Friday, November 16, 2012

Now You Can Workout At Home...!

16 Nov 2012

Nampaknya sekarang ni..blog aku pun dah tak jadi blog..selalunya blog ni lebih kepada catatan harian, tapi aku lebih kepada catatan bulanan... ni pun bukan dah sebulan, hampir 4 bulan baru nak update semula..memang ok bah kala kauuu lerr..

Hari Jumaat ni dah masuk hari keempat cuti..cuti rehat yang saja2 aku ambil..Selasa cuti Deepavali..Rabu pula cuti yang company suruh amik..Khamis, awal Muharam...so Jumaat nak datang kerja tu mcm sengal2 otot tiba2.. Tapi skrg ni memang otot2 aku mmg tengah sengal2.. yelah, kelmarin aku gi gym setelah 2 minggu tak pergi...bz dan kena outstation di Sabah.. Tanpa stretching, aku pun dengan seronoknya mengggunakan machine dan juga angkat besi2 tu lebih kurang setengah jam..nak buat chest katanya..haha..last2 sampai skrg kot terasa sakit bahagian chest aku tu..nak tegakkan badan tu mmg rasa nak menitis air mata..huhu...actually, itu memang perkara normal sekiranya kita dah lama tak buat.. kalau hari esok ke aku buat benda sama, dah hilang rasa sakit tu..so, untuk sehari dua ni..aku just workout yang ringan2 je lah kat umah untuk core, biceps dan traps..

Apapun, kemungkinan besar tahun 2013 ni aku dah tak join Fitness First lagi..sebabnya aku dah ada Mike Chang...aahhaha..satu lagi adalah kerana FF ni skrg makin ramai lah org..nak pergi pun kena malam sikit...baru leh guna equipment yang kita nak...anyway, siapa lah tak kenal Mike Chang kan..kalau search youtube nak cari clip workout ni, mesti clip dia ada.. Skrg ni, dia dah jadi Personal Trainer aku walaupun secara maya sahaja.. Dengan hanya buat di rumah sahaja pun insyaallah, badan kita boleh berpeluh-peluh dan boleh mendapat tubuh badan sama mcm kita hire Personal Trainer kat mana2 gym club.. try lah tgk dan praktikkan apa yang dia buat...mmg berkesan...:). websitenya http://sixpackshortcuts.com/

Contoh clipnya adalah seperti di bawah :







Oklah..nak kena beransur ..Maghrib pun dah tua..so nak menunaikan kewajipan terlebih dahulu..

Wassalam...


Sunday, July 22, 2012

Selamat Ramadhan 1433 Hijrah

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera;

22 July 2012.

Lama sudah tak update blog..dari bulan March rupanya..huhu..

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat muslimin dan muslimat semua.. Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa..2 Ramadhan 1433 H. Alhamdulillah, aku masih berpeluang lagi untuk menjenguk Ramadhan kali ini...

Sekarang ni, kereta masuk bengkel sejak semalam.. biasalah, baru masuk Ramadhan, kereta aku dah minta pakai baju baru untuk Syawal nanti.. memang sepatutnya pun sbb kemek2 lepas dulu aku buat2 tak tahu jer...Eksiden Khamis lepas..nampak mcm tak parah, tapi boleh tahan jugak lah kena keluar duit tapi masih lagi ditahap ok.. Nasib lah ada kawan yang tahu pasal kereta ni.. Kalau tak, hantar bengkel buta2 jer kena ketuk esp kalau cari salah tempat... Syukur sangat apabila waktu2 genting tersadai di tepi jalan, ada kawan yang menolong tanpa langsung aku duga..kawan satu sekolah kat SMSJ pulak tu..Tak sangka kan, sejak 1999 x pernah jumpa..at last, jumpa waktu situasi begini...Thanks Razali Ramly (Buyong)..Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati ini untuk update dalam Facebook dan menggerakkan hati sesorang untuk membantu..

