Sunday, January 29, 2012

Pelik

Salam,

Kadang2 aku rasa sangat pelik.. kenapa aku yang perlu bersungguh-sungguh mengejar orang yang pernah berhutang dengan aku sampai satu tahap aku terasa penat dan terasa sangat sedih... Kenapa tak pernah nak ingatkan diri sendiri yang anda sekalian pernah berhutang dengan orang..Bagi aku kalau bayar sikit2 pun tak apa..asal ada tanda ingatan dan ada rasa tanggungjawab.. aku memang jenis yang memang berlebih kurang.. tapi kalau sampai aku yang kena ingatkan, call tak berangkat, mesej tak berbalas... bila terserempak janji macam nak rak.. aduhaiii.. kenapalah kalian tak ada rasa tanggungjawab berhutang dengan orang...dah bagi sekian tarikh dengan aku tu, cubalah berusaha untuk laksanakan... Kenapa sibuk fikirkan duit kereta tak bayar, kredit kad tak bayar, itu ini tak bayar..?? seolah2 orang lain yang anda berhutang itu tiada tanggungjawab nak bayar bil2, loan, kredit kad, buat simpanan dll..

Memang setiap orang ada masalah.. tapi anda menambah masalah lagi bila memberi masalah kepada orang lain...tak baik buat orang yang ingin berbuat baik dengan anda, tapi anda menganiaya orang tersebut... Walaupun mmg aku ada lagi simpanan untuk backup semua tu, tapi tak elok buat orang mcm tu.. Tak apalah, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. sometimes bila fikir2 balik, mmg terus hilang mood esp bila kita mmg memerlukan duit.. apa yang aku boleh buat ialah Allah lembutkan hati mereka semua ini..Insyaallah..


Thursday, January 5, 2012

Bila Diri Kita Umpama Hakim Dunia..

Assalamualaikum wbt;

Hari ni adalah hari pertama aku menulis blog pada tahun baru 2012 dan juga merupakan hari terakhir cuti yang aku apply menggantikan cuti tahun lepas.. Esok dah start kerja.. Berkobar2 pulak nak siapkan kerja yang tertunda...hehe

Tetiba tergerak hati nak menulis sesuatu yang aku rasa lebih kepada pandangan.. Mungkin ada yang tidak setuju dengan apa yang aku akan taip..namun tidak mengapa...setiap orang ada pendapat masing-masing.. Apa yang ingin aku tulis lepas ni memang tidak ada menjurus kepada sesiapa pun, namun lebih kepada apa yang aku pandang dan perhatikan, dan ia lebih kepada menasihati diri sendiri..

Sebenarnya ia menjurus kepada mengata aib orang.. Sekiranya ia berkaitan dengan diri sendiri, berkemungkinan ada sebabnya sebab itu antara diri dia dan individu tersebut.. maybe adalah yang tak puas hatinya... Ini lebih kepada mengaibkan orang dan menceritakan sifat seseorang sehingga wujudkan fitnah, walhal antara si pencerita dengan orang yang difitnah langsung tiada kaitan apa2 dari segi kawan, apatah lagi susur galur pertalian darah.. Hanya kerana beberapa keping gambar daripada internet, mendengar cerita orang yang ditokok tambah dan juga pandangan bagaikan ustaz/ustazah (tapi tetap mencarut dan galak memaki hamun..), seseorang individu tersebut terus dijatuhkan hukum dengan seberat-berat hukum ..

Sometimes aku rasa sedih, individu yang dicerca-cerca itu kalau lah dia berdosa sekalipun.. Dosanya adalah dengan Allah SWT.. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya.. Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun kepada hamba2Nya.. Tapi dosa kita dengan manusia adalah lebih berat. Ini kerana, Alllah SWT lebih mudah memaafkan daripada manusia. Dosa dengan manusia tidak memadai dengan meminta maaf dengan Allah SWT sahaja, tetapi mesti meminta maaf dengan orang difitnah tersebut. Kalau dimaafkan, bersihlah kesalahan kita... Kalau tidak dimaafkan dan dia tidak redha atas apa yang telah dilakukan ke atas dirinya, kita masih lagi dikira berdosa..

Adakalanya, kita mesti terdengar dari mulut2 orang especially tentang amal-amal baik tetapi telah diburuk sangka dengan perkara yang tidak sepatutnya.. Contohnya :

"Huh dia tu.. memang lah solat tak tinggal..tapi tudung tanggal jugak.. baik tak payah sembahyang mcm tu.."

