara penting orang itu mungkin tidak mahu lagi menolong anda kerana anda seorang yang boleh dianggap penipu.

5) Akan mendapat dosa.

Orang yang memungkiri janji adalah ciri-ciri orang yang munafik. Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Empat sifat itu ialah apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkirinya dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. Janganlah kita tergolong dalam mana-mana ciri pun kerana akan mendapat dosa nanti.

Jadi sifat pelupa itu memang perlu dijauhi kerana ia mempunyai banyak keburukannya. Sikap pelupa itu akan menghilangkan perkara-perkara baik dalam kehidupan kita. Sama-samalah kita menjauhinya supaya kita semua tidak tergolong dalam ciri-ciri orang munafik.


Sumber (thanks...):

1) http://www.kulat76.com/2011/04/punca-kenapa-anda-jadi-pelupa.html

2) http://www.layarsukses.com/tazkirah/penyakit-lupa-dalam-diri/

Wallahualam.. :)


Saturday, July 16, 2011

Berfikirlah sebelum bosan..

Salam,

Semalam dalam aku belek2 update facebook rakan, terjumpa aku satu status yang membuatkan aku rasa sangat-sangat berfikir panjang... Statusnya adalah seperti di bawah tanpa sebarang editing :

"aku xpaham kenapa terlalu ramai umat manusia yg mengadu ttg kebosanan melanda dan tidak tahu apa yg nak diperlukan utk mgisi masa yg terluang. hello!kalaulah org yg meninggal dunia tu diberikan allah seminit dua utk hidup. apa yg pasti dia takkan mensia siakan waktu yg diberikan. apa korang yg dok komplain pasal bosan tahap gaban ni nak mati dulu then bru tau nilai kelapangan masa yg tuhan berikan? jgn kfur nikmat"


Aku rasa, tak salah pun satu pun maksud penyataan di atas... sama-sama kita renungkan. Tak perlulah aku cakap lebih.Terima kasih di atas statement yang sebenarnya memberi impak kepada aku secara khususnya...Insyaallah aku akan berfikir dulu sebelum bosan itu datang membosankan aku.
“Live life to the fullest, life's short, so make it significantly spent”


Dulu aku selalu layan instrumental di bawah ni kalau-kalau aku rasa macam lonely lah..dalam erti kata lain, time terasa sepi lah..nak bubuh audio, satu kerja pulak aku nak mencari playlist kat internet.. sepi ni kalau kita makin layan, dia akan menjadi-jadi..so sama-sama lah kita hadapi perkara ini sebaik yang mungkin bila datang kepada kita.. Insyaallah.novel sangat ayat.. Btw, credited to Hazman Halid for the song.




Wsalam.

Sunday, July 10, 2011

Belajar Berenang..!!


Sabtu, 9/7/2011

Hari ni dalam senarai aktiviti aku adalah ingin pergi ke mana2 pool dan belajar berenang. Selalunya aku takde passion nak belajar berenang..tapi dah masuk angka 3 ehem ehem.. tiba2 mcm nak belajar yang aku tak pernah terlintas nak belajar sungguh2..

Sebenarnya memang sejak azali aku mmg tak tahu berenang...dari kecik sampai lah ke besar, kalau masuk pool main jalan2 jer kat kolam tu..bukan berenang..sabar je kan..baik aku main jalan2 kaki walkathon kat taman astakona daripada pegi pool semata2 nak berjalan.. tak pon pakai pelampung..wahhh...malu jer kan... Ingat dulu masa belajar kat U, aku boleh sewa pelampung getah kotttt sebab takut lemas..cesss..

Alhamdulillah..tadi pergilah pool kat Fitness First Empire Gallery di Subang. Tapi disebabkan trainer lapo dan aku pun lapo sekali..kami pun pergi lah makan dulu. Memula sebelum makan tak ramai orang..tapi bila balik dari makan..dah start ramai... ramai kalau kat dalam pool takper..ni ramai yang syokkkkk tidor atas kerusi baring tu...amboiiii hai..sampai habis takde tempat nak letak barang...siap kena tunggu orang habis berenang.. Takper2..hal kecik..

Apapun, walaupun tak banyak pencapaian hari ni..tapi aku cukup gembira coz aku dah boleh apungkan diri dan boleh berenang ulang alik dalam 1 lap dengan cara agak menipu..Tipu2 pun, mmg adalah improvement..tak penat sangat mcm first time belajar..thanks lah pada trainer merangkap best fren, Zach sebab sudi ajar..Penyabar jugak dia ni.. kalau orang lain, mahu kat kolam tu jugak aku kena terajang...Dulu masa pertama kali boleh berenang dalam 10 saat pun, dia yang ajar...Kalau tak, sampai skrg tak pandai2..

Lepas ni kena berlatih lebih ringankan bahagian perut..part punggung ni dah lulus sikit..Kaki ngan tangan pun nak kena lebih syncronise..Insyaallah, lepas ni aku mesti boleh punya...Feel dah ada.. Yang penting aku belajar di sini, berenang kena free kan minda..tak leh gopoh..nanti penat sendiri..Anyway, sebelum kuar dari pool..Seperti biasalah posing ala2 Mangga..seronok kenangan dapat belajar berenang bersama improvement sekali..Pasti terpahat tarikh ni..

Masa ni tak ramai orang..

Alahai..asal nampak jerawat aku tuhhhh!!

Sunday, July 3, 2011

Penantian..

Assalamualaikum wbt...

Dulu ada dua lagu rock kapak yang sama tajuk iaitu Penantian..dua2 yang nyanyi ni berkumpulan iaitu Blackrose & Febian.. Tetiba terasa nak dengar balik... Jom layannnzz..

Blackrose - Penantian


Dikamar ku menyepi
Hanya lilin menerangi
Beginikah seksanya
Hidup dalam penantian
Ditabir tirai malam
Ada insan kesepian, keseorangan...

Dan setiap detik yang ku lalui
Seluruh malam ku membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana

Mengapa harus kita ditemukan
Di saat jiwaku keresahan
Apakah aku satu persinggahan
Mengubat rindu... oh...

Kau dahagakan...
Ku kehausan...
Setitis rasa
Pada bayangan yang tak pasti... oh...

Kau nyalakan perasaan
Mengukir kemesraan
Mungkinkah ada sinar
Bersama impianku

Dah telah ku duga
Suasana keindahan seketika
Aku tetap menanti mu

Kau dahagakan...
Ku kehausan...
Setitik rasa... oh...
Aku tenggelam...
Kehampaan...
Keseorangan...

Mana sinaran ?...
Terangilah hidupku
Tak sanggup lagi... aku... sepi



Febian - Penantian


Aku yang masih disini
Bertemankan rindu dalam sepi
Aku yang setia menanti
Menunggu jawapan yang belum pasti
Akan ku temui bilakah direstui nanti

Aku yang kian sendiri
Bertemankan bayangan diri
Aku yang masih lagi mencari
Menatap gambaran lukisan hati
Yang engkau beri tika mula
Aku kenali dulu

Penantian satu penyiksaan
Dalam kebuntuan sebuah kesampaian
Di ulit sepi yang mencengkam
Bagaikan pungguk merindukan
Bulan purnama
Indahnya nun jauh di sana

Cinta ku beraja di hati
Tiada istilah tandus lagi
Hanya takdir yang akan merestui
Pertemuan perpisahan ini
Kita berdoa bersama
Agar bertemu kita semula
Related Posts with Thumbnails