Weekend ni berpuasa di rumah jer..tak boleh nak gerak mana2 lah..tapi bagus juga..Kalau keluar, mesti ada jer benda nak beli kan.. So, duduk rumah ni..boleh lah aku sambung buat kerja-kerja rumah..Seronok mengemas rumah sebenarnya kalau datang feel..Lagi seronok kalau ada orang tolong kemas sama2...sebab boleh bertukar2 idea especially bila nak tukar design susun atur rumah... Tapi tulah, entah bila lah ada masa tu kan.. Nak mengecat rumah pun sampai sekarang tak beli2 cat..sebulan sebelum puasa dah merancang sebenarnya..

Oklah..nak mengundur diri..sajer update sebab dah lama tak jenguk blog sendirik..

Tuesday, March 20, 2012

Zaman Hindustan

20 Mar 2012..

Masa training pagi tadi..ketika rehat, urusetian pasang lah lagu buat selingan buat halwa telinga.. Mentang2lah trainer sebelum ni India...then sepanjang2 waktu rehat tulah dia talanya lagu hindustan sampai abes rehat..huhu..

Lagu pertama yang dibuka adalah lagu Aa Ab Laut Chalen.. Wah!! Nostalgianya..Citer tu pada tahun 1999.. Waktu aku lepas SPM.. Yelah, zaman tu filem hisdustan sangat lah hangatnya selepas Kuch Kuch Hota Hai..after tgk jer KKHH yang aku rasa tgk berpuluh2 kali tu, teruslah aku boleh melekat dengan citer2 Hisdustan ni.. Walaupun takde duit, tapi aku tak segan silu mintak duit dgn mak aku untuk beli cd hisdustan.. Banyak kot citer yang aku beli CD nya.. Setiap minggu, ada duit lebih beli majalah hindustan..Perghhh!! Giler ahhh.. Biler kenang balik..ahaha, tak sangka kot aku antara fanatik Hindustan..:P...

Senarai di bawah ni antara yang aku ingat, aku ada beli dan memiliki CD Hisdustan

1) Kuch Kuch Hota Hai
2) Dilwale Dulhania Le Jayenge
3) Hum Dil De Chuke Sanam - My Fav
4) Dil Chahta Hai - My Fav
5) Mela
6) Maan - My Fav
7) Taal - My Fav
8) Josh
9) Baadshah
10) Ishq
11) Hamara Dil Aapke Pas Hai
12) Mohabbatein
13) Dhahdkan
14) Hum Appke Dil Mein Rehte Hain
15) Pardes
16) Har Dil Jo Pyaar Karega
17) Lagaan
18) Lajja
19) Thakshak
20) Nayak- best best
21) Pukar
22) Dil To Pagal Hai
23) 3 Idiots - My Fav of all time
24) My Name Is Khan
25) Devdas - My Fav
26) Tarkieb
27) Astitva
28) Chal Mere Bhai
29) Aa Ab Laut Chalen
30) Hum Saath Saath Hain
31) Kya Kehna
32) Raaz
33) Slumdog Millionaires (termasuk kerr??)
34) Kaho Naa Pyar Hai
35) Asoka
36) Dil Hi Dil Mein


Huh! Cukuplah..penat dah nak ingat.. Banyak lagi..cuma penat nak ingat tajuk..:P. Tapi mana2 yang ada Aishwarya Rai & Aamir Khan..semuanya aku minat nak tgk.. Kalau nak tahu lagu hindustan mana yang best, boleh lah tanya aku...mesti korang suker..:D

Itu kebanyakan citer2 hindustan seawal 1999-2002.. yang terbaru pun tak banyak..yang terpilih jer.. Yelah selepas jer masuk pelakon baru..banyak pulak adegan2 seksi nak2 time menari..Baju semua mcm pakai bikini..berlakon entah apa2..aku nak feeling dan nangis2 pun tak boleh (kantoi!!)...ahaha.. KKdg nak tgk ngan famili mcm tak berapa nak sesuai..since then, jarang sangat dah aku tgk hindustan..aku lebih suka tgk citer tamil pastu...penuh jiwa..pukul sikit, terbangnya sebatu..kau mampu?? ahaha..