"Alah..dia solat pun tapi buat benda jahat jugak..buat maksiat jugakk.. entah bilalah nak dapat hidayah pun aku tak tahu.."

"Alah..dia tu bersedekah ada makna tu.. Riak depan orang bolehlah.. Aku kenal sangat jenis orang mcm dia tuh (padahal tak kenal pun..kenal JENIS jer) .. Bukan baik mana pun"

"Sejak dia gi oversea..hidup dia bertambah liar...dia ni dah jauh terpesong dari ajaran Islam (ini ok lagi..)..entah2 dah murtad (wah..umpama Tuhan boleh baca isi hati orang).."


Tak perlulah aku bagi banyak2 contoh.. beberapa contoh sudah.. kadangkala kita selalu judge orang terus kepada kesimpulan.. Sedangkan secara realitinya, apa yang kita ucapkan ketika judge orang pun dah menampakkan dosa kita sendiri.. (cth : aik tak payah sembahyang mcm tu). Sebelum anda judge orang, biaskan balik sekiranya anda berada ditempat mereka.. difitnah sebegitu rupa.. Rasanya seminggu status kat Facebook anda berkisar pasal "diri aku difitnah..".."diriku dicerca".."diriku dikutuk" mempertahankan diri...Of course lah, sebab naluri dan minda kita sendiri bergerak untuk membetulkan sesuatu yang tak betul... Belum ditambah lagi cerita yang memang tak betul, kita cuba nak betulkan..

Apa yang aku ingin bincangkan di sini bukanlah cakap aku ni mcm pandai sahaja nak cakap itu ini sesuka hati..Memang aku akui, aku mmg tak pandai pun.. Tapi aku ingin berkongsi sesuatu yang aku fikir, sebelum menjaga kain orang luar..baik-baiklah kita menjaga kain sendiri samada di luar atau pun yang kat dalam itu.. Apa-apa perkara yang tidak elok, kita jadikan iktibar sahaja agar kita tidak perlu jadi seperti ini dan janganlah menokok tambah lebih2 dengan seseorang yang anda mmg tidak kenali.. Hanya kerana ingin menyambung gosip, anda pun sama-sama berpesta menokok tambah cerita sehingga wujudkan kebencian... Kan lebih baik, kita mendoakan yang terbaik agar individu yang kita tak kenal tu agar dibukakan hatinya untuk berubah.. Itu adalah hadiah paling terbaik sekali..

Banyak yang aku nampak, dalam sibuk2 kita canang keburukan orang, beberapa purnama kemudian, kejadian tersebut berlaku ke atas dirinya.. Tapi disalahkan orang2 sekeliling juga, walhal Allah itu Maha Adil..Kalau lah dia lihat semula hikmah di sebalik apa yang menimpa dirinya, alangkah lebih baik dari terus menerus menyalahkan orang..

Walaupun sealim mana pun diri anda, menegur seseorang pasti ada cara yang lebih berhemah.. Mana yang lebih baik, cara berhemah (perbuatan, senyuman, doa & galakan) yang mampu menarik sedikit demi sedikit sehingga banyak orang untuk menjadi lebih baik, ataupun cara yang agak keras (tegur org tanpa fikir tempat), tetapi tiada sorang pun yang mendengar..malah rasa terhina dan meluat dengan sikap anda, walaupun niat anda adalah sangat baik.. Setiap orang Islam di muka bumi ini memang terang-terangan berharap untuk mendapat nur hidayah dari Allah SWT..tipulah kalau tak pernah terfikir untuk mendapat hidayah Allah SWT untuk menjadi yang lebih baik.. Aku salah seorang daripanya.. Hidayah Allah datang di hati kita tidak mengenal waktu.. Insyaallah, dengan sekelip mata kita hati kita terdetik menerima hidayah tersebut...Oleh yang demikian, jangan sesekali sibuk mencari dosa orang lain.. Sebaik-baiknya, renungi setiap perlakuan kita dari segi rohani dan jasmani yang mana telah mendatangkan dosa kita dengan Allah SWT atau dengan manusia.. Memang tak terhingga rasanya.. mcm aku ni... tipulah kalau aku atk pernah mengata orang, skrg aku lebih suka mengata diri sendiri..sebab aku tahu bahananya...

Oklah..dah azan maghrib sudah..beransur dahulu... Wassalam..

Sekadar nak share gambar2 masa bercuti ngn famili di Melaka.
Lokasi : Melaka River Cruise

"Emak depan sekali..."





Related Posts with Thumbnails