Oklah..gtg..wssalam...:)



Friday, March 9, 2012

Kisah Perli Memerli Berburuk Sangka Yang Memakan Diri

Assalamulaikum wbt & Salam Sejahtera;

9 Mar 2012

Hari ni aku cuti, Alhamdulilah... approve gak. Tapi masak lah gak.. sesampai jer aku kat umah abang aku di Batu Pahat kol 1.00 am, terus aku ngadap siapkan report sampai kol 4.00 am.. Yelah, bos nak meeting kol 9.00 am esok nyer..start aku nak bertolak dari KL dah start Whatsapp aku report dah hantar ke belum.. huhu.. last2 aku minta bos aku cek email kol 6.00 am jer terus walaupun kol 1.00 am masih sms tanya report lagi dan lagi..sian plak aku tgk.. nasib lah sempat siap..tapi naik rabak lah mata ni.. dah siap report bos, nak buat report lain pulak..tapi aku dah terlelap rupanya..

By the way, blog aku kali ni memang agak laser..sorilah ya.. sbb aku dah lama simpan setelah sekian lama berdiam diri dek malas nak layan andaian bodoh sesetengah org ini.. Dah aman, sikit..skrg time aku nak bagi balik supaya mereka fikir semula sbb apa dulu aku berdiam diri..

Actually, aku ni tetiba jer teringat satu kisah masa yang lalu... tak lah lamer sangat...Dalam bulan November 2011 lahhh.. teringat ler sorang kawan aku nih..dulu katanya adik beradik tak seperut.. tapi skrg adik beradik entah ke mana.. perut pun entah ke mana.. apa cer lah dia skrg pun aku tak tahu.. oleh kerana aku buat bodoh dan berdiam diri seribu bahasa dengan andaian yang memang tak berapa nak bijak, lama2 aku di declare sbg musuh.. boleh tak macam tu?? bodoh tak?? Konsepnya mmg lah tak nak mengaku bila ditanya..tapi style perli memerli dengan gaya yang sgt innocent di dalam FB dan Blog tu kan.. tak perlu ambil UPSR pun orang boleh detect..

Syukurlah.. aku pun tak der nak kuar apa2 statement sendiri.. cuma bila post status pasal hadis dan potongan ayat suci Al-Quran berhubung bahaya buruk sangka, ada pulak ler individu yang sentap ..yang tak boleh blah cakap dirinya "dihina & dikeji" dalam BLOG..perghhh.. drama swasta sangat ko... calon skrip terbaik.. ahaha...Apa kejadahnya bentuk penghinaan pun aku tak dapat nak tangkap sampai skrg sbnrnya.. Sampai aku tertanya2 dgn org ayat tu ayat penghinaan kah..?? Ayat Quran kot.. yang dia dok mengutuk2 orang tanpa segan silu ditambah dgn berburuk sangka, rasanya itu adalah puji-pujian kot.. Nasiblah aku tak melayan sgt..banyak kot kerja aku nak fikir.. nak2 hujung tahun nak kejar dateline habiskan projek.. Sebab bagi aku, kalau kita berada di tempat yang benar... tak perlulah kita risau.. kita cuma doa sahaja agar dijauhi dari fitnah dan berburuk sangka.. satu hari Allah akan buktikan juga.. tak kiralah walau dalam bentuk manapun situasi, pastinya kebenaran itu akan terbukti.. cuma kita kena cari sendiri...buka mata betul2.. bukan berfantasi di alam realiti ini.. Bila terkena batang hidung sendiri, fikirkan kembali apa yang pernah kita lakukan satu masa dahulu.. itu sahaja.. jangan disesali sangat sbb benda dah pun berlaku.. apa yang penting..try to improve..


Boleh tak aku nak declare andaian bijak situasi mcm ni?

Ada seorang kawan ni dia leukemia. Then satu hari dia pengsan dan koma sbb dah kritikal pun. Bila dia sedar (ada penderma cecair sum sum tulang), dan update kat facebook dan blog keadaan diri dia, malangnya dicop sebagai berpura-pura. Yelah, andaian mereka dah kanser stage 4, mestilah kena arwah kotttt ..ataupun kena terlantar lama terbaring lama sikit..baru lah boleh percaya...whatever! MAYBE lah dorg heran kenapa mesti update facebook tayang2 makanan kan dalam keadaan baru jer sedar dr koma tuh.. Habis tu nak buat camno..kalau ko koma 2-3 hari, bila sedar mestilah ko lapar kan...bila lapar, mestilah orang disekeliling ko akan cakap nak makan apa? betul tak? Then bila ko sakit ni sebut apa jer makanan yang terlintas kat kepala, mestilah orang berebut2 nak masakkan untuk tunaikan hajat orang yang sakit tu.. Takkan ler nak duduk diam sambil menangis hiba sambil membetulkan rambut dan menyekak air mata sampai keesokan harinya.. Dari boleh sembuh, terus dapat sakit lain sebab mati kebuluran.. Pelik tul..benda mcm ni pun boleh jadi isu..??

Pada mulanya si kawan ni mmg lah tak tahu.. tetapi selepas dia call x berangkat, mesej x berbalas dan siri perli memerli paling bodoh abad 21 di FB & Blog oleh insan2 tertentu ini.. Aku pun rasa sgt kesian giler lah bila dia masuk hospital semula bukan sbb sakit leukemia dia tu, tapi sbb tekanan darah tinggi kerana fikirkan apa dosa dan salah dia sampai orang cakap dia berpura2 sakit..Berpura2 nazak.. Camnilah..benda simple jer..cubalah keluarga terdekat korang atau at least lah anak korang sakit atau korang sendiri nazak, then Allah panjangkan lagi usia korang...tetiba ada lah ADIK BERADIK x SEPERUT korang cakap "Eh..kau ni pura-pura nazak ni..takkan lah dah kanser stage 4 masih boleh hidup.. penipu sangat".. Kalau lah perkara ni terkena batang hidung sendiri..mesti kau tahu erti muhasabah diri kembali..bukan dengan setakat menaip memanjang, tapi secara praktikalnya.. Kita ni yang sihat walafiat, hidup kena sentiasa bersyukur sebab Allah kurniakan kesihatan.. so, bila orang sakit, kena bagi support..bukan menambah barah kesakitannya.. Ini seolah2 mempertikaikan qada' dan qadar Allah.. Setiap penyakit boleh diubati.. yang penting individu tersebut dia berjuang dan sentiasa kuat & positif bahawa dirinya boleh sembuh..

Aku pernah bertanya kepada sahabat ini, kenapa lepas daripada kemoterapi..dia tak seperti orang lain.. lepas sehari boleh bangkit dan berjalan2 seperti biasa.. Jawapannya, dia dah immune sbb dia bertarung dgn kanser ni bukan setahun dua...tapi dah 8 tahun (sejak 2003) .. pada awalnya mmg dia cakap sangat2 meletihkan dan ambil masa beberapa hari untuk kembali seperti biasa.. tapi bila dah terlalu kerap, pasti situasinya berbeza kannn... Bila perkara yang sama selalu berlaku pada diri kita, sudah semestinya lah kita akan termotivasi sendiri untuk melawan daripada kebiasaan.. betul ke tidak? kalau tidak.. memang anda seorang yang sangat negatif dan redha yang x faham konsep..

Apapun, alhamdulillah...sahabat ini semakin lama semakin beransur pulih... dia telah mendapat penderma sum sum yang bersesuaian dgn dirinya... Semua ini adalah berkat daripada kesabaran, ikhtiar yang tak pernah putus, tidak pernah putus asa untuk berjuang dalam hidup, doa serta kekuasaan Allah SWT.


Penulisan blog aku kali ni mmg nampak kasar kan.. memang lah.. aku kesian kot orang sakit korang sesuka hati jer nak tambah sakit dia.. Lebih2 lagi dia ni dah jadi anak angkat family aku.. Korang tak ada kat tempat dia, senang lah cakap.. aku ni pernah experience secara LIVE (ewahh), dia tgh jalan tetiba tumbang.. dari kaki sampai ke muka dia pucat.. then dia ngadu tangan dan kaki dia tak boleh nak gerak.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa terkedu dan gelabah nya aku kat situ ..so, bila orang cakap bukan2... memang agak naik lah temperature time tuh.. hahaha...sorilah ya.. tapi aku tetap ignore walaupun aku geram sekalipun.. sbb geram berapa jam jer..pastu esok dah ok..:D

Oklah.. aku lapar ni...semoga bertemu kembali..






Wednesday, February 22, 2012

Alahan Yang Macam Tak Disangka

Assalamualaikum wbt;

Hari ni dah masuk hari ketujuh paha dan lengan aku masih berbintik2 bagaikan ruam. Pagi tadi baru jumpa doktor meluahkan perasaan mengapa semua ini terjadi..hik hik.. ye ler..tak pernah2 kot..dah masuk 30 tahun barulah tetiba nak ada... Pulak tu ruam tu naik masa waktu malam dan lepas aku balik rumah... Kadang2 tu, aku rasa malas pulak nak balik.. Nasib lah tak kaya raya..kalau tak bermalam di hotel one world je ler .. :P

Dr Mary kat Klinik Zarif tu cakap, bintik2 yang tetiba naik kat badan tu seperti alahan..Katanya, tak kiralah aku dah tua ker, muda ker, dah nak pencen ker, alahan mmg boleh terjadi.. Doktor kata, alahan tak boleh baik, tapi hanya boleh dikurangkan sahaja.. Aku pun sampai skrg tak tahu aku alah kepada apa.. Doktor pada awalnya dia sebut pasal tilam lah..kasik jemur itu tilam, bagi mati itu kuman2 lah.. Huhu..aku nak jemur baju pun tak cukup2 tempat dan pencahayaan ..inikan pulak tilam yang berat itu..so, guna febreeze je ler..

Cuma doktor nasihat, mulai hari ni.. apa2 jer aku makan..aku kena tahu mana makanan yang membuatkan aku rasa gatal2.. Then doktor cakap, bukan faktor makanan... faktor lain seperti penggunaan sabun pun boleh jadi sebab.. mungkin kulit aku yang semakin mulus ni dah tak leh nak menangkis chemical dalam shower gel yang aku pakai skrg.. Kalau betul sebab shower gel, terpaksalah pakai baby johnson lah jawabnya..

Agak sedih lah sbnrnya bila tgk keadaan paha yang tak berapa nak seksi ni..huhu. Then merebak ke pinggang, lengan dan....... Tapi alhamdulillah, hari ni lepas makan ubat doktor tu, dah tak mcm hari sebelum..cuma yang terbaiknya, semua ubat2 tu skrg berada di opis...tak pasal2 aku dah start menggaru semula..apapun, bintik2 tu makin susut lah..kegatalan ja yang masih ada...maybe sblm ni aku tersalah makan ubat...itu yang ternaik semua ruam tuh.. harap esok semakin pulih lah..insyaallah.


Ni ler contoh ruamnya.. teruk kan.. aku pressure beberapa hari tgk bintik2 nih..



Monday, February 6, 2012

Gatal-gatal

6/2/2012 2.06am

Aku skrg berada di Cameron Highland bercuti bersama2 geng masa belajar kat UTM dulu. Sepatutnya skrg Aku dah tidor memandangkan pagi2 buta tentatif programnya dah terus nk kuar jln2.. Tapi skrg Aku x dpt nk tidor sbb badan gatal2.. Aku nk mandi tapi airnya mmg azab lah sejuknya.. Dah ler x tahan sejuk.. Baru teringat Aku x mandi lagi tadi . Terlupa sbb sejak dtg sini, setitis peluh pun x kuar.. Tapi akibatnya, tergaru2 lah aku mcm tettt.. Huhu. Harap2 ler dpt tido.. X selesanya badan.. Member2 semua dah 2 jam lalu lena.. Isk isk..

Sunday, January 29, 2012

Pelik

Salam,

Kadang2 aku rasa sangat pelik.. kenapa aku yang perlu bersungguh-sungguh mengejar orang yang pernah berhutang dengan aku sampai satu tahap aku terasa penat dan terasa sangat sedih... Kenapa tak pernah nak ingatkan diri sendiri yang anda sekalian pernah berhutang dengan orang..Bagi aku kalau bayar sikit2 pun tak apa..asal ada tanda ingatan dan ada rasa tanggungjawab.. aku memang jenis yang memang berlebih kurang.. tapi kalau sampai aku yang kena ingatkan, call tak berangkat, mesej tak berbalas... bila terserempak janji macam nak rak.. aduhaiii.. kenapalah kalian tak ada rasa tanggungjawab berhutang dengan orang...dah bagi sekian tarikh dengan aku tu, cubalah berusaha untuk laksanakan... Kenapa sibuk fikirkan duit kereta tak bayar, kredit kad tak bayar, itu ini tak bayar..?? seolah2 orang lain yang anda berhutang itu tiada tanggungjawab nak bayar bil2, loan, kredit kad, buat simpanan dll..

Memang setiap orang ada masalah.. tapi anda menambah masalah lagi bila memberi masalah kepada orang lain...tak baik buat orang yang ingin berbuat baik dengan anda, tapi anda menganiaya orang tersebut... Walaupun mmg aku ada lagi simpanan untuk backup semua tu, tapi tak elok buat orang mcm tu.. Tak apalah, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. sometimes bila fikir2 balik, mmg terus hilang mood esp bila kita mmg memerlukan duit.. apa yang aku boleh buat ialah Allah lembutkan hati mereka semua ini..Insyaallah..


Thursday, January 5, 2012

Bila Diri Kita Umpama Hakim Dunia..

Assalamualaikum wbt;

Hari ni adalah hari pertama aku menulis blog pada tahun baru 2012 dan juga merupakan hari terakhir cuti yang aku apply menggantikan cuti tahun lepas.. Esok dah start kerja.. Berkobar2 pulak nak siapkan kerja yang tertunda...hehe

Tetiba tergerak hati nak menulis sesuatu yang aku rasa lebih kepada pandangan.. Mungkin ada yang tidak setuju dengan apa yang aku akan taip..namun tidak mengapa...setiap orang ada pendapat masing-masing.. Apa yang ingin aku tulis lepas ni memang tidak ada menjurus kepada sesiapa pun, namun lebih kepada apa yang aku pandang dan perhatikan, dan ia lebih kepada menasihati diri sendiri..

Sebenarnya ia menjurus kepada mengata aib orang.. Sekiranya ia berkaitan dengan diri sendiri, berkemungkinan ada sebabnya sebab itu antara diri dia dan individu tersebut.. maybe adalah yang tak puas hatinya... Ini lebih kepada mengaibkan orang dan menceritakan sifat seseorang sehingga wujudkan fitnah, walhal antara si pencerita dengan orang yang difitnah langsung tiada kaitan apa2 dari segi kawan, apatah lagi susur galur pertalian darah.. Hanya kerana beberapa keping gambar daripada internet, mendengar cerita orang yang ditokok tambah dan juga pandangan bagaikan ustaz/ustazah (tapi tetap mencarut dan galak memaki hamun..), seseorang individu tersebut terus dijatuhkan hukum dengan seberat-berat hukum ..

Sometimes aku rasa sedih, individu yang dicerca-cerca itu kalau lah dia berdosa sekalipun.. Dosanya adalah dengan Allah SWT.. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya.. Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun kepada hamba2Nya.. Tapi dosa kita dengan manusia adalah lebih berat. Ini kerana, Alllah SWT lebih mudah memaafkan daripada manusia. Dosa dengan manusia tidak memadai dengan meminta maaf dengan Allah SWT sahaja, tetapi mesti meminta maaf dengan orang difitnah tersebut. Kalau dimaafkan, bersihlah kesalahan kita... Kalau tidak dimaafkan dan dia tidak redha atas apa yang telah dilakukan ke atas dirinya, kita masih lagi dikira berdosa..

Adakalanya, kita mesti terdengar dari mulut2 orang especially tentang amal-amal baik tetapi telah diburuk sangka dengan perkara yang tidak sepatutnya.. Contohnya :

"Huh dia tu.. memang lah solat tak tinggal..tapi tudung tanggal jugak.. baik tak payah sembahyang mcm tu.."

"Alah..dia solat pun tapi buat benda jahat jugak..buat maksiat jugakk.. entah bilalah nak dapat hidayah pun aku tak tahu.."

"Alah..dia tu bersedekah ada makna tu.. Riak depan orang bolehlah.. Aku kenal sangat jenis orang mcm dia tuh (padahal tak kenal pun..kenal JENIS jer) .. Bukan baik mana pun"

"Sejak dia gi oversea..hidup dia bertambah liar...dia ni dah jauh terpesong dari ajaran Islam (ini ok lagi..)..entah2 dah murtad (wah..umpama Tuhan boleh baca isi hati orang).."


Tak perlulah aku bagi banyak2 contoh.. beberapa contoh sudah.. kadangkala kita selalu judge orang terus kepada kesimpulan.. Sedangkan secara realitinya, apa yang kita ucapkan ketika judge orang pun dah menampakkan dosa kita sendiri.. (cth : aik tak payah sembahyang mcm tu). Sebelum anda judge orang, biaskan balik sekiranya anda berada ditempat mereka.. difitnah sebegitu rupa.. Rasanya seminggu status kat Facebook anda berkisar pasal "diri aku difitnah..".."diriku dicerca".."diriku dikutuk" mempertahankan diri...Of course lah, sebab naluri dan minda kita sendiri bergerak untuk membetulkan sesuatu yang tak betul... Belum ditambah lagi cerita yang memang tak betul, kita cuba nak betulkan..

Apa yang aku ingin bincangkan di sini bukanlah cakap aku ni mcm pandai sahaja nak cakap itu ini sesuka hati..Memang aku akui, aku mmg tak pandai pun.. Tapi aku ingin berkongsi sesuatu yang aku fikir, sebelum menjaga kain orang luar..baik-baiklah kita menjaga kain sendiri samada di luar atau pun yang kat dalam itu.. Apa-apa perkara yang tidak elok, kita jadikan iktibar sahaja agar kita tidak perlu jadi seperti ini dan janganlah menokok tambah lebih2 dengan seseorang yang anda mmg tidak kenali.. Hanya kerana ingin menyambung gosip, anda pun sama-sama berpesta menokok tambah cerita sehingga wujudkan kebencian... Kan lebih baik, kita mendoakan yang terbaik agar individu yang kita tak kenal tu agar dibukakan hatinya untuk berubah.. Itu adalah hadiah paling terbaik sekali..

Banyak yang aku nampak, dalam sibuk2 kita canang keburukan orang, beberapa purnama kemudian, kejadian tersebut berlaku ke atas dirinya.. Tapi disalahkan orang2 sekeliling juga, walhal Allah itu Maha Adil..Kalau lah dia lihat semula hikmah di sebalik apa yang menimpa dirinya, alangkah lebih baik dari terus menerus menyalahkan orang..

Walaupun sealim mana pun diri anda, menegur seseorang pasti ada cara yang lebih berhemah.. Mana yang lebih baik, cara berhemah (perbuatan, senyuman, doa & galakan) yang mampu menarik sedikit demi sedikit sehingga banyak orang untuk menjadi lebih baik, ataupun cara yang agak keras (tegur org tanpa fikir tempat), tetapi tiada sorang pun yang mendengar..malah rasa terhina dan meluat dengan sikap anda, walaupun niat anda adalah sangat baik.. Setiap orang Islam di muka bumi ini memang terang-terangan berharap untuk mendapat nur hidayah dari Allah SWT..tipulah kalau tak pernah terfikir untuk mendapat hidayah Allah SWT untuk menjadi yang lebih baik.. Aku salah seorang daripanya.. Hidayah Allah datang di hati kita tidak mengenal waktu.. Insyaallah, dengan sekelip mata kita hati kita terdetik menerima hidayah tersebut...Oleh yang demikian, jangan sesekali sibuk mencari dosa orang lain.. Sebaik-baiknya, renungi setiap perlakuan kita dari segi rohani dan jasmani yang mana telah mendatangkan dosa kita dengan Allah SWT atau dengan manusia.. Memang tak terhingga rasanya.. mcm aku ni... tipulah kalau aku atk pernah mengata orang, skrg aku lebih suka mengata diri sendiri..sebab aku tahu bahananya...

Oklah..dah azan maghrib sudah..beransur dahulu... Wassalam..

Sekadar nak share gambar2 masa bercuti ngn famili di Melaka.
Lokasi : Melaka River Cruise

"Emak depan sekali..."





Related Posts with Thumbnails